Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday, 8 August 2013

Salam Aidilfitri 1434H

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan olehNYA untuk kita melihat mentari dan menghirup udara segar dipagi 1 Syawal ini.

Allahuakbar.....Allahuakbar.....Allahhuakbar.....Sesungguhnya DIA maha berkuasa ke atas segala kehidupan dilangit dan juga dibumi.

Syukur yang tiada terhingga kepada Allah swt Tuhan sekalian alam semesta atas anugerah DIA memberi ruang dan peluang untuk kita semua meraikan kemenangan pada hari ini.

Di hari yang indah ini......hari yang penuh dengan kebahagian dan kegembiraan abg long dengan rasa besar hati mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua ahli keluarga, sahabat handai serta penyinggah blog ini.

Dikesempatan ini juga abg long ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala salah dan khilaf abg long selama ini......Mohon maaf seandainya sepanjang jemari abg long menari2 dikeyboard menghiasi blog ini dengan kata2 tak bersuara bisa menguris hati dan menghiris perasaan semua orang. Maaf jika ada keterlanjuran kata dan gurau yang mana tak kena.....Mohon maaf atas segalanya.

Memang seronok jika dengan tulisan ini je segalanya dapat dimaafkan. Namun abg long sedar, tiada daya abg long untuk bersua mata dengan semua. Bersama la kita bermaafan dengan keikhlasan.....Mudah-mudahan diberiNYA kita semua kebaikan. InshaAllah....

Dalam kegembiraan kita merai kemenangan hari ini, marilah kita sama-sama merasai kesedihan pemergian Ramadhan selain mengenang nasib semua saudara kita yang berada di medan pertempuran terutama di Mesir, Syiria, Palestin dalam menegakkan agama Allah swt.

Berdoa la agar mereka juga turut sama betah merasai kegembiraan dan kebahagiaan sepertimana kita merasainya pagi ini. Semoga perjuangan para tentera Allah swt itu  beroleh kemenangan.

Kepada yang sudi singgah sini ribuan terima kasih abg long ucapkan buat semua. Semoga ukhuwah fillah kita kekal sehingga jannah. InshaAllah

Akhir kalam, sekali lagi abg long ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.....MAAF ZAHIR & BATIN.

“Taqobbalallahu minna wa minkum”


Salam Aidilfiitri,
A M I R A I M A N A K A S H A H
Teratak Diari Seorang Lelaki
Blogspot [dot] Com
Malaysia.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.