Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday, 2 August 2013

Si Cantik, betulkan naiwaitu anda pakai tudung.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Entri khas untuk Si Cantik. 

Kekadang bila bercakap soal kebenaran ada sesetengah yang kurang senang. Padahal bukan tak faham tapi sengaja butakan mata hati. Sengaja membiarkan egois menguasai diri.

Niat nak pakai tudung dan permakaian tudung tu comei....tapi biar la nawaitu dan tindakan angpa tu kerana Allah swt.....bukan kerana semata nak orang tengok kita lawa bertudung dengan tudung yang mahal dan branded, atau bertudung kerana seseorang.

Sebagai contoh, saat seseorang itu berniat nak sedekahkan hartanya kepada fakir miskin dan dan time tu malaikat Atid tuliskan pahala dan kebaikan buatnya. Itu baru niat, bila disusuri dengan tindakan maka berolehi lagi pahala. Berbeda dengan orang yang niat nak mencuri, selagi dia tak melakukan kejahatan mencuri itu maka belum jatuh berdosa kepadanya. Lihat, bertapa kasih dan sayangnya Allah swt terhadap kita hambanya.


Namun begitu, Si Cantik semua perlu sedar......cara permakaian tudung yang bagaimana mengikut syariat......Memakai tudung itu sememangnya sangat comei dan dituntut oleh agama, tapi jangan sampai salah cara permakaian tudung.  

Apa guna beli tudung mahal2 dan mengenakan tudung di kepala jika tudung yang dipakai itu sedikit pun tidak mengikut syariat. Bertudung tapi tetap menonjolkan buah dada, tengkuk dan telinga untuk dilihat oleh laki2 ajnabi atau golongan yang bukan mahram.....Bukankah itu satu kerugian dan kerja yang sia2. 

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, "Barang siapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dalam golongannya." (HR Abu Dawud, Ahmad)

Islam telah menunjukkan tatacara permakaian tudung yang sempurna. Fesyen tetap tak menghalalkan aurat dibuka. Aurat bagi wanita ialah dengan tutup seluruh anggota kecuali muka dengan tapak tangan. 


Why not bertudung mengikut garis panduan. Tak salah berfesyen tetapi pastikan ianya mengikut syariat. Meskipun pakai tudung brand Fareeda, Ariani etc....pastikan ianya melabuhi dada kerana disitulah salah satu maruah kaum hawa.

Kata ada pelbagai saiz.....why not pilih yang labuh. Rujuk surah al-nur ayat 31, Allah swt perintah muslimat melabuhkan tudungnya menutupi dada. 

Tanya iman memasing, bertudung kerana trend atau bertudung kerana Allah. Jika angpa tahu hala tujuan, inshaAllah tidak sesat haluan pencarian.

Mungkin akan ada yang kata, tetap tutup aurat.....better than mendedahkan aurat. Tapi tiada guna jika pakai tudung mahal2 tapi sikit pun tak dapat pahala, sebaliknya kemungkinan dapat pula saham dosa. Tiada guna tampak anggun jelita dipandangan manusia tapi bukan padaNYA. Nauzubillah....


Rasa-rasa memenuhi syariat tak?
Fitrah wanita suka kecantikan malah fitrah untuk semua manusia suka melihat sesuatu yang cantik. Cuma jika ingin kelihatan cantik dengan fesyen tudung terkini, tetapi biarlah bersederhana dan yang paling penting mengikut tuntutan syarak.





Abg long sekadar mengingatkan.....sebab Si Cantik paling sedikit yang menghuni Syurga Allah swt nanti. Itu adalah realiti..

Abg long tegur sebab sayang, kalau tak sayang.....lantak engkau la labuuuuuuuuuuuu.....HiHiHi....Harap Si Cantik take note perkara ni.

Jazakallah.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

  1. cara permakaian tudung serta aurat ena masih belum lengkap.. hope one day, ena dapat berubah .. terima kasih atas peringatan..

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.