Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday, 16 August 2014

Panduan Jadikan Media Sosial Saham Akhirat.




Aci tak kalau entri aku kali ni takde mukadimah. Kira terjah terus pada maksud tajuk entri. Kan tulis pepanjang korang malas pula nak membaca. Sebab aku baru baca laporan yang mengatakan rakyat Malaysia ni sebenarnya malas membaca (bukan semua malas membaca tau tapi ramai yang malas membaca). Terutamanya bahan bacaan berat yang ada unsur2 ilmu dan manfaat untuk kehidupan. Yang banyak masyarakat Malaysia baca (terutamanya Melayu - segelintir melayu sebetulnya) adalah bahan bacaan berkonsepkan hiburan......for example majalah URTV, Mangga, Harmoni....majalah hiburan yang lain2 dan novel2 cintan cintun (mungkin blog aku pun termasuk dalam skop ni juga kot...HiHiHi...)

Statement pada perengan kat atas tu bukan aku yang cakap tau. Tapi para pengkaji yang mengkaji. Nak tahu lanjut pasal pengkaji yang mengkaji tu u all  boleh tanya je lebai Google. Sebab entri ni bukan aku nak bebel pasal depa pun....HeHeHe....



Ok, berbalik pada tajuk (dah macam mukadimah pula perenggan2 kat atas tu).....Well, Macam mana media sosial boleh dijadikan sebagai saham akhirat untuk kita???? (cuba u all buat2 garu kepala). Ni hah....aku nak habaq dan ingatkan kat diri aku sendiri dan juga u all yang aku sayangi.....Ada tiga aliran pahala yang tidak akan putus sampai kepada kita meskipun kita telah meninggal dunia. Apakah itu?
  1. Sedekah jariah
  2. Ilmu yang diamalkan
  3. Anak soleh.
Diriwayatkan dari Abu Huraira r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya[HR: Iman Muslim]
Jadi, cuba u all kaitkan yang no.2 tu dengan media sosial (facebook, blog, twitter, wassup dll). Well......penah tak u all terfikir bahawa status dan entri kita kat media sosial itu boleh dikategorikan sebagai ilmu yang diamalkan....yang boleh dijadikan saham akhirat....yang boleh buat kita bersenang-senang 'di sana'? 

Ilmu itu maksud dia luas maha benar. Tidak semestinya ilmu agama semata-mata. Apa sahaja ilmu yang boleh diamalkan dan bermanfaat kepada orang lain sehingga memberi kebaikan kepadanya maka dengan izin Allah SWT kita bakal mendapat pahala yang tidak putus-putus. Jadi, tulis la status dan entri yang baik-baik di media sosial, yang memberi manfaat kepada orang ramai dengan ikhlas dan sabar. Jangan sesekali kita menyebarkan fitnah dan menulis sesuatu yang merugikan kita diakhirat kelak. Rugi dan muflis atas dunia takpe lagi.....rugi kat akhirat memang sadis wooooooo....

For example, aku ni takde la pandai mana dalam urusan masak memasak. Tapi aku try juga main campak2. Lepas tu aku up resepi campak2 dan gambar tu kat media sosial yang aku kuasai. Tetiba datang la hamba Allah tu terjah hasil tulisan aku tu.....dia pun cuba la resepi campak2 aku yang konon2 best tu. Nak dijadikan story, hasil resepi campak2 yang dia follow aku buat tu akhirnya membuatkan suami dia bertambah kasih sayang pada dia. Jadi, secara tak langsung entri resepi campak2 dah beri secebis warna hidup buat kehidupan mereka sekeluarga. Lebih kurang gitu la ilmu yang bermanfaat ni. Ni contoh sahaja. Banyak lagi ilmu yang bermafaat yang boleh dicreate untuk santapan minda orang ramai. Segalanya bergantung pada hati memasing apa yang hendak diconteng.

Sebelum ni aku ada juga membebel pasal ni "Apa yang kita tulis itulah kita sebenarnya" (sebenarnya ada lagi entri2 yang sewaktu dengannya tapi aku malas nak carigali linknya). Tapi siapalah aku untuk mengubah pesepsi manusia dan melendik canggung dunia. Aku hanya penulis kerdil. Kekadang terbabas juga dari landasan. Namun, ketidaksempurnaan itu bukan penghalang untuk aku.....kamu dan kita semua berkongsi kebaikan. That rite???

Kekadang aku rasa aman di blog ini dan damai di pages Diari Seorang Lelaki berbanding lepaking di laman acc muka buku peribadi sendiri. Kenapa? Pasal ini nanti aku story lain kali. InsyaAllah...andai Dia beri aku kesihatan dan kekuatan.

Dengan izin Allah, jom kita pakat-pakat amalkan membaca surah Al-Mulk. Moga-moga mati kita nanti kita bebas dari seksaan kubur. Jangan lupa untuk amalkan surah Al-Kahfi ayat 10 pertama dan 10 terakhir. Mudah-mudahan kita semua terhindar dari fitnah akhir zaman yakni fitnah Dajjal yang maha dasat.

So....sekali lagi aku ingat kat diri aku dan u all, kita adalah apa yang kita tulis........"Apa yang kita tulis itulah kita sebenarnya"

Apa yang baik itu datang dari Allah. Apa yang buruk dan hodoh itu terhasil daripada diri aku yang daif ini (ayat skema dewan bahasa dan pustaka la pulop). Lantak la kalau u all nak gelakkan pun, tapi aku siyes baq ang. 

Dan, aku siyes juga nak u all LIKE lelaju pages photography aku yang INI

Aku harap entri Panduan Jadikan Media Sosial Saham Akhirat ini betul-betul menjadi panduan. Walaupun tak banyak, sikit pun jadi la manfaatnya pada u all yang terjah sini. Sekurang-kurangnya aku dah dapat sedikit saham akhirat dengan tulisan entri ini. Hahhhhh....gitu...

fullstop.



Support us MansuhPBS

kredit foto: Lebai Google


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-



No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.