بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Budak2 sekarang dah semakin advanced dalam pergaulan. Dah tak ada lagi segan silu dalam diri. Ditempat terbuka pun bukan depa peduli. Mereka bahagia dalam dunia sendiri. Dunia bertuhankan nafsu nafsi.
Nasihat kita depa tak ikut dah. Nak buat lagu mana, depa duk dengaq...depa duk ikut nasihat setan lahanatullah. Bila dah terhantuk, baru la depa nak mengadah.
Kes seperti dalam gambaq ni bersepah depan mata kita la ni. Nak tegur salah, tak tegur pun salah.....payah2, tegur ja dalam hati. Aci? HeHeHe..
Abg long rasa, pergi sekolah cikgu2 takdak pun duk ajaq ilmu sesat suruh jadi lagu ni kan? Ke angpa rasa lagu mana? Terlampau ke pelajar sekolah kita sekarang ni? Angpa pikiaq la sendiri!
Abg long bukan apa, nasihat ja. Taku silap percaturan tapak kaki, bertambah lagi la penduduk planet bumi ni.....HiHiHi...
Tapi kan, abg long nak la bersangka baik dengan adik2 berpakaian sekolah dalam gambaq ni. Mungkin depa ni suami isteri yang saling menyayangi. Sebab tu mesra dan manja depa tak kira masa, tak kira suasana...Asal boleh, depa main hentam sahaja....HaHaHa...
Wallahualam
Barakallah fiikum
Barakallah fiikum
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
Budak sekarang fie pun takut melihat. Balik sekolah bf ambil dengan motor. Perghh cikgu tengok pun diorang buat bodoh je.
ReplyDeletebila cikgu tdk dihormati,
Deletebila ibu bapa tdk dipeduli,
ilmu yg dipelajari pasti tak diberkati.
hidup la mereka dlm kesesatan nnt.