Sistem pendidikan yang diladeni sekarang ni sedikit berliku.....berlopak dan berlumpur. Masih ramai dikalangan rakan² pendidik yang keliru. Ramai yang buntu. Ramai lagi yang hidup dalam haru biru. Semuanya bertitik tolak dari 'otak² hitam' yang cuba menjadi profesor serba tahu.
Ada rakan yang bertanya tentang bentuk ujian atau peperiksaan yang harus bagaimana perlu mereka jalankan untuk akhir tahun ini. Adakah soalan perlu bergantung pada band dan eviden seperti zaman huru hara suatu ketika itu atau menjalankan ia seperti kaedah normal (peperiksaan).
kredit foto: Lebai Google |
Jika mengikut pada bicara Menteri Pendidikan, UPSR akan dikekalkan.....so......pada hemat serembrum kiri aku, soalan yang perlu disediakan bukan lagi berdasarkan pada band atau evidens. Untuk penilaian band dan evidens ianya telah pun di buat secara offline, lantak cikgu-cikgi la nak taruk band berapa pada setiap pelajar memasing nanti. Untuk peperiksaan akhir tahun, sediakan sahaja soalan berkonsepkan peperiksaan awam seperti sedia kala. Letak tepi soal fening² kapla....tunggu sahaja pencerahan minda dari pihak berwajib seandainya ada perubahan lagi selepas ini.
Apa pun, pesan aku pada rakan² pendidik, bawa la berbincang dengan pihak pentadbiran memasing. Jangan main aci redah pula. Mahzab aku ni jangan di follow sangat, takut sesat......HeHeHe....Well, kepada yang bertanya berkenaan soalan exam akhir tahun boleh la klik pada Contoh Soalan Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 untuk di donwload.
Aras soalan tersebut untuk aliran SJK tapi nak guna untuk SK pun rasanya tak ada masalah. Ubah dan modified la apa yang difikirkan perlu yer.
Sharing is caring
Jazakallah.
Support us MansuhPBS
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.