Asal berjaga lewat malam je perut pasti minta rasuah. Konon² tadinya nak edit gambar client dan siapkan SKT tapi dari tadi satu kerja pun tak jalan. Yang nampak duk berjalan hanya makanan meluncur laju ke dalam perut dari tadi takde henti......Memang hancur diet aku muktahir ni.
Maghrib tadi dah sebungkus nasi kerabu plus yong tau fu aku melantak. Ni suffer lagi dengan saki baki yang ada. Ingat nak pulun mentekedarah balik kerja esok, nampak gayanya takdan esok siang, tengah malam ni dah licin kehabisan.
Aku ni pengemar sayur²an.......suka sangat tengok warna² hijau. Sebab tu dengan sengaja pankreas aku tambah daun salad dalam tu.....HiHiHi....Masa kat Jb dulu selalu pergi melantak kat dataran JB. Kalau dekat dataran JB femes dengan kuah kacang, kuah rojak petis jarang yang ada jual. Tapi kan, dalam banyak² yong tau fu yang pernah aku makan yang jual kat pasar malam Klang paling ohsem. Kuah petis dia memang hitam.... pekat dan likat. Pendek kata terbayang pun dah boleh bikin air liur meleleh².
Tadi beli kat pasar malam Chukai, Kemaman. Rasa dia boleh tahan sedap juga la. Tapi kalau kuah dia pekat dan pedas aku rasa lagi terangkat. Lepas ni aku nak try google la resepi buat kuah yong tau fu. Try bikin sendiri..."tengok guane balas" bak kata orang tganu.
Kalau korang la kan, mana tempat jual yong tau fu yang korang suka terjah? Korang boleh share² kat komen comei kat bawah entri ni....mana tahu kot² aku akan ke tempat korang suatu hari nanti, boleh aku singah try test......aku ni boleh dikategorikan hantu jembalang kalau bab² makan yong tau fu ni.
Kalau korang ada resepi yong tau fu turun temurun tok nenek opah moyang korang pun boleh kasi share sini......Nanti boleh la aku cuba try test resepi warisan korang tu. Nanti aku boleh bagi bintang berbintang² kat korang.
Gila sedap makan yong tau fu dengan kopi O panas² baq ang.
Ok all.
Sambung makan.
Sambung kerjaan.
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.