Hujan turun. Boleh tahan juga lebat. Yang pasti, moment 'hilang akal' menjelma lagi tadi. Rasa malas pula nak keluarkan kamera dari dalam Sun-Dry. Biar je la dia rehat secukup rasa sebelum mood mengeshoot datang semula. Untung buat kengkawan yang turun petang ni kat lokasi. Rezeki buat mereka....Aku? Santai kat rumah je sambil godek blog yang dah bersawang ni. Conteng apa yang patut.
Kredit foto: Digital Raudhah Photography |
Asal hujan je perut jadi lapar. Asal lapar je mesti time hujan. Kenapa erk? Ada kena mengena dengan teori sains tak? Perut tetiba jadi lapar.....Kalau kat kampung kalau hujan² sedap dah pekena ubi kayu rebus sama air kopi.
Godek² peti ais......ada lagi kek puding semalam yang berbaki. Pemberian jiran depan rumah yang baik hati. Mak aku selalu pesan, "Dengan jiran jangan dibuat seteru madu. Hidup muafakat baru berkat".
Kredit foto: Digital Raudhah Photography |
Teringat masa dolu²....masa baru nak kenal erti kehidupan....jauh berkelana ke kota metropolitan. Menyewa reramai dengan rakan. Duduk satu taman tapi dengan jiran² sikit pun tiada tali persaudaraan. Memasing buat hal sendiri.......sibuknya 25 jam sehari. Sampai jiran sebelah menyebelah pun tak tak tahu nama dan tak kenal rupa.
Moral off story...mesra² la dengan jiran tetangga. Sesungguhnya hak² jiran itu ada pada bahu kita dan kita wajib untuk meraikannya. Perlu penuhi hak dia. Nak tahu hak² jiran yang ada pada kita? Salah satunya adalah menziarahi ketika dia sakit. Hadir ke majlis jika dijemput dan banyak lagi hak² jiran yang kita perlu penuhi dan santuni.....
Sabda Baginda SAW bermaksud:
❝Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jirannya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik dan hendaklah ia diam.❞ [Hadis riwayat Muslim]
Hujan.....kek puding dan white coffee sememangnya menu petang yang awesome.
Jazakallah.
Support us MansuhPBS
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.