Ngeri. Sedih. Marah. Itu saja yang mampu aku catatkan bila dapat tahu tragedi yang menimpa seorang peniaga di Sri Bandi semalam. Kesian aku tengok gambar mangsa yang anak sedara beliau share dalam wassap group. Kena kelar tengkuk dan kena tikam kat perut. Katanya, mangsa sempat bergelut dengan ketiga-tiga perompak sebelum kekecohan tersebut disedari oleh seorang pengawal keselamatan kilang bersebelahan kedai mangsa.
Tiga orang perompak yang bersenjata itu akhirnya melarikan diri. Dipercayai ketiga-tiga perompak tersebut menaiki kereta Volvo. Perompak berjaya melarikan wang tunai RM2000 dan telefon bimbit mangsa. Lain² belum dikenal pasti.
Selepas kejadian, mangsa telah dihantar ke klinik Sri Bandi untuk mendapatkan rawatan. Oleh kerana mangsa mengalami kecederaan yang serius, pihak klinik telah membawa beliau ke hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk rawatan lanjut. Melalui wassap group semalam, diberitakan doktor dah pun jahit dan rawat kecederaan mangsa. Alhamdulillah......mangsa kini dalam keadaan stabil.
U all perasan tak, penjenayah sekarang ni dah tak segan silu dah nak buat kerja jahat depa. Kalau dulu pandai juga depa buat kerja jahat sembunyi² atau di malam hari, tapi sekarang ni tak lagi.......asal jadi je depa buat kerja jahat depa. Bagi depa ni undang² yang ada kat Malaysiaa hanya bahan lawak jenaka.....sikit pun depa tak rasa gerun.....
Kalau u all tak percaya u all try buka dengaq berita tv.......mesti ada berita pasal jenayah tiap hari. Aci potong la kalau sehari tak ada berita pasal kes² jenayah........itu dalam tv, yang dalam surat khabar apa pun ada lagi....Itu yang di laporkan, yang tak lapor banyak mana duk ada.....sendiri mau pikir la sahabat semua....
Tapi yang aku cukup² heran....ada je bijak pandai dikalangan menteri pasola kata indek jenayah kita masih rendah jika nak dibandingkan dengan negara² pasir berdengung....bal...bla...bla.....Malaysia masih aman. Itu kata menteri pasola. Bagi aku, aman tapi tidak selamat. Siapa² pun selayaknya menjadi mangsa.
Kenapa jenayah semakin menjadi² kini? Pemimpin....pihak berkuasa dan kita² semua kena la pikiaq secara berjemaah. Cari jalan....cari penyelesaian. Kenapa penjenayah tak takut pada undang² sedia ada? Ringan dan longgar ke undang² yang ada kat bumi bertuah ini? Jika diperketatkan sekali pun tapi jenayah makin menjadi² maka kita kena balik semula la pada asas agama (islam). Masing² kena duduk renung dalam lubuk hati, paru², ginjal, pankreas dan yang sewaktu dengannya why semua ini terjadi.
Mungkin undang² manusia yang ada sekarang tidak sempurna. Sebab tu nak menangani kusut semacam kes² yang duk ada. Mungkin dah tiba masanya untuk kita (orang islam yang beriman dan bertakwa) mempraktik dan mengangkat undang² Allah (hudud dan qisas) dalam kehidupan seharian kita.
Aku malas cakap banyak pasal ni. Masing² Allah kurniakan otak dan akal maka pakat² la pikiaq. Hari ini mungkin kena kat keluarga orang lain. Esok² mana tahu kena atas tubuh badan kita dan ahli keluarga kita pula....nauzubillah......
Support us MansuhPBS
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.