Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday, 28 October 2014

Cara Rakam Light Trail Untuk Amatur

kredit foto: Google images

Sebelum ni aku ada join kelas shoot light trail (baca entri INI bagi yang tertinggal keretapi) dan aku juga ada berjanji nak kongsi serba sedikit cara² untuk merakam.

Merakam light trail (jalur cahaya) kenderaan yang lalu lalang di atas jalan raya merupakan salah satu cabang photography. Ramai photographer suka bereksperimentasi dengan kamera mereka untuk menghasilkan gambar terbaik merakam light trail. Sebelum turun shoot pastikan korang dah study kamera milik korang tu sebaik mungkin. Yang paling penting korang tahu apa itu ISO, Aperture dan Shutter speed.

Untuk menghasilkan rakaman foto light trail, seorang photographer biasanya akan mengawal kelajuan shutter kamera untuk menangkap pergerakan cahaya dalam pendedahan yang panjang. 

Teknik ini memerlukan korang setting kamera korang dalam mod manual terlebih dahulu sebelum korang setting ISO, Aperture dan Shutter Speed dalam bacaan yang betul bagi menghasilkan impak yang ohsem dan foto yang dirakam nanti akan menghasilkan imej yang awesome.

Antara kelengkapan asas yang perlu korang ada untuk merakam photo light trail.
  1. Kamera digital
  2. Tripod
Setelah korang faham gajet yang korang miliki dan korang telah adakan kelengkapan untuk merakam maka korang perlu mengikuti langkah² dibawah.

  • PEMILIHAN LOKASI DAN PENGGUNAAN TRIPOD
Korang perlu memilih lokasi yang bertepatan untuk merakam photo light trail sebab ia melibatkan cahaya yang bergerak. Korang perlu memilih jalan yang mempunyai aliran trafik yang mantap dan berterusan serta tidak menghalang sudut pandang (fokus) lensa untuk merakam.

Penggunaan tripod adalah bertujuan untuk menghalang kamera dari bergoyang. Hal ini kerana korang akan menggunakan setting shutter yang paling rendah.

  • SETTING SHUTTER SPEED
Beralih ke mod manual dan kemudian memilih kelajuan shutter yang perlahan. Tempoh masa shutter koranng perlu terbuka bergantung kepada cahaya yang ada dan kelajuan lalu lintas. Tempoh masa 10 saat adalah titik permulaan yang baik. Jika kamera korang tidak mempunyai mod manual, boleh guna mod pemandangan malam untuk mencapai kesan yang sama.

  • SETTING ISO

Korang telah menggunakan kelajuan shutter yang rendah, cahaya yang cukup harus mencapai sensor korang untuk mengelakkan rakaman menjadi kurang terang. Ini bermakna korang boleh menggunakan ISO yang rendah. Korang boleh set bacaan ISO 100 untuk permulaan. Hal ini bagi mencegah rakaman foto yang terhasil mempunyai banyak noise. Jika gajet korang berbingkai penuh mungkin anda boleh menaikkan ISO lebih tinggi.

  • SETTING APERTURE
korang boleh menggunakan f/10 untuk permulaan rakaman. Rakaman jalur cahaya perlu kejelasan yang jitu untuk menampakkan lagi kesan dramatik pada jalur² kenderaan. Korang boleh pilih bukaan sehingga f/22 namun harus diingat, aperture perlu seimbang dengan ISO dan Shutter Speed untuk mendapatkan pencahayaan yang secukupnya ketika merakam sesuatu gambar.

  • TUKAR WHITE BALANCE
Untuk mengelakkan cast warna yang tidak dikehendaki daripada muncul pada gambar yang korang rakaman, menetapkan white balance yang sesuai dengan sumber cahaya yang korang pilih. Lampu kereta menghasilkan tungsten/lampu pijar menggunakan tetapan ini sehingga mendapatkan warna yang tepat. Sebagai alternatif, korang boleh beralih ke tetapan imbangan putih yang berbeza untuk menghasilkan kesan kreatif.

Kesemua setting di atas ini tidak mandatori. Korang boleh menukar² setting mengikut kesesuaian keadaan lokasi tempat kejadian dan juga kemampuan gajet yang korang miliki. Bagi gajet yang berbingkai penuh mungkin mempunyai kemampuan rakaman yang berbeda jika dibandingkan dengan gajet crop body.

 1/25" | f22 | iso 100 | focal length 17mm

Kredit foto:
K-mang Hakim

SOOC | 1/6" | f13 | iso 320 | focal length 17mm

Kredit foto: Digital Raudhah Photography

Selepas merakam korang perlu pp (picture processing) bahan mentah yang korang rakam tu dalam sofware seperti lightroom atau adobe photoshop serta software² yang sewaktu dengannya untuk mendapat impak yang lebih ohsem dan awesome terhadap gambar yang telah korang rakam.

Korang boleh rujuk youtube How To Add Car Light Trail In Photoshop untuk mempelajari cara
² pp gambar light trail. Korang mungkin boleh baca tutorial How To Shoot Light Trail lebih lanjut.

Well, itu sahaja pengkongsian yang termampu untuk aku kongsikan dengan u all semua. Mohon maaf atas apa yang terkurang dan ketakfahaman. Kepada yang nak tambah lagi agar entri ini lebih berperisa boleh la komen dan kritik di ruangan komen bawah entri ini.

Sharing is caring.

Jazakallah.


Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.