Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday 22 October 2014

Light Trail Class at SMC Kemaman




Dah banyak lama aku tak lepaking kat blog aku yang ohsem ini (nak harap korang puji memang hampeh, jadi aku masuk bakul dan angkat sendiri la yer.....ada aku kesah?...hahaha). Rasa ralat pula nak menaip bicara. Macam kaku segala idea yang tadi bagaikan melata dalam kepala. Ini la satu wabak penyakit yang paling aku tak suka. Asal ada niat nak menconteng arang bait²  aksara di blog ini gitu la jadi dia. Sifo² dan otai² blogger selalu pesan, kalau pale hotak tengah ting tong jangan sesekali gedik nak updates entri blog.....nanti kurang berperisa kata mereka (ayat versi kefahaman aku la ni yer). 

Kenapa? Tak percaya? Kalau tak percaya korang boleh godek² entri sifo dan otai blogger tersohor negara. Try usya tengok kot² ada entri pasai yang aku duk cakap tadi. Sebab aku penah baca kat blog depa seingat aku yang tak berapa nak lupa.

Diringkaskan cerita, aku nak juga update blog ni dengan satu entry yang mungkin best bagi aku dan tak best bagi kamu dan keluarga kamu. Tapi aku tak kira, u all dan kamu semua kena hadam juga entri ini sampai ke aksara yang terakhir biarpun tahap boring kalian itu boleh bikin milky way bertaburan di ats kepala.

Last week yang last2 aku ada join satu event yang KPC anjurkan (Nak tahu apa itu KPC boleh klick SINI). Event ni adalah kelas basic fotografi anjuran Empower Kemaman yang di hostkan oleh masta photographer K-mang Pictures Photostudio. Class ini dibawakan khas untuk pemilik camera dan pencinta fotografi yang baru berjimak berjinak-jinak dengan dunia digital camera dan baru nak mencuba bermain konsep light trail. 

Alhamdulillah, walaupun kelas diadakan secara santai namun objektif tercapai. Percambahan dan perkongsian ilmu berlaku. Kelas bermula pada jam 8.00 malam bertempat di jejantas depan SMC (Sekolah Menengah Chukai) Kemaman dan berakhir pada jam hampir 11 malam. 

Macam biasa, lepas shoot or kelas....perkara paling mustahak adalah group photo. Tanpa group photo ibarat hidup tanpa oksigen. 


kredit photo: K-mang Hakim

Nah, sebiji gambar group photo untuk tatapan kornea u all yang tak jemu² support blog picisan aku ni. Atas tangga jejantas pun jadi. Yang penting ada story dalam sini. Terima kasih kepada sahabat cg Azhari Alias, Cg Dilla Hana serta pak menakanya yang sudi hadir support this event serta semua yang hadir memeriahkan suasana malam yang kelam tika itu.

U all nak tahu macam mana nak hasilkan photo light trail yang ohsem boleh klik SINI. InsyaAllah, nanti aku cuba share serba sedikit setting dan cara² nak shoot light trail pada next entri.

K la. Aku nak kuar ngeteh jap. Nanti aku sambung lagi. Sebenarnya dengan DSLR yang u all miliki tu macam² gambar u all boleh hasilkan. Yang penting ada kemahuan dan ada daya usaha yang gigih.....belajar...belajar.....dan terus belajar tanpa rasa jemu....HeHeHe....


Jazakallah.



Support us MansuhPBS

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.