Last weekend (17-18 Okt) aku berkayuh (by Bumblebee) ke Perlis kerana ada urusan di UITM Arau. Jenuh aku pusing satu Perlis cari hotel penginapan untuk malam tersebut tapi semuanya penuh. Kalau ada yang tinggal pun just yang rate mahal². Rasa rugi pula kalau amik yang rate mahal sebab nak tidur bukan lama mana pun, tak sampai pun beberapa jam. Seawal jam 0500 aku dah kena bangun untuk terjah Tasoh Lake sebelum kemudiannya ke UITM Arau.
Pusing Perlis dari jam 2000 sehingga jam 2230 tak juga dapat² bilik penginapan. Semuanya full booking. Maklum la, minggu tersebut memang banyak orang datang terjah Perlis, terutamanya rombongan Cik Kiah dengan Geng Bas Sekolahnya yang hendak berlibur ke Pulau Langkawi. Sebelum naik Langkawi Ferry Line Ventures esok pagi, hotel² dan motel² sekitar Perlis la tempat mereka menganyam mimpi.

Akhirnya kepenatan dan keketatan aku tawaf negeri Perlis beberapa ratus minit mencari hotel penginapan berakhir di Ventura Hotel. Memula masuk ke lobi hotel ni aku dah terpegun. Gila kentang dia punya design. Aku nak cakap pun susah. Tapi dari segi seni memang awesome la cara decoration diorang. Very creative!
Ada empat senarai bilik yang u all boleh pilih kalau terjah hotel ni antara bilik² yang ditawarkan adalah Standard Connected, Deluxe, Superior dan Standard.
Rate untuk bilik pun berpatutan. Korang boleh terjah Ventura Hotel pages untuk membuat tempahan dan bertanyakan rate untuk bilik.
Kalau u all datang nak berseminar pun boleh tempah Ventura Hotel ni sebab pihak pengurusan mereka ada menyediakan conference hall. Kemudahan² lain yang disediakan, wifi dengan kelajuan sepantas gaban 24 hours.......tv lcd yang besaq gedabak dan juga parking lot yang berhadapan dengan hotel. Tak payah korang nak menampak dari parking ke hotel sampai berpeluh ketiak bagai. Parking memang banyak dan dekat sahaja. Security juga berada dalam tahap terbaik.
Apa yang paling utama bagi aku adalah.....letak duduk hotel ini bagaikan centre untuk aku bergerak ke destinasi² lain seperti Arau, Beseri, Kuala Perlis, Jejawi, Kangar Padang Besar, Wang Kelian, Gua Kelam dan kawasan² yang sewaktu dengannya.
Untuk sebarang pertanyaan korang boleh klik Ventura Hotel.
Untuk melihat lokasi Ventura Hotel korang boleh klik Google Map Ventura Hotel.
Semoga pengkongsian kecil ini bermanfaat untuk korang. Dengan izin Allah Ventura Hotel akan menjadi pilihan aku lagi sekiranya berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Perlis selepas ini. Cerita Dua hari satu malam aku kat Perlis nanti aku story next entri.
kredit photo: Venture Hotel

___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.