Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday 26 August 2013

Kontroversi video tak pakai seluar dalam | Ini jawapan Kilafairy.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Comei ape Kilafairy pakai tudung
Kredit photo: Sumber
Angpa dah tengok video Kilafairy tak pakai seluar dalam??

Nak tengok? Tak payah la kot......bukan molek pun....takde maknanye kalau angpa tengok pun. Nak tengok juga? Jangan menyesal tau....elok angpa klik link INI untuk menonton. 

Nak tengok gambar hot Kilafairy dari video tu elok angpa tanya lebai goggle...bersepah kat laman maya tu ha...

Kilafairy telah pun memohon maaf kepada semua pihak yang rasa terganggu dengan video tersebut. 

Khabarnya video tersebut juga telah dipadamkan dari akaun instragram beliau.

Kilafairy telah pun membuat penjelsan kepada Malaysian Digest berkenaan kontroversi video tak pakai seluar dalam yang tersebar bak goreng pisang panas di laman2 maya dan sosial sebelum ini.

Antara penjelasan beliau terhadap isu kontroversi tersebut.



"Saya tak ambil kisah pun dengan kritikan itu dan ia tak menjejaskan kerjaya mahupun perniagaan saya. Lagipun video tu sebenarnya adalah sesi fotografi untuk tujuan mempromosikan baju jenama fesyen saya. Memang nampak macam saya tak pakai seluar tapi sebenarnya pakai baju-t dengan legging' yang berwarna kulit. Cuma orang ingat saya tak pakai seluar,"
"Saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan mungkin untuk promosi akan datang saya rasa lebih senang kalau saya gunakan model saja."
Angpa boleh tekan SINI untuk bacaan lanjut.

Kita ni biasa la kan, selalunya sudah terhantuk baru nak mengadah......Ada sesetengah artis Malaysia ni kalau bab kerjaya dan juga bakat tak semegah mana pun tapi cerita kontroversi memang meletop gila...

Artis2 lain kena la juga ambik ikhtibar dengan apa yang berlaku pada Kilafairy ni.....Abg long bukan apa, artis2 kat Malaysia ni dah tau gerak geri depa selalu kena skodeng dan kena teropong dengan peminat apa salahnya depa berkelakuan sopan dan bertuma'ninah....bagi contoh dan teladan yang baik....bukan rugi pun kan jika buat benda baik dari benda2 tak senonoh ni.

Depa artis tu melayu....orang melayu kan tebal dengan sifat2 lemah lembut dan bersopan-santun......satu hal lagi, depa kan penganut agama Islam.....kalau perangai depa mengalahkan orang bukan Islam macam mana orang bukan Islam nak tertarik dengan ajaran Islam. Tentu orang bukan Islam akan berfikir yang depa dengan orang Islam tak banyak beza, sedangkan hakikat yang sebenar memang jauh panggang dari api antara agama Islam dengan agama ciptaan tok nenek depa.

Bagi abg long la kan, menjadi seorang artis bukan la tiket untuk suka suki hati melakukan apa sahaja termasuk melanggar sunatullah Tuhan. 

Ke angpa pikir lagu mana?
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.