السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
:: 20 sen jer! ::
Bagi mereka yang berada
20 sen itu apalah sangat bagi mereka
tiada nilai tiada harga
lagak mereka bagai dunia hanya untuk si kaya
20 sen jer!
Bagi yang tiada
20 sen itu amat berharga nilainya
boleh menampung keperluan yang ada
menambah yang tersisa
20 sen mungkin tak bernilai
buat yang buta mata hatinya
20 sen mungkin tak berharga
buat yang mati akal budinya
namun......20 sen adalah nikmat terbesar
bagi mereka yang tak punya harta dunia
serta yang mensyukuri akan nikmat-NYA
Kita berbangga dengan senang yang ada
Kita sombong dengan nikmat kita punya
Kita lupa dan alpa,
Bumi ini bukan sahaja kita mendiaminya
Kelak,
Kita turut merasa
bencana dari ketakcaknaan kita.....
sulit dan sukar pasti datang tiba,
mengetuk pintu damai hidup kita.
Sekadar renungan bersama,
"Jika pemimpin kaya maka rakyat akan miskin tetapi bila pemimpin miskin maka rakyat akan kaya. Ini adalah kerana pemimpin yang kaya sentiasa sibuk untuk menambah kekayaan sehingga lupa rakyat yang susah sedangkan pemimpin yang miskin sentiasa berfikir tentang kebajikan rakyatnya yang susah." [Khalifah Umar bin Abdul Aziz]
Jazakallah
:: 20 sen jer! ::
Bagi mereka yang berada
20 sen itu apalah sangat bagi mereka
tiada nilai tiada harga
lagak mereka bagai dunia hanya untuk si kaya
20 sen jer!
Bagi yang tiada
20 sen itu amat berharga nilainya
boleh menampung keperluan yang ada
menambah yang tersisa
20 sen mungkin tak bernilai
buat yang buta mata hatinya
20 sen mungkin tak berharga
buat yang mati akal budinya
namun......20 sen adalah nikmat terbesar
bagi mereka yang tak punya harta dunia
serta yang mensyukuri akan nikmat-NYA
Kita berbangga dengan senang yang ada
Kita sombong dengan nikmat kita punya
Kita lupa dan alpa,
Bumi ini bukan sahaja kita mendiaminya
Kelak,
Kita turut merasa
bencana dari ketakcaknaan kita.....
sulit dan sukar pasti datang tiba,
mengetuk pintu damai hidup kita.
Sekadar renungan bersama,
"Jika pemimpin kaya maka rakyat akan miskin tetapi bila pemimpin miskin maka rakyat akan kaya. Ini adalah kerana pemimpin yang kaya sentiasa sibuk untuk menambah kekayaan sehingga lupa rakyat yang susah sedangkan pemimpin yang miskin sentiasa berfikir tentang kebajikan rakyatnya yang susah." [Khalifah Umar bin Abdul Aziz]
Jazakallah
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.