السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Mesti angpa tengah bengang gila sekarang ni kan? Ye la kan, khabar angin konon2 minyak akan naik 20 sen yang tersebar sejak siang semalam sebenarnya khabar yang betul2 buat angpa semua naik minyak...HaHaHa...
Abg long pun baru tahu berita kenaikan minyak ni usai masuk opis pagi ni. Semalam berbungkus dalam kain selimut, tak tahu apa yang berlaku pada dunia seisinya. Telan ubat terus lena tanpa mimpi indah.
Oleh sebab angpa semua tengah ketat jiwa dan angin tak tenteram mana apa kata abg long belanja angpa dengan sekeping gambar dan sedikit coretan luahan hati supaya angpa sahabat2 abg long beroleh ketentangan dan kedamaian.
Pasal kenaikan minyak tu nanti abg long coretan lain entri......sekarang ni abg long nak melawat kawasan jap, tengok anak2 buah.....dah macam tongkang pecah pepagi ni.....dah la minyak naik lepas tu pakat2 pula naik minyak....jeng kreng!
::Hakikat Sebuah Cinta::
Aku masih setia di sini,
Bertemankan sepi dan sunyi yang mendiami relung hati...
Rindu ku tiada tebing untuk berlabuh
Harapan ku bagai reranting berpaut teduh
Tika dunia memandang dengan kesombongan
DIA betah menghadirkan sebuah penganugerahan.....
Warna karmizi itu bagaikan qasidah cinta
Berirama syahdu dalam tawa duka
Aku tidak pernah memahami kamu
dan kamu tidak betah untuk menyelami jiwaku
Namun....kau dan aku punya rasa,
Hakikat sebuah cinta.
Aku betah begini,
Merindui dan menanti,
Sehingga terhenti denyut nadi.
Well, macam mana?
Harap angpa semua beroleh ketenangan la yer.....kalau tak tenang gak ada eloknya angpa pi terjun laut bertukar menjadi 'Si Tenang'...ahaks3..
Jazakallah

___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.