Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Showing posts with label Blogger Nabila. Show all posts
Showing posts with label Blogger Nabila. Show all posts

Sunday, 2 November 2014

Segmen : Blogwalking By Dayang Deno #2 vs Anugerah Pelakon Terbaik Final Piala Malaysia.





Dah banyak lama aku tak bersegmen. Untuk entri kali ni aku nak join segmen blogwalking by Dayang Deno bersempena berakhirnya final piala Malaysia edisi 2014.

Aku yakin ramai yang menonton perlawanan akhir piala Malaysia 2014 antara Pahang vs JDT. Rasa² korang la kan, siapakah yang layak mendapat anugerah pelakon terbaik final piala Malaysia 2014? Korang boleh berikan jawapan di ruangan komen yang comei dibawah entri ini. Jawapan perlu la berdasarkan apa yang dipersembahkan di dalam perlawanan akhir piala Malaysia sahaja. Watak² dari drama Suami Ku Sotong adalah tidak diiktiraf sama sekali. Keputusan aku adalah muktamad. Sebarang surat menyurat, sms, whatsapp, wechat dan telegram tidak akan di layan. Pujuk rayu dan ayat² membeli jiwa sikit pun aku tak heran.

Kepada sesiapa yang nak hadiah, lepas komen kat ruangan komen yang aku sediakan  kat bawah entri ni boleh la klik banner 'Segmen: Blogwalking by Dayang Deno #2' kat bawah. Kenapa perlu klik banner kat bawah? Sebabnya, tuan banner ini ada menyediakan hadiah untuk korang. Jangan lepaskan peluang korang untuk tersenarai antara manusia yang bertuah kat planet ni. 

Macam mana nak menang hadiah? Kan aku dah cakap tadi, korang klik sahaja pada banner bawah ni. Lepas tu korang join je segmen yang tuan tanah banner bawah ni buat. Segmen dia simple je. Semudah penjaga gol Pahang menepis penalti kick dari Mat Yoe dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2014.



Aku harap tiada tiang gol mahu pun kepala orang yang di flaying kick selepas perlawanan akhir piala Malaysia yang baru lepas. Harap semuanya baik² sahaja. 

Usai aku menonton cerita Mr.Bean, aku berfikir......aku sedar bahawa ego, sombong, bongkak, keangkuhan dan duit bukan segalanya......aku juga mulai faham tentang realiti kehidupan, bahawa yang banyak itu belum tentu dapat menghancurkan yang sedikit. Kejayaan terhasil dari semangat dan kesungguhan dalam berjuang.

Jazakallah.


Support us MansuhPBS


___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Friday, 22 November 2013

Kisah Villa Nabila bakal difilemkan?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Kenapa??? Tak percaya???

HaHaha......kan...kan.....aku dah cakap sebelum ni. Gerenti akan ada yang buat filem kisah Villa Nabila punya......Otak David Teo ni memang jalan la untuk bisnes.....lepas ni berkoyan2 la bani melayu yang akan pergi ke pawagan untuk menyelubungi hidupnya dengan misteri. Tak percaya korang tengok la nanti.....orang melayu ni memang suka story bab2 mistik dan cerita2 cinta yang bermain dengan emosi. Walhal plot filem dan drama kebanyakkannya sama jer.

Kalau aku orang ajak tengok cerita melayu, awal2 lagi aku tolak.....bukan apa....tengok separuh jalan dah tahu apa kesudahan.......Bukan aku tak respek dengan karyawan tempatan......bukan......buat masa sekarang memang aku tak berselera dengan cerita2 melayu yang duk ada....semuanya sama..... sedih..... seram...... mistik..... berebut-rebut cinta...... perebutan harta.....bla....bla....bla.... hmmmm.....kalau nak story pasal filem/drama melayu memang hampagas la.....Aku pun sependapat dengan buah fikir Mizan Hashri (klik).....Filem/drama sekarang melayu terlalu tipikal.....Berapa lama dah aku tak menonton drama melayu...lebih2 lagi yang bersiaran tatkala waktu maghrib.....orang didik masyarakat pergi ke masjid bukan sebaliknya...

Tapi.....kalau korang nak belanja tiket untuk aku, stadium sultan mizan yang runtuh tu aku tadahkan......Dengan syarat........syarat dia bukan tengok cerita melayu la kot....HaHaHa....

Aku tak pasti pula siapakah pelakon utama untuk filem Villa Nabila ni nanti. Adakah watak utama tu nanti bakal diberikan pada remaja yang dikatakan hilang ditemui bukan di Villa Nabila tempohari atau pelakon yang hebat yang ada di MIG.....law remaja tu jadi pelakon utama memang femes baq ang. Nanti boleh la jadi femes macam Syasya Selero macam cantik je macam comel je. Kita tengok je la nanti yer.....HeHeHe...

Kalau David Teo nak buat juga cerita pasal Villa Nabila ni nanti, aku harap sangat2 jangan la dia follow plot Kisah seram Villa Nabila terungkai yang telah menyebabkan 1Malaysia histeria baru2 ni. Biar la seram ala ala scary movie pun tak apa.....bukan apa, takut ramai yang muntah hijau dalam panggung wayang nanti. Haru baq ang.....(^__^)

Sebetulnya dah lama aku tak tengok cerita melayu kat pawangan, jadi aku harap filem2 melayu selepas ini ada la kelainan dia. Tapi kan, dalam banyak2 cerita melayu.....cerita melayu hitam putih arwahyarham Tan Sri P.Ramlee tak penah menjemukan aku untuk menonton.......walaupun cerita tu aku dah tengok berkali2. Itu hebatnya seniman dulu dengan seniman sekarang.

Apa khabar abang Zed Zaidi??? katanya mahkamah batalkan mesyuarat Seniman dan ia tidak sah......jawatan presiden apa cerita yer?? 

Cerita pasal David Teo nak buat filem Villa Nabila korang boleh baca lanjut kat SINI (klik). Kisah arwahyarham Ahmad Ammar dengan arwahyarhamah Yasmin J Hunwick yang memberi impak kepada remaja melayu Islam takde pula orang nak buat lagu dan filem kan eerk?? ......sekadar bertanya.....HiHiHi

Well "Usah biarkan hidup anda diselubungi misteri"

Jazakallah.

___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Friday, 20 September 2013

Tips | Meramaikan pengunjung blog

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Fuhhhhhhhh! Hampir seminggu tak berfoya2 kat blog ni. Entri paling last cite pasal outing photog AON Grand Outing (cite pasal AON Grand Outing ni nanti abg long story lain kali yer). Blog kawan2 pun sempat terjah satu dua jer. Tetiba minggu ni jadi busy tak semena-mena.

Untuk entri kali ni abg long nak kongsikan dengan semua (sahabat2 blogger) bagaimana nak tarik pembaca terjah blog anda tanpa prejudis. 

Kalau tanya lebai google, bersepah tips2 bagaimana cara nak tarik pengunjung terjah blog. Macam2 versi...macam2 saranan yang duk ada.....jadi, segalanya bergantung pada diri memasing. Hendak seribu daya.....tak hendak sebab tak berdaya...ahaks3.....gitu?

Kalau hendak tentu la anda perlu berusaha bersungguh2 dan melipat gandakan usaha bukan?  Tapi bagaimana caranya?



Salah satu cara nak meramaikan pengunjung blog adalah dengan ping or link entri yang anda tulis tu dekat lama-laman sosial seperti muka buku, tagged, twitter dan yang sewaktu dengannya laju2 360km/j setelah satu2 entri anda siap tulis. Apa guna ada acc laman sosial jika anda tidak menggunakan fungsinya secara optima. Buang karan dan buang ringgit Malaysia orang kata...

Kat bawah ni antara beberapa pages yang anda boleh ping dan linkkan entri anda untuk orang ramai terjah baca.
  1. Geng Blogger I
  2. Geng Blogger Malaysia I
  3. Kelab Blogger
  4. Kami Blogger Comel
  5. Blogger Online
  6. Blog kite-kite je
  7. Kelab Wacana BloggerHolic
  8. Geng Blogger Malaysia II
  9. Geng Blogger Bersatu I
  10. Hotspot Blogger
  11. Lepas Geram, Kaki Blogger n GengDearHaniey
  12. Blogger Tak Perasan Cantik & Tak Perasan Hensem
  13. Geng Blogger II
  14. Blogger Area
  15. Blogger Informasi
  16. Rakan Blog
  17. Diari Sahabat Blogger
  18. Suka hati je buat blog
  19. Kawan Blogger
  20. Kami Si Blogger (Official) KSB
  21. Geng Blogger III
  22. Geng-geng blogger
  23. Sahabat Lulu Caldina
  24. Kami suka blogger
  25. Geng Blogger V
  26. Ex-Tream Blogger
  27. Geng Smart Blogger
  28. Geng Blogger Bersatu II
  29. Blogger-blogger
  30. Blog Pencinta Puisi
Well, cukup tak 30? Kalau tak cukup pepandai la anda terjah cari lagi. Hanya ini sahaja yang termampu abg long kongsi.

Blogger2 lama gerenti dah hadam dengan tips sebegini, yang baru dipersilakan try cuba test tips ini. Gerenti ianya dapat membantu meramaikan pengunjung blog anda. InshaAllah...

Selamat mencuba.

Jazakallah.

 
kredit photo: lebai googel

___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Tuesday, 27 August 2013

Blog Pilihan 2013 | Edisi Follower

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah hari ni cecah gak la jumlah follower blog abg long yang tak semegah mana ni menjadi 300. 



Bukan senang nak dapat follower yang setia-sehati-sejiwa.....tambahan pula abg long ni bukan blogger retis mahu pun blogger terhangat di pasaran. Tulis blog pun banyak yang merapu-meraban.....syok sendirian berhad.....HaHaHa...*asyik gelak sesorang sokmo

Lagi pun abg long tak pernah pun memaksa sahabat2 yang singgah dan tersesat kat blog ni untuk follow blog abg long. Sesungguhnya perkara paksaan ni amat la tidak best dan cool.

Bagi abg long, ukhuwah fillah lagi cun melecun dari ukhuwah sebab kepentingan peribody peribadi.

Berbalik kepada blog pilihan edisi follower abg long kali ni sudah tentu pada follower yang ke-300 yang menjadi hak milik si gadis kecil yang bernama Nabilah. Baru jap blogwalking kat blog beliau yang ohsem dan comei tu.

Banyak info berguna yang boleh angpa kutip dan pungut dari blog beliau. Best baca blog Si Kecil Menulis milik beliau.

Berdasarkan entri terkini kat blog beliau tak lama lagi beliau akan berlepas ke Korea bagi menyambung study kat sana......Wowwwwwww.....best kan dapat sambung study, nak pula sambung study kat luar negeri. Taniah abg long ucapkan buat beliau. Lepas ni boleh la beliau tulis cite tentang Korea dari sudut padang beliau. 

Mudah-mudahan dengan ilmu yang beliau 'sedut' di Korea nanti dapat memperkasakan ummah dan memartabatkan agama. Semoga perjalanan beliau dalam pemburuan ilmu dirahmati dan diberkati Ilahi. InshaAllah.

Kepada angpa yang nak berukhuwah dengan Si Kecil Nabilah boleh la terjah blog beliau dengan klik pada gambar beliau kat bawah ni.



Salam ukhuwah abg long ucapkan buat Si Kecil Nabilah dan semua penyinggah blog AMIR AIMAN AKASHAH | Diari Seorang Lelaki ini.

Barakallah fiikum

___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.