Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday 18 November 2013

Villa Nabila

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


kredit photo: mymetro
Femes tetiba nama Villa Nabila ni (gambar). Dulu masa aku kerja kat Johor, villa ni orang yang lalu lalang abaikan jer, takde yang menarik pun....tapi sejak semalam dah macam goreng pisang panas pula kisah villa yang dah lama ditinggalkan ni. 

Macam2 versi duk ada.....macam2 cerita terjah mai dalam kepala......tak tahu mana satu nak percaya....tapi kalau betul pun cerita ni (tak kisah la 23 orang hilang atau 1 orang je yang hilang) apa ke hal nya bebudak tu terjah tempat lagu tu?? Perasaan ingin tahu??? aduiiilalalalala.....bab agama taknak pula amik tahu, bab2 mistik macam gitu memang budak2 melayu kita no.1......gitu??? Ni la akibatnya...masjid yang banyak tak nak pergi...rumah hantu pula yang dicari...

Tak pasal2 kecoh satu alam siber......bukan tu saja, ia juga dah menyusahkan banyak pihak......kan elok buat kerja berfaedah.....contohnya, tolong mak bapak kat rumah bersempena cuti sekolah......tak pun buat blog, jadi blogger......HaHaHa.....ada juga faedah dan dividen dia.....

Pasal Villa Nabila ni korang boleh follow kat page WUJUD (klik) sebab depa memang update sentiasa. Korang juga boleh baca dekat SINI (klik) dan korang boleh tanya lebai google pasal Villa Nabila tu.

Lepas korang baca, korang pikir la sendiri. Nak percaya atau tidak memasing punya selera....bagi aku, benda2 ghaib ni memang ada......iblis...syaitan...jin.....memang mahkluk Allah Yang Maha Esa. Sama macam aku dan korang semua.....cuma, jangan la kita  yang memang Allah jadikan 'istimewa' ni terlalu taksub dengannya. Takut jatuh syirik pula kita.

Lagi satu, orang kita ni memang suka main sebar je apa yang dia baca.....tak pikir dah benda tu benar atau palsu....janji ramai orang datang like, ramai orang datang share....ramai orang datang komen.....jangan jadi macam kes konon2 ada restoran guna taik sebagai pelaris tu dah la.....

Zaman sekarang ni zaman fitnah dihujung jari, fitnah bukan lagi dimucung bibir yang mungil. Jadi, hati2 la dengan apa yang kita sebar dan share......memang sharing is caring, tapi kalau sharing tu tak betul apa kejadahnya.....itu bukan caring, itu dah macam killing.....Betul tak???

Oh ya, korang perasan tak apa yang ada kat dalam gambar atas tu?? (sila skroll atas semula) Cuba korang tengok dan amati betul2.....ada apa dalam gambar tu......cuba korang tilik, ada 'sesuatu' di dinding bawah atap Villa Nabila tu.....

Well, usah biarkan hidup korang diselubungi misteri......Korang rasa2 la kan, gambar kat bawah ni misteri maha seram ke tak???? 

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

VILLA NABILA


HeHeHe....Dari korang cari cerita pasal Villa Nabila ada baiknya korang buka al-quran baca. Ada juga faedahnya. Sebab apa??? sebab korang akan pening kepala bila baca cerita yang tak tahu pangkal dan hujungnya. Banyak sangat versi duk ada. 

Apa pun, terima kasih sangat2 kat korang yang sudi baca entri aku pasal Villa nabila ni. Sekali  lagi pesanan ikhlas lagi percuma dari aku, usah biarkan hidup korang diselubungi misteri. HaHaHa.....!! Y(^_^)Y peace no war!

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

1 comment:

  1. Hahaha, serius kelakar bab gambar tu. Suka dgn persoalan, apa ke halnya nak pi tmpat2 mcm tu kan, dh tkda keja kot...

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.