Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday, 14 November 2013

Majlis Hari Anakku dan Penyampaian Keputusan UPSR 2013 SKPK (Part I)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sedikit lelah hari ni. Hari ni merupakan last day hari persekolahan bagi negeri2 tidak bersekutu (klik). Dihari last day ni juga la program Hari Anakku dan penyampaian keputusan UPSR dijalankan. Sesak dan semput nafas sekejap.

Tugasan utama macam biasa, jadi OP (Official Photographer) tak berbayar seadanya. Lunyai shutter count kumira murahan aku. Banyak juga snap gambar tadi.....HuHuHu....Tapi takpe la, dalam proses pembelajaran lagi.....Dah lunyai nanti kasi angkat baru lagi.....Apa kisah....(ayat panas line).

Malas nak sembang banyak, pasal majlis tadi nanti lain kali je story. Tu pun kalau aku rasa nak capai KPI blog Amir Aiman Akashah | Diari Seorang Lelaki ni. Nak cepat coz petang ni ada outim dengan sahabat photog.....petang ni nak memburu mentari jatuh.....InshaAllah.

Bila keputusan peperiksaan keluar dan diumumkan....maka akan ada la wajah2 yang gembira dan wajah2 duka. Tapi itu la yang dikatakan rezeki. Anda akan dapat apa yang sepatutnya anda dapat dengan usaha yang anda lakukan.

Kepada yang berjaya, taniah diucapkan. Semoga kejayaan ini menjadi dorongan dan pemangkin untuk anda mencipta kejayaan demi kejayaan dalam kehidupan mendatang.

Kepada yang kurang berjaya, usah kalian berduka nestapa. Kegagalan hari ini bukanlah penamat sebuah kehidupan. Jadikan apa yang kurang hari ini sebagai pengajaran dan pedoman untuk anda lebih gigih dalam langkahan menuju kejayaan dimasa hadapan.

Sama anda berjaya atau sebaliknya......bersyukurlah kepada yang Tuhan Yang Esa. Sesungguhnya DIA penentu rezeki kita semua setelah kita bersusah dan berpayah untuk menjadi yang terbaik antara yang baik.

Ucaplah terima kasih kepada guru2 anda atas ilmu yang anda terima......ucapkanlah penghargaan kepada ibu dan bapa atas kasih sayang serta pengorbanan mereka buat anda. Berikanlah penghargaan buat rakan2 seperjuangan dan orang2 yang memudahkan urusan menutut ilmu anda.

Taniah buat anda semua......pewaris bangsa Malaysia.


Alhamdulillah, SKPK berjaya menambah jumlah calon yang memperolehi keputusan cemerlang tahun ni. Berkat usaha guru2 ......doa ibu dan bapa serta pergorbanan murid sendiri......berkeyakinan tinggi.....berkemahuan mencapai kejayaan.

Bila tengok wajah2 mereka tika memperolehi slip keputusan UPSR tadi teringat peristiwa berpuluh tahun dahulu ketika aku juga menjadi sebahagian daripada moment yang mereka raikan hari ini.

UPSR ku yang dulu bukan la UPSR yang sekarang......HeHeHe....macam mana pengalaman mengambil slip keputusan UPSR korang yer? Ingat lagi tak moment terindah tersebut?? Ke dah lenyap bersama arus 'sungai' masa???

Ok la, aku stop dulu. Nanti sambung lagi kisah UPSR ni malam nanti. Nak bersiap2 untuk menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan pula.

Jazakallah.


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.