السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Musim sekarang ni musim banyak virus datang menyerang. Kalau anti bodi tak kuat, memang mudah menjadi mangsa serangan.....terutamanya anak-anak kecil.
Tadi, ada kenalan fesbuk aku bertanya kat wall dia macam mana nak hilangkan demam panas anak dia. Jadi aku dah pun respon pada persoalan dia. Sekarang, aku tepek pula kat blog ni untuk pengkongsian bersama.
Dulu masa budak2....adik beradik aku....sepupu sepapat aku kalau demam opah yang paling sibuk......dia akan turun ke tanah memetik segala daun rambutan yang tumbuh segar di sekitar rumah dan menyediakan air untuk dibuat ubat bagi mengurangkan suhu panas badan cucu2 nya yang demam.
Cara-caranya.
Mudah....murah dan simple. Air dari ramasan daun rambutan tersebut jika korang perasan ia sangat dingin. Korang yang duk bandar terutamanya yang mendiami rumah pencakar langit memang susah la sikit nak cuba petua ni untuk hilang penyakit....HeHeHe...
Usaha+doa+tawakal......inshaAllah. Buah rambutan bukan sahaja enak di makan tapi daun dia juga ada manfaatnya buat kita. Setiap apa yang Allah SWT jadikan, ia tak akan sia2. Semuanya bergantung pada kita nak explore dia macam mana. Betul tak?
Jika tak kebah juga suhu panas tu, ada eloknya korang bawa anak korang yang demam tu ke klinik....rujuk pada pakar.
Ok. Selamat mencuba.
Jazakallah.

- Petik daun rambutan yang tua (lima enam helai) termasuk pucuk.
- Basuh dengan bersih supaya ulat2 yang bertenggek diatas daun dapat dinyahkan.
- Masukan sedikir air ke dalam besen kecil
- Ramas daun dan pucuk rambutan tadi dalam besen berisi air sehingga hancur.
- Bacakan surah al-fatihah dan surah al-ikhlas tujuh kali dan hembus ke dalam air.
- Ambil sehelai tuala kecil (good morning) masukan ke dalam besen yang berisi air ramasan tadi.
- Ambil tuala tadi kemudian lapkan dibahagian ubun2 dan kepala anak yang demam
- Lakukan berkali2 sehingga suhu panas berkurangan.
Mudah....murah dan simple. Air dari ramasan daun rambutan tersebut jika korang perasan ia sangat dingin. Korang yang duk bandar terutamanya yang mendiami rumah pencakar langit memang susah la sikit nak cuba petua ni untuk hilang penyakit....HeHeHe...
Usaha+doa+tawakal......inshaAllah. Buah rambutan bukan sahaja enak di makan tapi daun dia juga ada manfaatnya buat kita. Setiap apa yang Allah SWT jadikan, ia tak akan sia2. Semuanya bergantung pada kita nak explore dia macam mana. Betul tak?
Jika tak kebah juga suhu panas tu, ada eloknya korang bawa anak korang yang demam tu ke klinik....rujuk pada pakar.
Ok. Selamat mencuba.
Jazakallah.
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.