Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Showing posts with label Petua cirit-birit. Show all posts
Showing posts with label Petua cirit-birit. Show all posts

Friday, 22 November 2013

Petua | Teh halia buang angin dalam badan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tetiba rasa sebu je perut malam ni.......Nak kata makan terlampau banyak, sebutir nasi tak masuk perut lagi hari ni. Nak kata sebab tak makan nasi lagi, tadi dah pun makan bihun goreng....Hmmmmm.......dugaan betul...Nak buat kerja pun terbantut...

Stok eno halia pun dah abis......nak cari daun pokok sekentut untuk hilangkan angin dan lenguh2 badan pun dah jauh malam. Hujan pula kat luar. Jadi, guna la apa alternatif yang ada....teh + halia. Lagipun banyak stok halia kat dapur. 

Senang je nak sediakan teh halia ni. Korang bancuh je air teh macam biasa.....tapi ingat,  Susu jangan taruk berlebihan. Kurangkan manis dalam minuman. PM pun dah bagi nasihat, manis2 ni tak elok untuk seks yang sihat.....HeHeHe....

Halia tu korang buang kulit......cuci bersih2......lepas tu korang ketuk sikit halia tu biar pecah2.....Kalau tak nak ketuk pun takpe, korang hiris je secara mayang......lepas tu korang masukan halia tersebut dalam teh yang korang bancuh tadi.



Lepas tu boleh la korang minum dengan bestnya. InshaAllah......masalah angin dan sebu dalam perut tu akan berkurang. Kalau korang sanggup, masa minum tu korang makan sekali halia yang duk ada.....

Lepas minum teh halia ni korang akan rasa panas badan sikit. Biasa la tu, atom-atom angin yang ada dalam badan tu dah bertindakbalas dengan teh halia. Nanti slow2 angin tu akan keluar mengikut saluran2 yang halal....Oppssssss......Tak kan la aku nak perincikan satu2 kot....sendiri tau la yer.....HiHiHi...

Alhamdulillah......dah lega sikit rasa sebu dalam perut aku ni. Dengan halia2 aku telan......HaHaHa.....So, korang boleh la cuba petua ni nanti yer...InshaAllah menjadi.

Barakallah fiikum.
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Monday, 18 November 2013

Petua | Daun rambutan kurangkan demam panas

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Musim sekarang ni musim banyak virus datang menyerang. Kalau anti bodi tak kuat, memang mudah menjadi mangsa serangan.....terutamanya anak-anak kecil.

Tadi, ada kenalan fesbuk aku bertanya kat wall dia macam mana nak hilangkan demam panas anak dia. Jadi aku dah pun respon pada persoalan dia. Sekarang, aku tepek pula kat blog ni untuk pengkongsian bersama.

Dulu masa budak2....adik beradik aku....sepupu sepapat aku kalau demam opah yang paling sibuk......dia akan turun ke tanah memetik segala daun rambutan yang tumbuh segar di sekitar rumah dan menyediakan air untuk dibuat ubat bagi mengurangkan suhu panas badan cucu2 nya yang demam. 



Cara-caranya.
  1. Petik daun rambutan yang tua (lima enam helai) termasuk pucuk.
  2. Basuh dengan bersih supaya ulat2 yang bertenggek diatas daun dapat dinyahkan.
  3. Masukan sedikir air ke dalam besen kecil
  4. Ramas daun dan pucuk rambutan tadi dalam besen berisi air sehingga hancur.
  5. Bacakan surah al-fatihah dan surah al-ikhlas tujuh kali dan hembus ke dalam air.
  6. Ambil sehelai tuala kecil (good morning) masukan ke dalam besen yang berisi air ramasan tadi.
  7. Ambil tuala tadi kemudian lapkan dibahagian ubun2 dan kepala anak yang demam
  8. Lakukan berkali2 sehingga suhu panas berkurangan.

Mudah....murah dan simple. Air dari ramasan daun rambutan tersebut jika korang perasan ia sangat dingin. Korang yang duk bandar terutamanya yang mendiami rumah pencakar langit memang susah la sikit nak cuba petua ni untuk hilang penyakit....HeHeHe...

Usaha+doa+tawakal......inshaAllah. Buah rambutan bukan sahaja enak di makan tapi daun dia juga ada manfaatnya buat kita. Setiap apa yang Allah SWT jadikan, ia tak akan sia2. Semuanya bergantung pada kita nak explore dia macam mana. Betul tak?

Jika tak kebah juga suhu panas tu, ada eloknya korang bawa anak korang yang demam tu ke klinik....rujuk pada pakar. 

Ok. Selamat mencuba.

Jazakallah.

___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Wednesday, 7 August 2013

Cirit dipenghujung Ramadhan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Masuk hari ni dah masuk hari ke-3 perut ni memulas-mulas. Tak tahu kenapa dan mengapa.....dah dekat2 nak raya ni la dia nak meragam. 

Sebab tu sehari dua ni tak galak dan gedik mana nak updates entri blog serta status kat muka buku. Semuanya sebab gulungan persis tsunami dalam perut yang gedang gedut tali kecapi nih....

Kalau sakit cirit-birit saja takpa, ini dengan kepala pun sakit sekali. Lenguh sendi duk berulang 'kamar bermenung' acap kali tak yah story la.....memang rasa longgar dan longlai segala......

Hmmmm.....Myb lepas tragedi ari tu segala atom2 dalam badan ni jadi kurang kasih sayang dan bergerak secara rawak mengatasi halaju cahaya.....*apa punya meraban daaaaaaaaaa.....


Bekalan ubatan yang menjadi pemangkin untuk menjana kembali kesihatan
Usaha+doa+tawakal.
Ubat klinik dah telan.....petua orang lama pun dah makan.....lega tapi tak juga mahunya. Tapi, bila ikut petua tu ok sikit.....lepas tu meragam dia datang balik.

Tulis entri pun tak bersusun.....tak tahu yang mana mula yang mana kendian......bersepah sekali...nak buat macam mana......jiwa tengah ketat, perut tengah tak sihat.....selalu kalau sakit perut takde la marothon begini....Apakah bentuk kesakitan ini??? 

Harap sangat2 dapat mententeramkan gulungan kat dalam ni dalam masa terdesak cenggini.....kalau tak raya tak bermakna.....hanya mampu melihat aneka juadah.....nak telan dan rasa takut perut tak dapat terima, 'kamar bermenung' juga menjadi mangsa....

Doktor yang merawat abg long ahad ritu ada bagitau, maybe abg long tersalah makan ketika berbuka....Hmmmmm......wallahualam....

Mungkin ada hikmah sakit yang DIA beri pada abg long ni......Husnuzon kepada Allah....inshaAllah setiap perancangan DIA adalah yang terbaik. Betul tak?

Firman Allah yang bermaksud :
“Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat) tentang apa yang dilakukannya.” (Al‐Isra : 36)

Raya nanti makanan memang mewah gila2 babas.....harap sahabat2 tak gelojoh membantai  makanan yang terhidang......makan la dengan berhemah, ingat la perut tersayang....(^_^)

Doa kan abg long cepat sihat...dah sihat senang nak melawat kawasan raya nanti....HiHiHi..

Jazakallah.

___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.