Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday, 17 October 2012

Petua | Buang angin dan lenguh-lenguh badan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Selamat hari rabu. Pagi ni abg long nak kongsi lagi petua dengan sahabat2 dan kaki skodeng blog abg long. Kali ini tentang bagaimana nak buang angin dalam badan dan menyahnitratkan rasa lenguh2 badan. InsyaAllah, selain  abg long berpropa dan merapu-meraban-meroyan kat blog yang oranje ni ada juga ilmu berguna. Untuk kita aje.....HiHiHi....Eh!, ye ke blog abg long ni blog propa? Ntah la....terpulang pada sudut pandangan memasing la ye. Cuma abg long berharap sangat angpa yang mai singgah dan terjah blog ni berlapang dada dengan apa yang ada. Angpa amik yang comel2 ja darinya, yang tak comel tu boleh la angpa abaikan dan buat donno saja. Terima kasih.....

Berbalik kepada perkara pokok. Jom teruskan pembacaan. Penah tak angpa rasa angin berpusar2 dalam badan? Rasa sesak dada macam kena hempap dengan Big Show? Penah tak...penah tak.....angpa rasa pedih ulu hati? Meh baca dan amalka petua ini.

Masih lagi menggunakan item dan bahan yang sama iaitu pokok Sekentut. Cuma cara dan tujuan saja yang berbeda. 

Daun pokok Sekentut selalunya berukuran lebih kurang 6cm panjang dan 2.5 cm lebar. Daunnya mengeluarkan bau yang kuat dan busuk seolah-olah bau belerang terutamanya jika dilumatkan. Bunga sekentut kecil dan berjambak. Ia merupakan tumbuhan yang amat agresif dan boleh memanjat sehingga melitupi kanopi pokok-pokok lain.



Angpa boleh gunakan daun pokok Sekentut dengan menjadikan ia ramuan dalam penyediaan nasi ulam. Kalau angpa boleh tahan dengan bau dia, sungguh enak dimakan begitu saja.....HiHiHi....tapi kalau abg long la kan, memang tak boleh nak tahan. Silap2 boleh masuk wad kecemasan kalau mentah2 abg long telan....Nanti tak pasai2 masuk Harian Metro muka depan...'Seorang blogger lalok akibat daun sekentut punya penangan'....Naya wei terfemes dengan cara lagu ni....HaHaHa..

Ok, disebabkan cara pertama tak boleh blah. Apa kata kita guna cara ke-2. Daun Sekentut di upar (lumatkan hingga hancur) bersama dengan kapur makan hingga mengeluarkan busa (buih). Busa ini kemudiannya dilumurkan pada perut bayi sebelum dibalut sengan barut. Angpa yang dah terjah tahap mak dan bapak bayi tu boleh juga guna kaedah ini, tapi tak payah kot balut pakai barut. Bayi tu pakai barut sebab dia apa pun dia tak reti. Angpa kalau apa pun tak reti memang parah la wei....kwang.....kwangg...kwangggg!

Abg long gerenti angpa akan mengalami proses kentut secara marathon nanti. Lepas tu angpa akan rasa amat lega sekali....HiHiHi...InsyaAllah.

Bagi yang terlepas kegunaan daun pokok Sekentut yang sebelum ni boleh la klik Petua | Elak rambut beruban

Well, tak payah nak keluaq duit berlonggok-longgok bukan? Petua ni mudah dan murah. Kat mana-mana pun angpa boleh kipnap dan rembat pokok ni. Tapi, kalau dia tumbuh kat dalam halaman rumah orang, sila la mohon keizinan. Jangan main redah ja. Budi bahasa kan budaya kita......Tak gitu semua?

Ok, selamat mencuba semua.

Wallahualam

Bartakallah fiikum


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.