بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Cuti hari ni just membanting tulang membersihkan semak-samuk di belakang dan tepi kuarters yang kian menyemakkan kornea. Lepas sisih+kemas+susun, mula aktiviti menyembur racun pula. Rerumput subur sungguh kat kawasan sini. Tapi pokok lain takdak pula sesubur rerumput yang ada. Ke memang tanah kawasan khas untuk semak samun je hidup subur? Mesti nusantara betul la....
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Cuti hari ni just membanting tulang membersihkan semak-samuk di belakang dan tepi kuarters yang kian menyemakkan kornea. Lepas sisih+kemas+susun, mula aktiviti menyembur racun pula. Rerumput subur sungguh kat kawasan sini. Tapi pokok lain takdak pula sesubur rerumput yang ada. Ke memang tanah kawasan khas untuk semak samun je hidup subur? Mesti nusantara betul la....
Alhamdulillah, sempat siap juga aktiviti mencemar peluh tadi walaupun tak sepenuhnya. Dah lama tak buat kerja Hang Kebun ni terasa perit sesangat. Badan dan tangan ni cepat sungguh rasa lenguhnya. Nafas pun semput macam kereta Datsun petak2 mengalami sindrom parkison. Kalau la ada kerusi incik Obama Ogawa kala ni kan best, leh gak dia urut tang2yang lenguh2 dan sengal2 ni. Sabaq ja la....
Ingat petang tadi nak sambung bereskan saki baki semak-samun yang menghuru-harakan mata., tapi hujan pula turun menyirami. Terpaksa la tunda untuk hari esok. Aktiviti meracun tadi pagi pun gagal la maknanya. Dah rezeki semak samun tu, abg long nak buat macam mana....redha je la.
Ingat lepas bersihkan kawasaan sekitar kaurters ni nanti abg long nak bercucuk tanam la. Selain berblog, boleh juga abg long berbudi kepada tanah. Bervariasi sikit kerja buat abg long. Nanti boleh la buat modal untuk update entri....Mesti best kan?...Kih Kih Kih!
Angpa rasa la kan, bentuk tanaman jenis apakah yang sesuai abg long tepek kat tanah sekangkang berok mat yeh ni ha?
Petang tadi sementara nak menunggu hujan reda dan masuk waktu maghrib tiba, lepak2 kat muka buku.....sambil-sambil tu berblogwalking kat blog sahabat taulan. Sambil2 tu juga godek2 cari info tentang bercucuk tanam.
Nanti boleh la abg long jadi usahawan sayur-sayuran.....semangat kembang kucup dah ni...Abg long nak sahut seruan kerajaan persekutuan yakni "Pertanian Satu Perniagaan".....dan juga, menyahut seruan kerajaan Kelantan iaitu "Pertanian Satu Ibadah".... Ha Ha Ha.....pak cik kayoooooooooo!!! pak cik kayooooooooooo!!!
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.