Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday, 29 October 2012

Di mana ada kemahuan, di situ ada haiway

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Agak lama tidak bersiaran. Cuti raya korban dua tiga hari lepas memang cuti secuti-cutinya. Masa balik cuti raya banyak la keluhan yang kedengaran. Dah menjadi kebiasaan terutamanya bila time2 cuti perayaan. Keluhan, keresahan serta kepayahan mereka (rakyat) ini bagai angin yang berlalu. Tidak menjadi kudis dan penyakit pun buat ahli politik dan para pemimpin. Rakyat pun dah maghli dengan permasalahan yang depa lalui ini. Bagai depa dah hadami setiap getir dan sukar yang duk ada depan kornea depa.

Kawan2 dan sedara mara yang duk jadi perantau kat luaq heboh duk kata jalan jem teruk nak masuk negeri serambi mekah. Punya la trafik jem. Macam2 pesen dan versi ketidakpuasan hati depa duk ada. Tapi yang pasti jalan menghala tang negeri serambi mekah memang sempit dan tidak selesa. Sepatutnya pihak berwajib mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah ini. Politik busuk sepatutnya sudah tidak diamalkan lagi, kita bukan berada zaman 70-an atau zaman jahiliah. 

Ahli politik baik dari kerajaan mahupun oposisi sepatutnya duduk sama memikiri kemashalatan rakyat ini. Memang sukar untuk melihat mereka duduk semeja membincangkan masalah rakyat namun semuanya pasti menjadi kenyataan jika mereka saling mengetepikan ego politik busuk memasing demi rakyat. Bak kata pepatah, "Di mana ada kemahuan...di situ ada haiway."  Mereka haruslah bekerja untuk rakyat demi mendapat keredhaan Ilahi (bagi wakil rakyat muslim). Tapi, jika mereka hanya memikiri tembolok sendiri memang rugi la rakyat yang mengundi.

Sampai bila rakyat negeri serambi mekah itu hendak di aniayai dan di zalami? Perlukah perbezaan politik dijadikan sandaran untuk kita menafikan dan menidakkan HAK seseorang manusia yang merdeka? Hak rakyat yang antara mereka adalah pembayar cukai negara juga?

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 8-9 jam terpaksa dilalui dan diharungi dalam tempoh masa 15-16 jam perjalanan. Semalam masa abg long on the way ke Padang Kubu ini juga berlaku kesesakkan yang ketara terutamanya bila nak susur keluar dari bumi serambi mekah. Walau macam mana pun abg long sedikit lucky semalam sebab bertolak lewat sedikit. Jika bertolak awai mahu jem kepala otak abg long ni ha bila tersangkut dalam trafik yang jem. Bayangkan, perjalanan ke Padang Kubu yang sebelum ini mengambil masa 3 jam lebih terpaksa diharungi dalam tempoh masa 9 jam. Mau kematu bontot ziana zin abg long ang ni ha duduk berjam2 lamanya dalam kenderaan...HaHaHa...

Kalau ada dikalangan pengguna yang mempunyai anak kecil tertentu sahaja situasi ini melemas dan merimaskan. Jadi, pemimpin yang dipilih oleh rakyat haruslah berkerja untuk rakyat. Bukan menganiayai rakyat dengan politik sempit yang dianuti itu. 

Abg long harap angpa yang baca posting ni jangan baca dalam warna politik yang angpa anuti, tapi baca la dengan mata hati...nilai dengan akai yang tak mati. Dunia makin maju tapi pemikiran sesetengah ahli politik kita dan sekutunya masih lagi mundur dibelakang, hinggakan ada sesetengah darinya yang tiada hala tuju. 

Jika ini menjadi amalan berterusan sampai bila2 pun negara, terutamanya bangsa (melayu) kita pi mai pi mai duk tang tu juga.


Wallahulam

Barakallah fiikum


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.