Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday, 30 October 2012

Impiana Beach Resort

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tadi pagi pergi Impiana Beach Resort kat Cherating. Dari Padang Kubu tempat abg long kerja ni lebih kurang satu jam perjalanan. Pergi tadi berdua dengan rakan sejawat abg long. Biasa la kan, pengerusi dengan naib pengerusi berpisah tiadanya...HiHiHi...

Pi sana pasai nak settle urusan tempahan untuk majlis makan malam dan jasamu dikenang yang bakal dianjurkan oleh tempat kerja abg long pada 6hb nanti. Impiana Beach Resort ni memang best. Tempat dia memang cantik maha benar. Keindahan laut dia memang bikin jiwa-jiwa akan terpesona. Panorama sekeliling sungguh mendamaikan  diri. Bertapa besarnya kekuasaan Allah yang menganugerahi semua ini. Infrastruktur lanskap bangunan dia pun comel-comel belaka. Pantai dia toksah cerita la. Memang cun abis!

Punya la panjang lebaq bigboh duk discus dengan sales exce dia tadi. Sementara tunggu siap sempat la abg long tinjau-tinjau sekitar resort tersebut sambil snap gambaq sekeping dua.






Lepas discus about event tersebut, Cik Syikin (Sales Exce) Impiana pelawa kami lunch kat sana. Allahamdulillah....rezeki dari Allah SWT. Mak abg long selalu pesan, "Rezeki jangan ditolak, musuh jangan sesekali dicari." Pesan emak sentiasa dihati....HiHiHi....So, apa lagi....Cik Syikin berbudi, kami berbahasa.....Cik Syikin memberi, kami kekenyangan gila2. Semoga beliau dimurahkan rezeki sentiasa. InsyaAllah...amin...

Makanan kat sini memang sedap....mantop abis....Dah nama pun resort four star kan. Kalau tak sedap memang hampeh la. Pening gak perut abg long masa duk cedok makanan tadi. Tak tau nak mentekedarah yang mana satu. Punya la banyak dia punya menu. Ada dalam 10 menu kot tadi kat atas meja tu. Last2 cedok kari ayam dengan sayur cendawan ja. Desert pun sama....banyak sangat pilihan. Tak tahu mana satu nak telan. Tentu angpa duk tertanya-tanya pasai pa gambaq makanan yang kami berdua duk telan takdak kan? HiHiHi....

Kalau angpa nak mai lepak-lepakkan badan dan santai-santaikan fikiran memang kena la dengan Impiana Beach Resort ni. Berbaloi2 abg long cakap kat angpa....

Kat bawah ni gambaq yang abg long curik dari laman sesawang Impiana Beach Resort. Untuk kesedapan mata memandang elok angpa terjah SINI.







Tak sabaq rasanya pankreas abg long nak pi Impiana Beach Resort ni nanti.

Wallahualam

Barakallah fiikum


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.