Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday, 6 October 2012

Ulasan Perlawanan Selangor vs Kelantan di bawa secara langsung dari Stadium Sengal Diari Seorang Lelaki

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Malam ni rasa cam nak jadi pengulas sukan pula. Gerenti lepas ni uncle Hasbullah Awang dengan geng2 kat Nadi Arena 801 tak boleh cari makan....Ha Ha Ha! (gelak orang jahat yang gedik). Angpa tengok dak perlawanan bola orang pakat duk sepak antara The Red Warrior dan Selangor tadi?


The Red Warrior [1] vs [0] Selangor

Pehhhhhhh.....Aksi yang best dan sedap. Kedua-dua pasukan memang mantap. Cuma takdir Tuhan yang memisahkan kedua pasukan.  Ternyata yang bola itu memang bulat. Kalau petak2 itu namanya permainan kotak-kotak. Apa pun aksi malam ini memang super duper best. Serang menyerang silih berganti antara kedua-dua pasukan.

Cuma sedikit nampak tidak comel bilamana ada kekasaran yang dilakukan oleh pemain kedua pasukan. Antaranya terjahan marabahaya yang dilakukan oleh permain Selangor, Nasriq ke atas pemain TRW pada minit ke-67 lebih kurang. (maaf la ye, abg long bukan bagi tumpuan sangat apa yang berlaku kat skrin TV. Just tengok sipi-sipi. Dengar gitu-gitu aje. Kalau abg long terbabas dalam hal ini tolong kembalikan abg long ke jalan fakta yang lurus dan benar...Hi Hi Hi).  Terjahan yang tak comel itu menyebabkan Selangor terpaksa bermain dengan 10 pemain kerana tukang terjah telah diberi red card oleh pengadilan perlawanan.

Selepas TRW berjaya membolosi gawang, pemain Selangor abg long tengok seakan hilang 'focus point' di atas padang. Mereka seakan-akan mula tertekan. Walau bagaimanapun emosi mereka kembali stabil lewat2 permainan.

Tapi yang buat abg long berbangga dengan selangor adalah, walaupun bermain dengan 10 pemain, semangat juang mereka tetap kental. Memang tabik spring la kat depa.

TRW toksah ceghite la, depa memang dalam kelas yang tersendiri. Dan, mereka memang layak untuk memenangi perlawanan malam ini. Dengan aksi yang memukau beserta semangat TRW, mereka sentiasa membuatkan pertahanan dan penjaga gawang Selangor berhempas pulas menyelamatkan bola. Ternyata Stadium Sultan Mohammad IV menjadi badi buat pelawat.

Sokongan para penyokong fanatik-fantastik-bombastik The Red Warrior bagi abg long boleh bikin meremang bulu roma setiap permain diatas padang sana. Sokongan padu dan jitu mereka menyebabkan pemain TRW bersemangat untuk memenangi perlawanan. 

Cuma sedikit meralatkan kornea mata abg long tadi tika para penyokong Kelantan meraikan gol yang dijaringkan oleh Farhan. Abg long tertengok tadi ramai penyokong yang membaling dan membuang sisa bekas makanan dari tempat duduk astaka. Kesian la kat orang yang berada di bawah. Yang dibuang tu sisa makanan atau pun sampah, jadi hormatilah orang lain sama. Tak salah nak meraikan kegembiraan, namun biaq la dengan cara yang cun dan bertokma'ninah. Jangan malukan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan sikap tidak comel lagu tu. Menjaga kebersihan itu kan sebahagian daripada iman. Abg long harap lain kali perkara ini tidak berlaku lagi. Nasihat ni bukan untuk penyokong Kelantan saja tau, juga berguna pakai untuk semua penyokong bola sepak negeri-negeri lain dan penyokong bola sepak seluruh dunia yang berdaftar dibawah no plat FIFA.

Referee bagi abg long malam ni amat cemerlang dalam mengawal suhu kehangatan di tengah padang. Empat (4) bintang untuk mereka. Kalau nak banyak bintang, boleh la petik kat langit yang terang benderang...Hi Hi Hi!

Jadi, kedua-dua pasukan akan berentap tenaga lagi di pusingan separuh akhir kedua Piala Malaysia pada hari Jumaat, 12.10.2012 jam 8.45 malam. Jangan lupa date kita ni....Ahaks3!

Nantikan ulasan perlawanan tersebut untuk siaran akan datang. Dibawa percuma ke kornea dan minda angpa oleh penaja rasmi blog ini iaitu Cap Ayam atau nama sebenar beliau Phua Chiken Kang (lihat gambaq di bawah)


Taniah abg long ucapkan kepada pasukan The Red Warior atas kemenangan malam ini. Taniah juga kepada pasukan Red Giants atas semangat melawan tadi. Dan, tak lupa juga taniah abg long ucapkan kat angpa yang terjah entri ini....

Sekian sahaja dari saya Amir Aiman Akashah pengulas sukan melatop2 untuk berita sukan Diari Seorang Lelaki. Selamat malam dan jangan lupa tidoq basuh kaki.

Barakallah fiikum


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq

2 comments:

  1. Fie orang Kelantan tapi fie pun pelik dengan penyokong kelantan. perlu ke buang2 sampah atas padang ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mgkn krn kurang ilmu sivik & moral.

      tpi abg long hrp kejadian sperti smlm tdk akn berulang

      InsyaAllah

      -Jom Jadi Baik-

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.