بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Rintik-rintik hujan masih lagi bersisa turun membasahi bumi. Cuaca yang dingin seakan mencucuk tulang temulang. Kipas sedari awal lagi dah off dia punya fungsi. Biarlah dingin yang di bawa hujan ini menyapa diri. Kerana udara yang sejuk dan segar ini boleh membawa diri melayan hati.
Di langit sana, gelapnya masih gelita. Tiada tanda hujan kan reda walau lebatnya sekali sekala. Teringat pesan orang-orang lama, dipenghujung Oktober ini musim tengkujuh bakal tiba.
Hujan yang turun aku amati, hadir ia bagai hiburan buat sekeping hati......lantas aku tersenyum sendiri. Tetiba ingat menerawang pada sebuah nostalgia yang sukar untuk dilupakan. Kisah kehidupan insan, kisah hidup yang dipinjamkan. Kenangan itu.....masih terakam dalam kotak waktu. Masih teguh dan utuh menghuni ruang itu, merah sekeping hati ku.
Nescafe panas hampir separuh ku teguk. Kehangatan ia mengurangkan rasa dingin dek hembusan angin yang menerpa masuk. Masih lagi menghayati keindahan hujan diberanda hidup itu, lantas hujan mengirim pesan padaku, "Aku adalah rahmat dari Tuhan mu". Aku mengangguk tanda mengiakan bicaranya. Lagi pun, Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud, “Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmat-Nya. Dan Dialah Yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji.” (QS. Asy Syuura: 28).
Hujan diluar sana tiada tanda menunjukkan ia akan reda. Nescafe dalam mug pun dah semakin kurang isi dan sejuknya. Seruan Ilahi dah hampir tiba. Menuntut aku bersiap siaga
agar sujud kepada DIA.
Hujan dan nescafe panas pasti kan menjadi peneman setia. Di lain masa dan ketika. Tatkala hati ingin bermonolog dan meluah rasa, citra sebuah jiwa.
Rindu pada hujan suatu ketika itu semakin membuak rasa. Namun, seruan Ilahi semakin mengamit diri. Hanya mampu sampai di sini. InsyaAllah, selepas ini tetap akan bersimpuh diri di teratak Diari Seoraang Lelaki ini.
Jazakallah fiikum
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.