بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Siang tadi abg long ke chukai, kemaman. Masa lepak kat sebuah kedai sambil menikmati tempeyek terengganu dan segelas teh panas datang laa seorang abg-pakcik (Nak kata abg macam dah berumur. Nak kata pakcik badan sasa mengalahkan alih bina badan negara). Best dia bergayut, lepas tu mai lepak pula sebelah abg long.
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Dari butir percakapan dia dengan orang yang disana seperti menjawab soalan je lagaknya. Macam tengah kena siasat. Tapi, tak kot siasat melalui telefon...Apa pun boleh kan sekarang ni, dunia dah makin maju. Sekarang ni pun banyak benda perkara yang berlaku sehari-hari tak terjangkau dek akal. Abg long pasang telinga ja dengaq apa yang dia tengah sembangkan. Biasa la, blogger memang kena pasang telinga nanti senang nak buat modal tulis entri....KihKihKih...
Dari pengamatan telinga kecik abg long ni sedari tadi, ada la juga dengaq bro ni bagi syarahan kat tukang telefon tu. Yang kelakaqnya bro tu siap tanya, "awak call saya ni, awak bayes mana-mana pihak tak?". "Nantikan saya jawab lain awak tick kat lain." sambung bro tu lagi. Abg long hanya mampu gelak dalam hati....mesti bengang tahap gaban tukang telefon tu kat hujung talian. Tak leh abg long nak bayang muka ketat tukang servey tu....Dah jadi terbalik pula, dia yang sepatutnya buat servey atau bro tu yang buat...HaHaHa...
Sekarang ni dah makin canggih. Buat servey tak payah ke hulu ke hilir meredah panas mentari. Dah tak perlu nak hangitkan ketiak kanan kiri. Sekarang ni servey main calling2 ja. Zaman dah berubah.....HiHiHi....
Tadi ada dengaq gak yang depa duk ceghite pasai AES. Bro tu ada tanya balik si tukang servey dihujung talian berkenaan saman kamera AES tu. "Awak tanya saya, tapi awak sendiri setuju tak sistem AES di dipraktikan kepada rakyat?" Dalam hati abg long, "mesti tukang servey tu tanya pasai sistem saman AES kat dia". Nak tau bro tu jawab apa? "Saya sokong jika objektif pemasangan kamera AES tu adalah untuk mendidik TETAPI apa yang saya tengok dan lihat, AES ni bukan nak mendidik rakyat ia hanya nak menjerat rakyat. Kalau di pasang dikawasan-kawasan kampung kat mana rasional pemasangan dia." Makan dalam dia punya jawapan.
Lepas dia abis cakap ditalian, tanpa dipinta dia bagitau abg long yang call dia tadi tu orang tengah buat bancian. Ngo swasta mana ntah yang ditugaskan oleh ntah siapa untuk buat kaji selidik melalui telefon tentang sikap dan kecederungan orang ramai (rakyat) sama ada menyokong UBN tau PR untuk PRU13 nanti. Banyak la soalan yang tukang survey tu tanya dia tadi. Dari tranformasi, GTP, NKRA, Bajet 2013, BR1M, Janji ditepati, Bajet PR, air percuma, video seks dan macam2 lagi. Abg long hanya tersenyum kambing sambil terhanguk-hanguk.
Sebelum abg long berlalu dari situ, abg long ada tanya dia "abg ni asai mana dan kerja pa?". "Saya asal Selangor, tapi dah lama menetap kat sini. Saya bekas tentera." Jawab dia ringkas dan padat. Abg long menganguk faham. Dalam hati abg long, patut la tegas kemain dia menjawab soalan tadi. Bekas soldier rupanya.
Masa bersalam dengan abg long, sempat dia berpesan. "Adik jangan baca surat khabar tu sahaja. Kena baca juga blog2 dan akhbar online. Baru dapat buat pertimbangan dalam menentukan masa depan." Abg long tengah pegang Kosmo, abg long senyum je kat dia.....Wah hebat juga dia, siap tau pasai blog2 lagi.....Tapi, dia tak tau ke yang abg long ni seorang blogger dan punya blog juga? Rasa macam nak je promo blog abg long kat dia....Tapi, tetiba ada bisikkan halus kat telinga ni tadi...."Wei, tak payah la duk retis bagai...blog ang tu taraf hingusan ja. Buat malu ja nanti".....HaHaHa....Abg long senyum-dia pun senyum. Ukhuwah kami sampai disitu.
Wallahualam.
Barakallah fiikum.
NotaDiari:
Balik2 aja rumah terus abg long tanya pasai kamera AES (Kamera Pengesan Saman Secara Automatik) ni kat lebai google. Jadi, ada benar juga la apa yang bro tadi tu cakap. Mendidik atau menjerat? Kepada angpa semua hati2 la bila memandu. Elakkan diri dari menjadi mangsa jerat AES. Pandu cermat, fulus selamat......HiHiHi....Pilihan di tangan anda.
Boleh terjah SINI, SINI, SINI dan SINI untuk checklist lokasi pemasangan kamera AES dan juga bantahan orang ramai terhadap penguatkuasaan sistem ini.
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
Fie pun dapat call survey macam tu. Masuk nie dah 2 kali jugak lah. haha.
ReplyDeletebg abg long servey by kol ini hnya buang masa, tenaga dan ringgit Malaysia.
Delete