Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday, 21 October 2012

1st time UV tinggi | Tips tinggikan UV

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Takdak pa pun yang intresting, just nak share gambaq kat bawah ni ha. Sedikit teruja dengan kebangkitan blog oranje abg long yang semestinya tak berapa sangat comel ini.


14.10.2012 | pageviews-1, 160.
Pecah rekod diri sendiri pun berbaloi-baloi dah
HiHiHi!

Kalau setahun plus plus yang lalu nak dapat pageviews dalam seploh ketul pun payah maha benar. Sekarang ni alhamdulillah, semuanya berkat ilmu dan tunjuk ajar yang sahabat2 otai blog perturunkan. Macam mana nak dapat ilmu ini? Yang ni senang ja, sejak bangku sekolah dolu2 pun cikgu2 kita pernah pesan kat kita. Kalau nak ilmu dan jadi best kena la banyak membaca. Jadi, point kat sini, angpa kena la banyakkan membaca. Terjah blog blogger2  yang super duper ohsem lagi awesome, cari gali ilmu yang ada di blog mereka. 

Salah satu ilmu yang abg long belajar dari pembacaan dan pengamatan abg long adalah dengan mempromosikan blog abg long yang malu alah ni dilaman ping aggregator. Jadi, abg long pilih ping aggregator Apesal.com sebagai tukang backlink yang utama. Kenapa? dah tentu la sebab warna dia. Warna tema Apesal tu semacam serasi bersama ja dengan warna blog abg long yang like oranje ni ha.

Abg long mula berdaftar dengan Apesal pada tangal 10 September 2012 setelah terbaca satu entri di sini. Pada 25 September 2012 baru la admin Apesal luluskan permohonan pendaftaran abg long. Sikit punya lama.....15 hari masa diambil untuk kelulusan. bertanduk kucing kiah propa. Walau bagaimanapun, abg long rasional. Bukan abg along sorang yang depa nak layan, beriban-riban lagi blogger yang depa perlu layan. Jadi, positif thinking itu bagus untuk kesihatan mental....kan? kan? kan?  HaHaHa....

Setelah diluluskan abg long apa lagi, dengan rakusnya ping la dua (2) entri untuk ditumpangkan di link Apesal. Tapi hampeh, setiap kali post setiap kali tu asyik di declined je yang admin Apesal komen. Salah satu sebabnya entri yang abg long post takdak images.  Memang abg long akui, abg long sepatah haram jadah tahap key pack lock tak reti sikit pun nak rembat URL images tu tang mana. Last2 terpaksa juga bertanya kat admin Apesal dengan muka yang setebal tembok Berlin. Abg long berpegang pada cakap orang2 lama, "malu bertanya sesat jalan". Jadi, dari hidup dalam kesesatan ada baiknya abg long bertanya....kan? kan? kan? ....HaHaHa....

Hampir tiga minggu juga la abg long amik masa untuk tepek entri kat Apesal dari tarikh dipermohonan diluluskan.

Alhamdulillah, sekarang dah boleh buat walaupun tidak lagi hebat. Gambaq pageviews kat atas tu adalah entri 1st yang abg long tepek kat Apesal iaitu 14 Oktober. Seusai ja entri abg long tu berada dipersada laman Apesal, tak semena2 blog abg long ni di skodeng, diterjah dan diintai oleh khalayak alam maya. Entri ni suam-suam kuku ja, tapi tajuk dia memang tak boleh blah. Entri 1st (kira sejarah gak la ni utk abg long) yang abg long tepek tu berjudul Kisah Doktor & Nurse Yang terlampau. Panas! Hangat! Berasap! Berapi! bagi sesiapa yang terjah dengan nawaitu yang tak berapa best....HiHiHi....Disitu la bermulanya promosi blog oranje ini.


Entri dalam kotak merah tu entri yang 1st posting kat Apesal. 
Ia menjadi post popular dan post trending selama 3 hari berturut

Dulu takdak sapa pun kenai blog ni. Ye la kan, dulu jakun lagi dalam bab2 berblog ni. Tulis entri pun sekadar merapu-meraban-meroyan (sekarang pun ada lagi kot unsur2 ni....HaHaHa - gelak retis) ntahapaapantah untuk diri sendiri aja. Memula tulis blog dulu banyak luahkan perasaan melalui puisi....konon2 A.Samad Said gitu...ayat memang tangkap leleh versi Eddie Hamid dan Saari Amri...dah nama pun puisi kan....kalau takdak yang leleh2 ni memang tak sahih...HeHeHe....Tapi sekarang, blog ni dah sedikit dikenali. Banyak juga la dia punya variasi. Walau bagaimanapun, banyak lagi yang perlu abg long pelajari tentang dunia blog ni.

Apa yang abg long story ni hanyalah salah satu cara hendak promosi blog. Ada banyak lagi cara dia. Kepada yang newbie atau blogger yang tengah terkapai2 tu ada elok cuba try test cara abg long ni. 

Tak semestinya angpa guna laman ping aggregator Apesal. Kat laman sesawang sana berlambak2 lagi ping aggregator. Angpa pilih ja yang berkenan kat jiwa angpa. Macam abg long,Apesal menjadi pilihan sebab serasi dengan warna dia. 

Secara tidak langsung, ping aggregator ni juga sedikit sebanyak dapat membantu angpa untuk menambah followers. Namun, segalanya bergantung pada diri angpa sendiri macam mana nak menarik depa terus bertenggek dan lepaking kat blog angpa. Nak tahu tentang bagimana cara dia, angpa kena la banyak membaca.....Membaca itu kan kunci ilmu. Angpa boleh skodeng blog kawan2. Nak lagi best terjah terus blog blogger2 yang ohsem lagi awesome tu ha....HiHiHi....Siapa blogger tu? yang tu angpa kena baca dan cari la, bila dah banyak membaca, nanti angpa tau la mana satu blog blogger ohsem lagi awesome tu. Kena la usaha baru boleh maju. Nak orang suap sentiasa itu blogger pemalas namanya....

Abg long rasa cukup dulu kot, nanti abg long sembang lagi tentang ini. Bagi banyak2 pun takut angpa termuntah pula nanti (bajet blogger ohsem yang punya blog melatop2 gitu.....HiHiHi).

Selamat mencuba dan selamat berblogging. Sharing is caring!

Barakallah fiikum


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

2 comments:

  1. tahniah..semoga berjaya dan terus berjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Ikhmal Malique
      harap2 doa kamu dimakbulkan oleh Dia
      insyaAllah

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.