AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Dan Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday, 13 October 2012

Kisah Doktor & Nurse Cun Yang Terlampau

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Last weekend abg long ada pi Sepital Sultanah Nur Zahirah. Pi melawat sedara, pak menakan yang koma akibat strok. Ngeri rasa bila masuk wad yang beliau diami. Ngeri bukan pasai pa pun, abg long ang ni jiwa kudus sikit (bukan penakut tau) bila tengok wayar2 and tiub berselirat. Nak pula berselirat kat badan…..pehhhhhhh…..terbayang2 kesakitan yang bertandang datang. Kesian tengok pesakit2 yang terlantar atas katil. Rasa nak aja berganti tempat dengan depa. Mungkin atas sebab tu la kot abg long tak layak jadi doktor….HuHuhu…..

Abg long memang tabik spring la kepada sesiapa yang menjadi doktor dan juga nurse. Bukan calang2 orang boleh menghadapi setiap saat kesakitan yang ada didepan mata. Kalau abg long jadi doktor la kan, gerenti dah lama pengsan. Gila ang….mana tak nya…kalau yang kena bertugas kat wad2 kritikal macam icu dan ccu gerenti kes2 berat punya la. Tengok pesakit pun boleh bikin jiwa jadi pitam. Tahap simpatisme abg long ang ni maha dewa tinggi. Maka, tak layak jadi doktor dan jawatan yang sewaktu dengannya. Haru nanti satu sepital…..HiHiHi…

Abg long nengok kat sepital la ni, doktor dan nurse seme nye cun2 dan comel2 belaka. Rasa nak sakit je tetiba time tu juga.....HaHaHa! 



Abg long tengok tang sebelah katil pak menakan ni ha, ada adik (pompuan) kritikal juga sakit dia. Kesian sangat2. Kakak dia kat sebelah tak jemu mengusap dia sambil membacakan doa dan ayat2 suci al-quran mudah-mudahan keperitan dan kesengsaraan si adik berkurangan. Berjuraian air mata si kakak semasa membelai rerambut si adik. Tersentuh merah sekeping hati abg long menyaksikannya. Betapa mahal maha benar nilai kasih sayang sesama insan. 

Kejap2 doktor datang check, kejap2 nurse datang tengok. Sabaq dan tabah betui jiwa depa ni menjalankan tugas yang diamanahkan. Sikit pun kat wajah depa takdak rasa takut dan gerun. Abg long yang tengok pun dah terketaq2 kepala lutut. Pehhh....Memang lemah semangat betui la abg long ang ni. Memang doktor dan nurse ni terlampau la bagi abg long. Depa ni terlampau rajin dan mengambil berat tentang patient mereka. Dengan penuh hati2 dan sopan mereka meladeni patient mereka. Orang sakit ang tau2 la macam mana fiil perangai depa. Mulut boleh tahan gak walaupun tengah duk sakit2. Kalau sabaq senipis kulit bawang lama dah kena cucuk dengan jarum bertubi2. Tapi abg long duk perati, depa ni buat kerja memang profesional. Kalau abg long jadi depa, memang naya pesakit tu abg long kerja....HaHaHa!

Bila pi sepital ni baguih juga sebenaqnya, sekurang2nya kita boleh muhasabah diri dengan melihat orang-orang yang sakit kat sana. Dalam masa yang sama kita akan lebih rasa bersyukur dengan kesihatan yang Allah swt berikan buat kita. Lagi satu tempat baeeeekkkk punyeeeee nak muhasabah diri bila pi hantaq mayat kat kubuq. Masa tok kadi iman duk baca talkin tu boleh bikin meremang bulu roma. Mencanak depa tegak tang2 tu juga.  Sapa yang pernah pi hantaq mayat dan dengaq talkin tau la macam mana feel dia. Abg long nak story pun payah gak feel tu macamana……ntah…..memang payah la nak habaq kat ang. Ada eloknya ang rasa sendiri nanti.

Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Sihat sebelum sakit
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum  mati

Kita selalu diingatkan dengan lima (5) perkara sebelum lima (5) perkara....tapi, dah memang fiil perangai kita, mudah lupa dan alpa dengan fitnah dunia.


Entri ni bukan berunsur 18SX tau. Angpa toksah duk melayan sangat otak kuning angpa tu na. Abg long piat telinga baru tau. Kepada doktor2 dan nurse2 seluruhnya terima kasih atas sumbang bakti anda kepada masyarakat. Jasamu tetap abg long kenang......(gaya intonasi mumimoster cite boboiboy)


NotaDiari:
Pesanan untuk adam: Tak dapat jadi doktor pun takpa, kalau dapat awek a.k.a ibu untuk anak2 yang kerja jadi doktor pun dah syukur padaNYA......HiHiHi.... ツ [bajet tinggi siot]

___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq

16 comments:

  1. memang kena cun, baru la pesakit kurang rasa sakit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mcm tu x pyh la kot bikin obat lg
      hihihi....

      Delete
  2. terharu sy sebagai nurse (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih la misi nur aya sbb sudi singgah sini

      Delete
    2. sudari ke yg dlm pic tu.........maka marilah kita berkenalan.

      Delete
    3. amboi Anak Mudim....piat telinga kang, terjah x bagi salam sempat lg nk jual obat..ahaks3

      Delete
  3. wah.... terharu2 .. terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesama kasih fynaz sham sudi sggh sini....

      Delete
  4. Replies
    1. mmg comei2 misi dan doktor skrg....waze nak jatuh sakit je kan? kan? kan? liana sulaiman kan?

      Delete
  5. Sebab tu lah nurse kena hati kental.. Kalau tak memang patient kena pukul tiap2 hari.. sebabnya nak melayan kerenah pesakit satu hal, nak layan kerenah pihak atasan lagi satu hal.. Hehe.. Anyway, nice blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu ct zulaika jasmi......sabaq itu indah...hehehe

      Delete
  6. Sbgai dokter platih ja..sy dh terharu sgt2 bca entri nih...huhu...mudah2an semangat kami g kja hari2 n bt kja xpudar ditelan waktu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap Nur Amira berjaya menjadi doktor yg baik suatu hari nanti..InshaAllah

      Delete
  7. Bca entri ni bt sy terharu wlopon just dokter platih..huk3x..doakan semangat kami untuk terus g kje n kje n rajin n ikhlas bercambah..amin..biarlah apa segelintir cakap utk freshie2..jnji kita tabah n cekal bekerja demi masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap kerja ada payah dan susah dia....jika individu yg terlibat mlakukan ksalahan dan kesilapan kita x sepatutnya menyalahkan kerjaya tersebut secara total tetapi salahkan la individu....inshaAllah, semoga nur amira bjaya dlm lapang yg diceburi

      Delete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.