Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday, 30 October 2012

::terkilan::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Sebetulnya diri tiada kekuatan untuk membicarakan perkara ini disini. Namun terjahan rasa terkilan seakan bebayang yang sukar untuk menghilang tatkala batang tubuh ini berdiri dibawah sinar karmizi.

Hati menyoal diri. Diri pula berbicara pada sekeping merah hati. Terlalu payah dan susah untuk mententeramkan gelodak jiwa bila memikiri sikap dan tingkah khalayak yang mengelilingi diri. Aku bukan seorang pemuka. Aku adalah aku.....dan tak mungkin aku menjadi orang lain semata-mata untuk menutup resah yang tak sudah.

Rasa terkilan bertalu mengetuk pintu hati. Mengundang sejalur rasa tidak harmoni berlegar dalam diri ini. Ntah mengapa, disepanjang kedewasaan ini, aku sering kali diketemukan dengan wajah yang berwajah-wajah. Kekadang, aku menjadi keliru sendiri. Aku terkaku tidak betah menyingkap kebenaran disebalik kepalsuan sebuah senyuman.

Aku redha, mungkin ini cara terbaik Dia mengajari aku tentang rupa sebenar dunia. Namun, rasa terkilan dan lelas hati tetap juga menjadi tamu jiwaku tatkala ingatan terbias pada tingkah sumbang dan tutur canggung wajah yang berwajah-wajah itu.

Memang sikap orang 'kita' kah suka menidakkan HAK org lain? Tidakkah mereka takut dan gerun balasan hukum karma? Janji Tuhan itu pasti.......Itu yang aku cuba yakini pada merah sekeping hati lelaki ini. Segalanya aku serah pada Dia. Baik bagi Dia, baik jugalah bagi diriku apa adanya.

Aku melihat....aku mentafsir. Aku belajar untuk mengenali hati budi bangsa ku sendiri. Aku cuba untuk tidak berprangsaka walaupun debar dihati kencang degupnya terasa.

Ya, bangsa aku sememangnya unik. Sejarah telah mencatatkan segalanya tentang bangsa ku yang pernah gemilang suatu masa dahulu. Namun, dek kerana nafsu yang beraja dimata dan ego yang bersultan dihati, lenyap sudah sopan dan santun yang melatari diri. Kisah todak melanggar Singapura, matinya seorang Dang Hanum, fitnah yang membunuh Jebat dan memasung setiakawan seorang Hang Tuah benar-benar mengajar aku untuk lebih mengenali bangsaku. Sejarah lalu menjadi pedoman buat aku untuk mengenali wajah yang berwajah-wajah itu.

Aku teringat pada pesan arwah guru ku, "Ingatlah Allah disetiap perkiraan langkah kamu!".


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.