Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Sunday, 21 October 2012

U/P: Sultan dan sekutu bolanya | Edisi Piala Malaysia 2012

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Cuba angpa perati. Perati betui2 dengan mata hati....Apa yang tak kena dengan gambar kat atas ni? Orangnya kah? Mejanya kah? Kerusinya kah? Alas mejanya kah? Backdropnya kah? atau jurukameranya kah?

Gambaq ni diambil seusai perlawanan bola sepak Piala Malaysia 2012 antara The Red Warrior dengan ATM Warrior semalam. Gambaq ini diambil ketika depa tengah buat ulasan setelah tamat perlawanan. Di mata abg long, ada semacam satu ralat ja dengan gambaq ni ha. 

Ini la yang orang2 lama duk kata, "indah khabar dari rupa". Elok lagi rupa daun getah buat balut tapai pulut berbanding dengan gambaq ni bagi abg long. Sekeping gambaq ja, tapi kita boleh buat 1001 interprestasi ke atasnya. Abg long tengok kat tv semalam punya la menarik ruangan tersebut. Class ang, macam geng2 EPL dan La Liga gambaran yang disuluh lensa kamera semalam. Tapi hakikatnya hampeh dan puihhhh! Wayang ja lebih. Apa pun tak boleh.

Hasil jualan tiket masuk stadium riban2 dapat. Belum lagi tang dapat tajaan. Tapi sidang media ni macam melepas batuk ditangga sahaja persiapan tempat dia. Ini namanya orang buat kerja tak semenggah mana. Bajet yang masuk TV hanyalah paras pinggang dan ke atas. Yang penting dapat kaburi semaksima mungkin kornea mata audien.

Itu table bankuet ka apa? Alas meja pinjam katering punya ka? Bunga2 dalam pasu tu sempat rembat celah mana? Banyak sungguh persoalan yang bermain di benak beta yang keluarkan bajet ini......Huaaawawawawa...

Yang atas kerusi berkilat depan kamera tu apa? Piala pusingan Ketua Kampung Orang Asli Kampung Selingkong, Mukim Bebar, Pekan, Pahang ka? Awat pakai letak atas kerusi lagu tu?. Tak cukup bajet ka nak tambah meja lagi satu? Penuh stadium semalam, takkan duit takdak barang selai dua. Duit persatuan simpan buat pa? Nak bagi makan sapa? Kot ya pun duit persatuan takdak, guna la duit ang yang ada, nanti claim la.....macam ang tak biasa. Banyak betui ralat gambaq atas tu kat mata ni....ish...ish...ish...Ini bukan cobaan. Ini betul2.

Alahaiiiiiiiiiiii....Tanah Melayu ni macam baru semalam dibebaskan daripada belenggu penjajah. Kalau British tengok gambar ni maunya depa guling-guling menangis 8 juta kali. Melayu takdak protokol gamaknya yang buat lagu ni. Bertahun-tahun dijajah Inggeris tapi tak sempat juga nak belajar protokol. Oppsssssssssss.....bukan pernah dijajah. Cuma dinaungi saja. Nantikan tak pasal2 abg long kena ketuk dengan profesor2 tersohor negara.

Haissssssssssssshhhh...Angpa jangan kata orang sukan takdak displin pula na, jangan bikin malu orang yang menjadi teraju persatuan bola sepak Malaysia.

Macam sesuatu kan gambar atas ni? Pelik!


Majulah sukan untuk negara. Ooopppsssss.....untuk mereka yang berkepentingan sebetuinya. Hampeh!


WAllahualam


NotaDiari:
Harap Harimau Malaya boleh main sehebat perlawanan TRW dan ATM semalam. Rajagopal dan sekutu bolanya jangan duk sembang serabai ranking bukan segalanya. Apa guna FIFA tentukan dan keluarkan ranking kalau ia tak berguna.?


___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.