بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Sepi tanpa kamu | Blues untuk aku
Buat sahabat2 yang sentiasa abg long doakan kesejahteraan tak kira di mana anda semua berada sekarang.
Sahabat,
Seperti insan2 lain, abg long juga hanyalah khalifah yang sentiasa lemah & alah pada fitnah dunia yang sementara ini. Jadi, salah & silap sentiasa ada disepanjang denai hidup yang abg long lalui. Abg long tidak sempurna, namun abg long cuba untuk menjadi seadanya.
Sahabat,
Abg long mohon teguran, nasihat dan jika diizin olehNYA, abg long mohon bimbingan daripada sahabat2 semua dalam membentuk dan melarik corak serta iltizam kehidupan abg long dan bersama kita semua menuju ke satu jalan yang lurus iaitu jalan yang diredhai DIA.
Sahabat,
Tanpa kalian, hidup ini tiada warna-warni. Hidup pasti akan dibungkus sepi dan sunyi. Ukhuwah kita bukan dimata, bukan semata di alam maya......Tetapi, ukhuwah kita adalah di hati. Ukhuwah untuk mencari keredhaan Ilahi.
Sahabat,
Mohon maaf jika teguran dan nasihat dari sahabat2 semua abg long tak ambil endah dan penduli. Bukan niat nak besar diri, namun terkadang diri ini tak lari dari sifat leka dan alpa. Tapi, Usahlah sahabat2 semua berputus asa kerana itu....Tegurlah diri ini selagi sahabat berdaya dan mahu melakukannya. Abg long terima dengan hati dan minda terbuka.
Semoga usaha kita saling ingat-mengingati dan ukhuwah yang terpatri ini betah memberi kita ruang dibawah rimbunan teduhan kasih dan rahmat Allah...InsyaAllah.
Wallahualam
Barakallah fiikum
NotaDiari:
Foto masih lagi stok yang lama. Limbungan kapal di sungai Chukai, Kemaman. Sahabat2 boleh klik gambaq utk tumbesaran dia..HiHiHi
Foto masih lagi stok yang lama. Limbungan kapal di sungai Chukai, Kemaman. Sahabat2 boleh klik gambaq utk tumbesaran dia..HiHiHi
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
untung kawan2 ade sahabat cam amir aiman akashah :)
ReplyDelete[Gadget & Aksesori Steampunk Yang Cool]
saling mendoakn kebaikkan antara satu sama lain adalh sifat tpuji ukhuwah sesama muslim.
Delete