بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Dunia sekarang ni dah macam-macam. Berbuat dosa bukan perkara yang perlu disorok di dalam kain lagi. Sebolehnya depa nak hebahkan pada dunia bahawa inilah life mereka. Kebebasan tanpa sempadan. Menjalani hidup yang salah tanpa rasa takut sedikit pun kepada pembalasan Allah. Depa ingat hidup ini selamanya menongkat langit.
Kalau dulu zaman surat khabar lama kes huduh sebegini sering dipalit pada batang tubuh kaum lelaki, konon2 si suami suka berlaku curang pada si isteri. Tapi, di era blogging mendapat tempat dihati, si isteri pun dah nak sama naik tahap kehuduhan dia dengan kaum2 suami yang ada. Semakin kita menuju kemodenan semakin rebah akhlak kita ke pangkuan iblis bin syaitan.
Apa yang kelakarnya, bila dah kantoi mula la buat perangai bangang. Bila bau hapak dosa yang telah dilakukan itu dapat diciumi mula la kebah hati. Semata-mata nak menyelamatkan diri - konon2 diri tu suci, sampai solat pun boleh tersalah kiblat.... HeHeHe....Macam ni punya ilmu bela diri pun ada. Nampak sangat diri tu tak tamat lagi pengajian kat University of Setan....HaHaHa.....
Maka terkantoi la kisah hubungan sulit si isteri dengan lain lelaki oleh si suami. Nak kata apa lagi, terima sahaja la apa hukuman yang menanti. Itu baru hukuman di dunia, belum lagi di akhirat sana. Bila nafsu beraja di kepala dan bersultan dihati inilah yang terjadi.
Untuk bacaan lanjut sila beli Harian Metro atau klik di 'Ustaz' salah kiblat. Full story ada kat sana. Abg long just ulas ikut abg long punya kepala ja.
Well, renung-renungkan. Selamat beramal untuk semua.
Barakallah fiikum

"Hidup tanpa agama umpama pokok tanpa baja."
Well, renung-renungkan. Selamat beramal untuk semua.
Barakallah fiikum
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
Gila. Zaman sekarang dah gila. Bini orang buat dosa curang dengan suami macam benda tu biasa je. Macam takde salah langsung.
ReplyDeletebila agama bukan lagi santapan utama para jiwa. betul tak?
Delete