Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday, 11 July 2013

Kemalangan yang ngeri akibat angin lintang

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Setakat ini sahaja bakti dia setelah bertahun bersama
8 Julai, jam 4.45pm (lebih kurang), KM 401.6, LPT Bukit Besi-Gemuruh, Terengganu. Hujan yang tuyrun renyai-renyai mulai lebat.....dan bertambah lebat. Sudut pandangan semakin terbatas. Sebuah kenderaan meluncur dengan pelahan dan penuh waspada. 

Pemanduan terasa sedikit bergegar ketika melalui kawasan hujan lebat. Pemandu kenderaan tersebut mulai memperlahankan kenderaan seminimum yang boleh, pedal break ditekan.....pegangan pada stereng diperkukuhkan lagi untuk menghadapi sebarang kemungkinan. 

Tetiba............gedebummmm......bagaikan sepantas gaban, kenderaan tadi terpelanting ke bahu jalan. Si pemandu mulai hilang kawalan terhadap pemanduan.....Kenderaan tiba-tiba bergolek dan terbalik beberapa kali.....Hampir 100 meter lebih kenderaan tersebut bergolek dan terbalik sebelum berhenti dikaki longkang berdekatan bahu jalan.

Kelihatan barang2 berselerak dalam hujan di atas tanah yang berselut......Kenderaan mengalami kerosakan yang sangat teruk.....Namun, Tuhan masih memberi peluang dan ruang kepada penghuni kenderaan tersebut untuk melihat dunia dan menghirup udara. Walaupun ada yang tercampak keluar dari kenderaan....namun, usia masih panjang. Alhamdulillah....syukran....yang berada dalam kenderaan selamat dan tidak dijemput malaikat maut.

Akhirnya menjadi mangsa  angin lintang juga.  

Sebelum ni abg long hanya melihat dan memandang mereka yang menjadi mangsanya. Bukan sekali dua, tapi dah banyak kali terhidang depan mata. Tapi tak sangka, hari keramat ni abg long dan semua pula menjadi mangsa angin lintang yang mengila.

Ada yang tanya, "Bagaimana boleh berlaku?"...Tapi....baru je abg long nak buka mulut depa dah beri jawapan pada pertanyaan depa sendiri, "Mesti masa tu bawa kereta lelaju".....Alahai....Apa yang berlaku hanya abg long yang tahu....stereng dan pedal minyak time tu abg long yang mengawalnya. Alhamdulillah, sepanjang kejadian tunggang terbalik tu sedikit pun abg long tak lalai....dari memula kejadian berlaku sampai la masa kereta yang bergolek dan terbalik berkali2 berhenti. 


Tak kurang tak lebih sepuluh kali tergolek dan terbalik.
Dan inilah yang terhasil.
Angin lintang ni memang merbahaya. Datang ia tanpa kita undang, hadir ia membawa warna malang. Angpa pernah merasai dan menghadapi amukan angin lintang? 

Sesungguhnya malang itu tidak berbau, sekiranya malang berbau macam kentut sudah tentu ia dapat dielakkan dari awal. Berhati2 dan waspada macam mana sekali pun, jika dah tertakdir juga maka redha sahaja dengan penganugerahanNYA. Dari tak berwaspada ada eloknya ambil langkah berjaga2. 

Namun, perancangan Dia melebih perancangan yang ada pada manusia. Dia lebih tahu yang terbaik buat hambanya. Bagi abg long, merasai pengalaman merasai angin lintang ni merupakan satu kenangan yang manis dalam pahit.

Apa yang berlaku ada hikmahnya. Dia tak beri 'sesuatu' ujian itu melebihi tahap kemampuan dan penerimaan hambanya. Untuk angpa semua, jadikanlah ujian yang hadir dalam hidup kita sebagai penganugerahan, bersangka baiklah pada Allah dan sesungguhnya sabaq itu cantik.

Terima kasih kepada 'seorang hamba Allah' yang sudi menghulurkan bantuan dan membawa untuk mendapatkan rawatan. Buat sahabat2 yang sudi bertanya khabar serta mendoakan keselamatan terima kasih juga diucapkan. Sesungguhnya, keprihatinan dan doa anda semua amat2 dihargai dan menjadi penguat jiwa kami semua.

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.