Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday, 13 November 2013

Taniah PDRM (Royal Malaysia Police)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hebat!!!!
Marbeles!!!!
Awesome!!!!
hmmmmm.......apa perkataan yang sesuai lagi erk?

Pe pun aku nak ucap taniah beribu taniah buat PDRM (Royal Malaysia Police) atas kecekapan  memburu dan menahan suspek kes pembunuhan kejam arwahyarhamah Norazita Bt Talib. Tak sampai sebulan maka ini la hasilnya. 



Akhirnya tertangkap juga yang diburu. Kacang hijau je penjenayah ni rupanya. Saja je amik masa buat entri ni......tengok respon khalayak macam mana.....macam2 saranan hukuman khalayak cadangkan.....kelakar pun ada.....macam bangkai pun ada....HaHaHa....bab2 perundangan tu serah sahaja la yer pada pihak polis untuk menyiasat.....pendakwaraya untuk mendakwa dan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman....Kalau ikutkan hati tak waras nak jer letupkan penyanggak ni dengan c4...tapi selagi mahkamah tak jatuhkan hukuman bersalah, penyangak ni tetap bukan orang salah. Boleh gitu??

Apa pun, jika betul beliau bersalah.....jatuhi la hukuman yang setimpal kepada beliau. Agar penjenayah2 diluar sana gerun dan takut untuk membuat jahat. Tapi lagi elok jika Malaysia mampu mencontohi Brunei dalam melaksanakan undang2 dalam negara. Bak ni tak boleh ulas panjang lebar, nanti kan ada pula yang suruh aku pindah pi duduk Brunie......haru dibuatnya nanti...HiHiHi....

Siapa kata polis Malaysia tak ohsem? Dengan penangkapan suspek utama kes pembunuhan pegawai ambank ni maka jelas sekali polis Malaysia cekap, awesome dan terbaik....walaupun dalam sesetengah kes (tak payah la aku story...korang pun dah tahu) mereka sangat2 bersisi gelap dan berperut boroi...

Pembunuh telah pun ditangkap dan siasatan telah dijalankan untuk pendakwaan. Tapi aku harap polis Malaysia yang cekap, ohsem dan awesome itu tidak lupa atau buat2 lupa untuk menyiasat kad pengenalan palsu yang diperolehi oleh beliau. Cari dalangnya sampai jumpa......

Bertapa senangnya warga asing atau PATI nak mendapat kad pengenalan. Rata2 yang dapat datang dan beralamat di Sabah......Sabah dah jadi transit warganegara mee segera ke apa sekarang ni? Orang Sabah, boleh bagi pencerahan tak berkenaan warga asing yang diberi kad pengenalan Malaysia dan taraf kewarganegaraan? Sesungguhnya, ramai yang tak tahu kisah betul lagi benar ni...

Kalau kat Klang tu, pengalaman aku.....berlambak warga asing....Nepal...Bangla...Indon...Aceh....macam2 duk ada....Chow Kit juga tak ketinggalan.....warga Indon dah pegang...HaHaHa...

Nak aku buka buku apa yang ada kat Kemaman ni? Tak payah la kot.....nantikan ada pula yang kata aku nak berpolitik....Bagi aku, negara dah terbuka kepada ancaman kuasa luar dan rakyat Malaysia yang tulen tidak lagi berada dalam suasana selamat walapun Malaysia aman. Semuanya gara2 pemberian taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan 'mee segera' kepada pendatang asing.

Rakyat Malaysia tulen sesungguhnya tebal dengan sifat budiman. Sebab tu walaupun ada kes seperti ini mereka mampu berdiam diri......asal negara aman, mereka boleh makan apa adanya memadai buat mereka. Tapi mereka lupa, hak anak cucu cicit mereka sedang digadai dan sedang diterkam oleh orang luar yang tak sepatutnya.

Ada akai pakai.....lihat dengan mata hati, nilai dengan akai yang tak mati.

Taniah sekali lagi kepada PDRM atas penangkapan tersebut. Jangan siasat beliau atas kematian pegawai ambank semata2, tapi sila siasat juga macam mana dia boleh kad pengenalan palsu. Rakyat marhean tengah menunggu hasil siasatan darimu....rakyat marhean sedang menanti dan memerhati...

Jazakallah.


Kredit photo: lebai google
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.