Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Tuesday, 12 November 2013

Risau dengan berat badan berlebihan?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tadi siang kat tempat kerja saja gatal pi timbang berat badan. Mak aihhhhhhhh....terkezut berok mak yeh baq ang.....sungguh tak ku sangka, badan ketul2 dah bulat macam bola.....huhuhu....macam mimpi je....macam fantasi je...macam nak nangis pun ada.....

Tak pasal2 menjadi gelak tawa rakan sekerja siang tadi......hilang sudah kemachoan diri, kini 'comei' pula yang jadi galang ganti......oh tidak! bentuk apakah cobaan ini. Tapi kan.....sebetulnya bukan gemuk pun, cuma naik berat badan jer (ayat memujuk diri)......HaHaHa...

Tapi masalah kegemukan ni sememangnya menjadi fobia kepada khalayak. Terutamanya kaum hawa, betul tak? Abg long walaupun berat badan sedikit naik masih cool lagi.....comei gitu ko...HaHaHa..

Korang penah tak pikio pasai pa berat badan korang naik mendadak? penah tak? penah tak? cu pikio...cu pikio...

Abg long dah dapat kenal pasti beberapa petanda yang menyebabkan peningkatan tahap timbangan siang tadi. 

1-Air tangan ibu.
Memang tak boleh nak dinafikan. Air tangan ibu memang 'berhantu' kalau bak menyediakan masakan. Hakikatnya masak nasi goreng biasa, pun sedap yang amat. Mak masak lauk biasa2 je tapi selera makan mak aihhh.....macam tak jumpa makanan berbulan2. Gara2 balik kampung cuti deepavali berhari2, makan berkilo2 la jadi lemak dan daging baru kat badan ni.

2-Gaya hidup sihat.
Gaya hidup sihat ni banyak. Korang pun tahu kan.....well, abg long nak cite dalam konteks abg long sahaja. Sekarang ni, sejak berpindah masuk ke ladang jauh di pedalaman dah makin kurang abg long mengamalkan gaya hidup sihat. Dah banyak lama stuff tak kena tanah.....kasut joging pun suci sentiasa, sikit pun tak dihinggap debu2 noda.....

3-Kantin yang 'berhantu'
Dulu masa kat tempat kerja lama ada kantin tapi tak halal untuk melantak. Kalau bawa bekal makan kat tempat keje pun biskut dengan roti jer. Jumpa nasi pun sekali sehari.....itu pun kebanyakkannya jumpa belah malam. Tapi sekarang, kantin yang ada betul2 'berhantu'.....2 3 kali juga la ulang alik belanja diri makan. Balik rumah belasah lagi makanan. Langsung tak hingat dunia...HaHaHa....

4- Berjaga lewat malam.
Bila berjaga lewat2 malam membuatkan tekak aku akan rasa nak menelan sesuatu dan mulut abg long juga rasa macam nak mengunyah je. Jadi, bila kerap berjaga lewat malam....blogging....blogwalking....pesbuk.....dan edit gambo maka abg long akan mudah terdedah dengan kelaparan dan kebabunan.

Well, bila dah jumpa dan kenal pasti punca2 tersebut nampaknya kena la abg long buat pelan strategik lepas ni. Boleh la kot masukan perancangan kembali bentuk badan asal sebagai KPI untuk tahun depan....Start tahun depan je la erk.....dah nak abis tahun pun 2013.....HaHaHa...

Tapi kan, abg long rasa la kan...timbangan tadi tu rosak......tak penah2 cecah ke angka seperti yang tertera. Macam magik je.....macam manipulasi je......macam2 betul la timbangan ni....tak pasal2 jadi bahan tadi siang. 


Korang nampak tak orang kerdil tu.....nyenyeh (ngajing) molek dia.....3 line tu...perrrhhhhhh!! kata kan ini mimpi!
Kepada korang yang nak naikkan berat badan boleh baca Petua Naik Berat Badan. Abg long sekarang nak skodeng petua kurangkan berat badan tanpa keluarkan ongkos...HeHeHe....Jimat itu smart (^_^)

Risau dengan berat badan berlebihan??? Korang dah temui jawapan penyelesaiannya?? Baguih...baguih......korang memang pengemar Diari Seorang Lelaki yang ohsem...

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.