Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Thursday, 21 November 2013

My baby is back

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Comel kan baby ni????
Kredit photo: Lebai Google

Alhamdulillah.....setelah sekian lama aku pulang kan ia ke tempat asal ia dilahirkan akhirnya ia pulang kepangkuan aku kembali. Amat merindui aksi dan persembahannya.....tanpanya..... hidup aku seakan canggung.....bagai tiada ceria dan bahagia....

Kecuaian dan sikap tak berhati2 aku menjadi punca aku terpaksa berpisah dengannya buat sementara......walaupun sementara tapi bagi aku amat menyeksa kerana tanpanya aku tak mampu melakukan apa yang pernah aku lakukan bersamanya....

Perpisahan sementara dengannya adalah suratan, takdir Tuhan.....Dia nak tengok tahap kesabaranku.....Dia sekadar nak menguji aku.....mengambil sedikit nikmat dari aku......atas kealpaan dan kelekaan aku yang ada padaNYA......Husnuzon dengan segala perancanganNYA adalah terbaik untuk aku.

Semalam aku telah menjemputnya.......dan dia telah kembali kepangkuan aku. Aku harap selamanya ia akan bersama dengan aku dan tak mahu berpisah lagi. Jika berlaku juga perpisahan kelak, biar la untuk selamanya........Buat waktu ini, hanya ia yang teristimewa buat aku.

Oh my baby!!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


Canon 50mm



HaHaHa......korang memang mudah kena troll la.....aku sebenarnya nak cakap pasal lens yang ada dalam gambar ni je....yang korang baca penuh kusyuk lagi tawaduk tu pasai pa?? HeHehe.....apakah anda rakyat Malaysia (terutama meLAYU) spesis yang mudah kena troll??? Korang sendiri ada jawapannya.....

Alhamdulillah.....dah selamat kembali dia kepangkuan aku. Lepas ni boleh la shoot laju2 360km/j. Parah juga lens ni masa terlibat dengan 'excident' yang tak disengajakan ritu. Tak pasal2 melayang Ringgit Malaysia ratus-ratusan semalam untuk bil rawatan dia. Dah rezeki dia dan bukan rezeki aku.....Lepas ni kena lebih berhati2 dan belajar dari kesilapan lalu....

Apa keistimewaan lens 50mm ini untuk aku yang nubis dan juru photog pro yang lain??? Walaupun ia hanya sebuah lens 50mm tetapi ia adalah kanta yang hebat. Terutamanya bagi lens 50mm f/1.2.

Nak tahu apa kehebatan dan keistimewaannya, korang boleh baca SINI (klik). Sekurang-kurangnya lens 50mm ni ada tujuh (7) keistimewaan tika korang merakam gambar. Gambar yang korang rakam dengannya berserta sedikit kreativiti inshaAllah akan terhasil satu karya yang mantap....super lagi duper....HeHeHe

Kalau nak tahu, korang kena la baca yer.....korang klik jer link biru kat atas tu......malas aku nak karang pepanjang. Nanti kan ada lagi yang kena troll dengan aku. Naya je aku kena maki dalam hati korang nanti...HiHiHi.....

Terima kasih daun keladi la yer coz korang sudi baca sampai habis entri ni. Alang2 dah singgah tu apa kata korang skodeng la entri2 lain apa yang patut yang ada dalam blog aku yang konon2 ohsem dan awesome ni.

Harap korang tak serik untuk datang singgah lagi. Y(^__^)Y

Jazakallah.
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.