Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 15 September 2012

BELANGSUKAWA: YASMIN J HUNWICK

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة





Sebetulnya banyak perkara benda yang abg long nak conteng kat blog ni dari tadi. Macam-macam cerita yang abg long nak kongsi bersama tentang apa yang ada kat dalam kepala abg long ni ha. Kisah tentang guru kena belasah dengan murid, cerita tentang sumbang mahram antara kakak dengan adik, cerita tentang penipuan dalam peperiksaan, cerita tentang dunia yang semakin petak2 dan macam2 lagi. 

Namun, abg long rasa kisah blogger remaja Yasmin J Hunwick berada pada carta hati paling tinggi. Seakan terpanggil untuk berkongsi ceria, sedih dan hiba yang ada pada arwah serta insan2 kesayangannya. Walaupun abg long ketinggalan keretapi, tapi belum terlewat waktu untuk abg long nukilkan bicara ini.

Seusai solat isyak tadi masa duk buka kotak emel abg long terima satu emel dari seorang sahabat, pendek jer emel dari dia..."abg long dah baca ke tentang kisah tragis seorang blogger remaja yang meninggal tempohari? Nama dia Yasmin J Hunwick. Abg long google, nanti abg long tahu kisah arwah". Gila saspen ayat mamat yang penuh kesopanan dan kesusilaaan ni....tetibe je lepas baca ayat dia jantung abg long jadi mereng. Rasa dub dab dub dab laju kemain. Bentuk apakah kegilaan ini?

Tanpa segan silu, terus abg terus tanya lebai google perihal Yasmin J Hunwick. Ternyata kisah dan cerita yang terpampang depan mata amat ngilu untuk merah sekeping hati lelaki abg long ni terima. Walaupun abg long tidak pernah mengenali arwah, namun dari kisah yang tertera benar2 menguji keutuhan jiwa lelaki ini. Saat ini, tika jemari menari2 di keyboard  terasa seperti abg long dan arwah sangat akrab dan istimewa. Perasaan ini pelik tetapi benar.

Berjam2 lamanya abg long bersimpuh di teratak blog arwah. Dari satu entri ke satu entri abg long singgahi dan tuntasi. Segala nukilan dan catatan yang arwah titipkan penuh dengan warna-warni kebahagiaan dan keceriaan. Tak sangka pengakhiran hidup arwah tidak seindah dan secantik apa yang arwah lakarkan diblog. Sesungguhnya, Allah maha mengetahui setiap apa yang telah DIA rencanakan buat hamba2NYA. Nauzubillah...

Seingat abg long, abg long pernah terjah blog arwah sekali, tapi takdak la terfikir nak jadi followers arwah. Ye la, mungkin blog arwah jarang diupdates dan contengan arwah banyak berkisar tentang personal jadi abg long abaikan dari menjadi sebahagian dari hidupnya. Apa yang pasti, beliau pengikut tegar blog Yuyu Zulaikha, Lyssa Faizureen dan Fatin Liyana. Abg long pernah terjumpa komen2 arwah di blog Yuyu Zulaikha, Lyssa Faizureen dan Fatin Liyana. (normal la kan, lepak tempat sama mesti akan terperasan pernah jumpa, cuma tidak pernah bertegur sapa)

Dari apa yang arwah tulis entri diblognya menzahirkan kepada umum bahawa arwah seorang yang periang, happy good lucky, kelakar dan yang pasti arwah adalah seorang sri kandi yang pandai menjaga kehormatan diri. Sesiapa yang menyinggahi blog arwah bukan sahaja akan terasa kehilangan malah lebih dari itu. Bagi abg long, apa yg di catat dan dinukilkan oleh arwah diblognya bisa membuatkan hati2 yang suram berwarna ceria dgn ayat2 arwah yang bersahaja. Namun, Allah lebih menyayangi arwah Jasmin.

Kini, hanya catatan arwah sahaja yang menjadi peneman buat famili arwah, rakan taulan serta insan2 yang baru ingin mengenali arwah. Pemergian mengejut arwah mengadap Tuhan Rabuljalil dengan cara sedemikian sememangnya membuatkan banyak hati yang terkilan. Namun apa daya kita untuk menghalang ketentuan Tuhan yang telah pun tertulis sejak kita alam roh lagi. Walaupun berat mata kita memandang, berat lagi hati keluarga arwah untuk menerima kehilangan insan kesayangan.



Yasmin J Hunwick, al-fatihah



Yasmin J Hunwick, al-fatihah 



Yasmin J Hunwick, al-fatihah 




Sambil2 conteng entri ni abg long sekejap2 singgah ke teratak blog arwah. Seakan terasa setiap butir bicara dientrinya bagaikan bernyawa. Seperti arwah sedang berinteraksi secara nyata. Tak puas baca entri yang arwah karang, semuanya menceriakan. 

Menurut apa yang abg long baca dari sumber2 yang membicarakan tentang arwah, sebelum arwah meninggal arwah dah menunjukkan tanda2 yang arwah akan meninggalkan semua buat selama-lamanya. Terutamanya entri arwah di blog about MIMPI NGERI? dan tentang buku 7 malam pertama di alam kubur.

Abg long rasa ini adalah entri yang paling marathon abg long conteng. Dari seusai solat isyak sampai sekarang tak juga2 dapat nak dipublishkan. Rasa tak lancar nak menaip sebab layan merah sekeping hati lelaki abg long ang ni bersama blog arwah. Arwah seorang yang kelakar, tak kenal pun rasa kehilangan. Jika abg long yang tidak langsung mengenali arwah terasa kehilangan apatah lagi bagi famili, saudara mara dan rakan2 rapat arwah....Tentu sahaja rasa kehilangan itu maha hebat lagi. Benarlah apa yang arwah Ustaz Daud beritahu pada abg long dulu, "Biasanya, insan yang baik dan teristimewa ini tidak akan lama bersama dengan kita didunia. Allah lebih sayangkan mereka. Sebab itu Allah awal2 menjemput mereka kembali padaNYA".

Untuk baca seterusnya tentang kisah tragis dan pilu arwah Jasmin J Hunwick ini sahabat2 abg long yang dikasihi boleh la terjah

0- SINI
1- SINI
2- SINI
3- SINI
4- SINI
5- SINI
6- SINI
7- SINI
8- SINI


Masih abg long ingat pesan 'seorang tua' pada abg long dan sepupu2 semua tatkala kami berkumpul di serambi sambil menikmati aroma kopi, "Kita hidup biar ada tujuan....bila mati, kita ada haluan. Sembahyang jangan tuang, itulah tiang buat kamu...goyah tiang, goyanglah kehidupan"  

"Hidup kita ini ibarat buah....sampai masa akan gugur ke tanah. Tak kira la buah yang tua atau putik muda. Kalau dah sampai ajal tu, tak kira tua muda. Sesaat pun tidak sempat bertangguh, sebab tu kita di tuntut beribadat bersungguh2".....lembut nasihatnya meresap ke dalam jiwa. 


Arwah Jasmin telah pun pergi, melunaskan janji yang telah terpatri. kita yang hidup ini bakal menyusur juga, kerana bahagian untuk kita telah pun ada 'di sana'. Inilah hakikat kehidupan yang harus kita terima dan kita redha. Dan harus kita bertanya, apa pula bekalan kita untuk kita bersenang 'di sana'.


Untuk hari ini dan hari2 yang mendatang, hanya tulisan dan kenangan sahaja yang arwah tinggalkan buat kita semua. Semoga roh arwah serta rakan2 arwah yang pergi bersama arwah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga diberikan Allah kekuatan untuk mereka. InsyaAllah.


Al-fatihah untuk arwah Jasmin J Hunwick


Jasmin J Hunwick dalam kenangan: 22 FEB 1995 - 3 JUN 2012, 11.50PM  
____________________________
Sahabat mungkin juga suka baca:
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

7 comments:

  1. Sedihkan....sy pun rasa apa yg pencils rasa...istimewanya arwah kan....smua ni kuasa Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks bunga kikin sbb sudi singgah.

      sedih mmg sedih bunga,
      tapi apa daya...
      setiap benda baru ada awal dan akhirannya
      setiap pertemuan pasti ada saat perpisahan yg menyakitkan.

      skrg saat arwah bertemu Tuhannya
      nnt akan smpai jga saat kita utk ke sana

      abg long harap sgala apa yg abg tulis kat entri ni dituntasi oleh khalayak.

      ia pesanan utk diri abg long sndiri
      dan juga utk semua yg dikasihi.

      Delete
  2. Salam Bunga dan Amir, walaupun kak bukan blogger, tapi kerana menyambung hasil karya arwah, kami sedikit sebanyak menjinakkan diri di bidang ini. Syukur alhamdulillah dipertemukan dgn Bunga, Amir dan semua2 bloggers. Doakan selalu untuk arwah dialam sana dan harap akak mempunyai kekuatan untuk meneruskan hidup bersama suami dan anak2. - Sazlina S.Shah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam mama saz.
      thanks sbb sudi menjenguk blog amir yg x seberapa ni.

      amir pun beruntung gak sbb knl mama saz, uncle johan dan semua blogger serta sahabat2 dunia maya yg menyayangi arwah jasmin.

      walaupun amir hanya knl arwah sesudah ketiadaannya, namun catatan arwah bagi amir amat bermakna.

      mgkin jodoh kita dgn arwah setakat ini shj.

      InsyaAllah mama saz...
      mudah-mudahan roh arwah berada dlm kalangan hamba2NYA yg beriman.

      semoga SyurgaNYA bisa mjadi milik arwah disana kelak.

      Al-fatihah utk arwah jasmin.

      Delete
  3. Alfatihah utk arwah wlpn x prnh tgk blog arwah tpi bler da bcer ttg aper y jdi trasa sedih sngt..smge arwah di tmptkan dikalangan org y biman...kpada kluarga arwah smge tabah dgb ujian y allah beri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Annnymous sudi sggh sini.
      inshaAllah......arwahyarhamah adinda yasmin dan rakan2-nya betah mendiami syurgaNYA.
      sama2 la kita berdoa.

      Delete
  4. Alhamdulillah.. Moga2 arwah ditempatkan dikalangan bidadari syurga.amin

    ReplyDelete

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.