Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday 14 April 2012

Mengalir Air Mata Lelaki Ini Tiba2




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة 



Tadi lewat jam 12 lebih mak menakan dari penang calling2. Mak dengan adik2 dah selamat sampai Perak. Mak menakan cakap, Tok Teh dah tenat. Tak boleh cakap...tak boleh nak makan. Diri kat sini hanya mampu berdoa agar Tok Teh di panjangkan usianya....supaya sempat untuk aku bersua mata. Dah lama aku tak balik sana. Tak sedar orang2 yang dekat dengan aku suatu ketika kian ke penghujung usia. Kalau la aku ada kuasa sehebat superman, nak je aku terbang ke sana segera. Andai ada mesin merentas masa atau pintu rahsia Doraemon, nak je aku pinjam sebentar darinya. Namun aku tahu aku hanya bermimpi dikala mata ini terbuka atau tatkala terkatup lena.....berita pilu ini betul2 menganggu. Sayu dihati ini hanya Tuhan tegar mengetahui. 

Aku terlalu takut kehilangan orang yang aku sayangi dan kasihi. Itu adalah fitrah. Tiada siapa dapat menyangkalnya. Aku seakan lupa hakikat perjanjian suatu masa 'di sana'......Sesungguhnya, 'sakit' itu ada dan kematian itu wajib bagi semua benda hidup di fana dunia. Setiap benda baru ada awalan dan akhirannya. Hanya Allah SWT sahaja kekal untuk selamanya......aku sedar tentang itu. Namun begitu, siapalah aku untuk menahan rasa hiba yang bertandang datang mengetuk pintu hati lelaki ini. lemah juga aku ni sebetulnya.

Kenangan bersama Tok Teh bermain di layar ingatan.....senyumnya, tawanya serta tingkahnya bersatu di minda. Masih tergiang2 di telinga lembut tuturnya tatkala menyampaikan butir bicara. Di serambi rumah tua itu segala memori antara kami kukuh terpatri. Namun kini tiada lagi keindahan itu untuk aku ulangi bersama dengannya....Betapa azabnya Tok Teh menahan kesakitan dan sengsara saat ini. Semoga Tok Teh tabah dan sabar mendakap ujian dari Tuhannya serta tidak lalai dalam menunaikan kewajipan sebagai muslim yang beriman dan bertakwa walau dalam kepayahan. Hanya doa yang termampu aku titipkan buat Tok Teh dari kejauhan ini.

Masih aku ingat pesannya pada aku dan sepupu2 semua tatkala kami berkumpul di serambi sambil menikmati aroma kopi, "Kita hidup biar ada tujuan....bila mati, kita ada haluan. Sembahyang jangan tuang, itulah tiang buat kita...goyah tiang, goyanglah kehidupan"  

"Hidup kita ini ibarat buah....sampai masa akan gugur ke tanah. Tak kira la buah yang tua atau putik muda. Kalau dah sampai ajal tu, tak kira tua muda. Sesaat pun tidak sempat bertangguh, sebab tu kita di tuntut beribadat bersungguh2".....lembut nasihatnya meresap ke dalam jiwa. 

Aku harap berkesempatan lagi mendengar butir nasihat orang2 lama dari bibir tua....melihat senyum tenang di bibirnya serta redup sinar matanya menongkah masa. 

"Ya Allah, Tuhanku Yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang.....Tuhanku Yang Maha Pengampun segala dosa. Engkau ampunilah dosa Tok Teh ku. Engkau berkatilah hidupnya. Ya Allah, Engkau berikanlah beliau kesihatan yang baik serta jadikanlah beliau hambaMu yang kuat dan redha atas segala ketentuanMu....amin".

Saat hati di selimut rasa hiba, air mata lelaki ini mengalir jatuh ke riba.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.