Kad Pengenalan Palsu Aaron Aziz |
Beberapa hari yang lalu, kecoh sebentar dunia hiburan apabila satu gambar yang dikatakan kad pengenalan Singapura milik Aaron Aziz disebarkan , pertama kalinya oleh laman hiburan ROTIKAYA . Ramai yang mengecam pendedahan rotikaya dan menganggap artikel tersebut berniat untuk memalukan Aaron Aziz.
Nama Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mustafa telah mengundang kontroversi senyuman sinis apabila nama ini dikatakan nama sebenar pelakon Aaron Aziz.Walaupun isu ini agak remeh tetapi ianya telah memberi impak yang mendalam kepada empunya body.
Mana tidaknya, kad pengenalan tersebut telah tersebar meluas di internet sehingga memaksa pihak yang empunya body menafikannya. Bagi membuktikannya lagi, Aaron Aziz tampil dengan menunjukkan Kad pengenalan tulen beliau semasa ditemu ramah oleh Suria.FM. Pendedahan esklusif ini jelas menunjukkan nama sebenar Aaron Aziz ialah Aaron Mustapha Bin Aziz.
Meskipun begitu, perkara ini sedikit sebanyak telah menceriakan lagi persada seni hiburan tanahair dan ini juga membuktikan bahawa Aaron Aziz mempunyai ramai peminat di Malaysia. Jika benar sekali pun nama Aaron ialah Mat Haron apa salanya kan? Tak menjadi satu masalah besar sangat pun rasanya. Dah nama pun artis, jadi kena la ada nama komersial. Artis-artis lain yang bersepah kat bumi Malaysia ni nama asalnya bukan sesedap nama komersial mereka pun. Mungkin laman blog hiburan tersebut sengaja nak mensensasikan sesuatu untuk menarik pengunjung membaca artikel.
Menulis artikel ni kena jaga juga sensitiviti orang lain dan masyarakat. Banyak perkara perlu diambil perhatian supaya tak menjadi fitnah. Bila dah jadi satu fitnah susah. Sebab ramai yang akan percaya dan penulis yang terpaksa menanggung dosa fitnah tersebut.
Kini, bila sudah tahu kad pengenalan Si Aaron Aziz yang sebenar orang ramai sibuk pula duk complain pasal kuku dia. Sehingga Aaron Aziz terpaksa jawab kuku tersebut 'kuku jantan' di ruang twitter beliau.

Nota:
Aduiiiyaaaaaaaa......ini dunia macam-macam ada. Silap2 boleh semak kepala memikir akannya.
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.