بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Hari ni aku nak bercerita tentang pengalaman aku duk mengajar anak2 cina pada suatu hari yang permai.
Tajuk Pembelajaran:
Mengubah singkatan perkataan kepada bentuk perkataan penuh.
Selangor D.E --) Selangor Daun Ekor.
Aku cakap la kat anak murid aku yang jawapan yang dia tulis ni salah. Dari riak wajah dan bahasa badan dia seakan dia tak berpuas hati.
Lepas tu dia cakap, "Cikgu, betul la jawapan saya ni". Sambil membuat muka sekupang lima duit untuk meraih simpati dari aku.
"Salah jawapan kamu tulis ni. Nanti kamu buat pembetulan", kata aku dengan lembut.
Bila aku tanya kenapa tulis jawapan macam ni dan kenapa dia beria benar mengatakan jawapan dia betul, tahu apa murid tersebut jawab????
"Cikgu, betul la Selangor D.E tu Selangor Daun Ekor. Dekat negeri Selangor sana kan banyak kedai 3D dan Sport Toto. Saya tengok Buletin Utama kat TV3 selalu bagitau Selangor banyak kedai judi sejak Pakatan Rakyat menang PRU12".
Dalam kepala aku....."Pengaruh media massa rupanya".
Nota:
Pengertian Nombor Ekor dah bertukar jadi Daun Ekor....macam-macam betul!!
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.