بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Episod Perang Habis-Habisan
- Ketiak Berbau
1. Buah limau kasturi
Ambil limau kasturi yang masih muda dan kecil, makan tiga kali sehari, iaitu pada waktu pagi, tengahari dan malam. korang juga boleh menjadikannya sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi. Amalkan petua ini selama tujuh hari.
Petua paling sengal: Tolong jangan telan limau bali walapun ia adalah dari kaum kerabat limau kerana saiz buah limau bali boleh menyebabkan korang mati tercekik. Sekiranya selama tujuh hari di amalkan telan buah limau kasturi tidak juga dapat menghilangkan masalah ketiak korang yang berbau tu maka elok sangat la telan buah limau bali...hihihi!
2. Kulit limau kasturi
Jika korang tidak lalu untuk memakan limau yang masih muda itu, korang juga boleh memakan kulit limau kasturi yang telah ranum atau matang. korang boleh melakukannya bila-bila masa sahaja selama tujuh hari.
Petua paling sengal: Jikalau korang rasa telan kulit limau kasturi ini tidak advanture maka aku sarankan korang telan sahaja kulit durian yang masak ranum. Bukan kata tujuh hari, dalam masa tak sampai satu hari pun bau ketiak dengan korang sendiri akan selamat. Selamat ke lobang kubur....kahkahkah!
3. Minyak kelapa
Minyak kelapa juga boleh digunakan. Caranya ialah dengan mencolekkan minyak tersebut ke ketiak korang menggunakan jari dan sapukan secara merata di ketiak korang. Amalkan cara ini sehingga bau busuk ketiak hilang.
Petua paling sengal: Kalau korang nak cepat mendapat effectnya korang boleh masak minyak kelapa tersebut sehingga mendidih tahap cacing kepanasan dan selepas itu rendamkan ketiak korang yang berbau itu ke dalam minyak tersebut. Di jamin seusai korang terpekik terlolong maka masalah ketiak dan dengan ketiak-ketiak korang akan hilang....ekekekekek.....hihihi!
4. Belakang tangan
Setiap kali anda mandi, jangan gunakan tapak tangan anda untuk membasuh ketiak anda. Sebaliknya, amalkan mencucinya dengan menggunakan belakang tangan korang.
Petua paling sengal: Korang juga boleh meminjam belakang tangan pasangan korang (bagi yang dah menikah) atau boleh juga menggunakan khidmat masyarakat belakang tangan housemate/roomate untuk menyental ketiak korang.
5. Menjolok kerongkong
Amalkan cara ini setiap kali anda mandi pagi. Jolokkan kerongkong sehingga keluar kahak dan muntah.
Petua paling sengal: Tolong jangan tanya aku apa perkaitan kerongkong dengan ketiak yang berbau sebab aku sendiri belum membuat pengkajian yang terperinci tentang hubungan sulit ini. Tapi, kalau korang nak lagi best serta kesan yang mendalam aku sarankan korang jolok kerongkong korang pakai penyodok tanah sehingga keluar segala isi perut. InsyaAllah, korang tidak akan lagi menghadapi masalah bau ketiak yang kronik.
6. Daun sirih
Ambil kira-kira 10 helai daun sirih yang telah tua. Rebuskan ia sebaik-baiknya dalam periuk tembaga atau periuk tanah. Biarkan mendidih sehingga air rebusan tinggal separuh. Sejukkan dan jadikan air minuman.
Petua paling sengal: Ambil 10 helai daun ketum yang gebu. Rendam dengan klorok selepas itu basuh dengan Dynamo. Amik daun tersebut kendian jemur di bawah awan nano. Awan nano ini penting untuk mengelakkan pancaran cahaya matahari secara terus. Air rendaman dan basuhan tadi elok dijadikan air mandian dan air minuman......Daun yang telah kering itu nanti korang lipat cantik2 dan kepit di bawah ketiak....kikiki!
7. Cekur dan daun betik
Ambil tiga ulas cekur sebesar ibu jari, segenggam daun betik dan daun beluntas. Tumbuk lumat dan campurkan dengan air limau nipis dan sedikit garam. Tapis dan ambil air dalam segelas. Minum dua kali seminggu.
Petua paling sengal: Korang tau ke apa itu cekur?? kalau korang tak kenal cekur korang boleh la mengantikannya dengan ibu kunyit (tiada kaitan dengan kartunis kunyit).....apa la korang ni, cekur pun tak tahu ke??...ahaks3.....kuikuikui!
8. Daun sirih dan daun kenanga.
Ambil lima helai daun sirih dan lima kuntum bunga kenanga. Basuh bersih dan di didihkan dengan 1 ½ gelas air dan ¼ sudu teh garam. Biarkan mendidih sehingga tinggal kira-kira setengah gelas. Tapis dan bubuh gula merah secukupnya. Amalkan meminumnya dua kali dalam seminggu.
Petua paling sengal: Ambil lima helai daun sirih dan lima kuntum bunga taik ayam. Basuh sehingga bersih mengelip. kendian masukkan garam, ajinomoto, sos tiram serta gula melaka secukup rasa. Amalkan makan selama tujuh hari....Kenapa tujuh hari??? Ntah la, aku pun tak pasti....Sebab mana-mana petua mesti suruh amalkan selama tempoh masa tersebut. Tapi, apa yang aku pasti...No.7 ni sinonim dengan Eric Cantona dan Cristiano Ronaldo......waaakakakakakahkahkahkah!
9. Kapur dan air limau
Bancuh bersama kapur makan, air limau nipis dan sedikit air. Biarkan bancuhan sedikit pekat. Sapukan air bancuhan ini ke ketiak setiap kali korang ingin keluar dari rumah.
Petua paling segal: Korang juga boleh menggunakan kapur baruh yang biasa orang duk guna untuk mandikan mayat.....Kalau nak bau yang lebih realistik, korang bolehlah mencampurkan kapur baruh tadi dengan sedikit kemenyan yang di tumbuk halus dengan buku lima korang. Campurkan dengan air limau sunquick dan kuning telur. sapukan bancuhan ini ke ketiak setiap kali korang nak keluar rumah untuk bekerja, shopping serta berdating.....kihkihkih!
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.