بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
kisahnya begini..............
Di suatu hari, ada dua orang Datuk yang kaya sedang duduk di cafe sambil menggosip pemandunya.
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Aku saja tempelkan story ni just sekadar untuk melonggarkan keketatan yang ada. Aku tau, u all pun tengah semak tulang sum-sum dengan apa yang u all lalu hari ni. So, aku nak la kongsi sedikit ilmu-ilmuan regangan urat ni dengan u all. kisahnya begini..............
Di suatu hari, ada dua orang Datuk yang kaya sedang duduk di cafe sambil menggosip pemandunya.
Datuk Sam: "Mat kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus!. Tak pernah lagi aku jumpa makhluk sebodoh pemandu aku ni. Kalau kau tak percaya cuba lihat nie...”
Terus dia panggil pemandunya si Dol. "Dol, ini 10 hinggit. Pergi ke kedai kereta dan belikan aku Mercedez".
Dol pun menjawab dengan sopan,
"Yes Sir!! Right A way!!". Dengan pantas terus menuju ke kedai kereta.
Datuk Sam beritahu kepada temannya,
"Nampak? Apa aku cakap….dia buat betul-betul".
Datuk Ben: "Hahaha….itu belum apa-apa kawan. Kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau".
Datuk Ben pun memanggil pemandunya si Ngong. "Ngong, ngko balik ke rumah, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak."
Si Ngong: "Yes Sir!! Right A Way!!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.
Datuk Ben beritahu kepada Datuk Sam, "Nampak apa yang aku cakapkan?. Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa".
Tidak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan.
"Ehh, Ngong..you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasi aku 10 hinggit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta. Mana boleh?? Kau pun tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!". Kata si Dol dengan bengangnya.
Lalu Ngong pun berkata, "Kau fikir boss kau stupid ha? boss aku lagi stupid kuasa dua!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat apakah dia ada di rumah…..Padahal dia kan boleh check sendiri, telefon je la ke rumahnya!!"
Selepas meluahkan isi limpa masing-masing yang terbuku, mereka pun bergerak ke destinasi seperti yang di arahkan.
AMARAN OLEH TUAN TANAH!!
Sumber:
CeritaLawak
CeritaLawak
___________________________________________________________
”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
Haaaahahah...lawak daa...tu la..jgn suka memperbodohkan org....
ReplyDelete