سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Petang yang best. Hari ni abiskan masa bersantai kat rumah je sambil tengok tv, tv tengok aku. Malas rasanya nak kuar merewang di hari sunday yang mega mendung ni. Kuar sesorang bukannya best pun. Rasa macam cekinot je sat agi. Lagi pun fulus dah semakin berhabuk. Nak harapkan fulus mengajar tuisyen sampai la tak dapat2 lagi. Ntah kat mana la sangkutnya dia. Nak pi korek dalam bank pun banyak yang orang punya berbanding yang aku sendiri...apa punya nasib daaaa (sambil meletakkan tangan kat dahi).....Jadinya, terpaksa la tunggu 25hb gak, pastu nantinya baru la leh enjoy tak hingat dunia....hihihi!! (gelak jahat tergedik)
Kat pesbuk sibuk kengkwn dok discusion tentang kenaikan gaji yang PM umum tempohari. Macam2 dah di congak dalam kepala diorang. Ada yang nak angkat notebook, hp baru, tablet android, ipad, ada juga yg berkira2 nak menukar kereta.....jangan ada yang bercita-cita murni nak tukar suami/isteri sudah la yer....Nak tambah yang lain tak ada masalah....kihkihkih!! Yang hidup sesorang kalau nak jadikan hidup berdua pun dah boleh dah kot (sampai bila mau pakai slogan "saya masih boleh dan mampu tidur seorang"...kuikuikui) Orang lain dah boleh tengok diorang punya angka yang duk melepak kat slip gaji masing2, tapi kenapa aku sampai ke hari ahad mega mendung ni masih belum mampu untuk melihatnya??? Aaahhhh!!! Diskriminasi betol la macam ni....(sambil mengunyah2 apple...apple dimangsakan akibat kegeraman aku).
Kerja banyak lagi tak beres. Ketat je tang kepala ni. Soklan pekse budak2 tak siap setup lagi, yang dah siap just untuk tahun tiga je. Tahun empat ngan tahun lima langsung tak terusik. Semalam ingat nak settlekan, tapi sibuk key in data LINUS. Aku tengok ramai gak cikgu-cikgi yang bersengkang mata mengadap SAPS dengan ADPM...Orang yang tak faham kerja sebagai pendidik je yang kecoh2 kata kerja cikgu-cikgi ni senang...Macam2 yang tak di kata. Cikgu masuk kerja jam tujuh pagi, jam satu tengahari boleh balik. Ntah sapa la pandai2 buat kronologi gerak kerja cikgu macam tu. Memang la budak2 akan balik jam satu , tapi....cikgu TIDAK. Kadang2 kena mengajar kelas tambahan, pergi mesyuarat, bawa budak sukan dan kadang2 stay back sebab nak semak buku kerja/latihan budak2, siapkan kerja2 dokumentasi, pengkeranian dan sebagainya. Selalu gak terpaksa bawa balik buku2 untuk disemak kat rumah sebab mengejar masa. Bagi aku, kerja cikgu ni 20 jam sehari (choi je...dah la tak ada OT). Kalau tak percaya sila2 la singgah kat website SAPS dengan ADPM serta yang sewaktu dengannya. Kul empat lima pagi pun ada lagi cikgu-cikgi yang duk mengkey in data. Aku semalam pun tak sedar kul berapa pagi ntah baru dapat aku lepakkan kepala ngan badan kat tilam-bantal. Penat otak sangat2. Tapi, yang suka mengata macam2 tu aku tak salahkan mereka sebab mereka tak ada dalam bidang ini....jadi mereka tak tahu keadaan sebenarnya....Bak kata pepatah, indah khabar dari rupa. Pendidikan zaman aku jadi murid dengan zaman aku jadi cikgu ni banyak beza dia, umpama Si Pengemis dengan kereta Ferrari (haaa ko, kan dah dapat cipta satu peribahasa baru....hahaha!!)
Ni pun aku tengah break sekejap. Layan nescafe sama nugget.....longgarkan serembrum yang tengah keketatan dan relaks2 kan batang tubuh yang ketaklaratan. Tak apa, aku kayuh pelan2, InsyaAllah....nanti2 sampai la ke destinasi. Jap lagi nak sambung masuk trek dan berkayuh. Malam ni (planning je...ntah terbuat ntah tidak) nak tulis persediaan mengajar dan SEMAK kan kepala dengan buku kerja dan latihan bintang2 hati aku (hari minggu pun kerja lagi taw). Aku kena siapkan semua dalam minggu ni juga, aku ingat minggu depan aku nak ambil cuti. Nak ke satu tempat yang boleh mententeramkan pankreas dan ginjal aku. Pulun kerja tak boleh juga, kesihatan aku pun aku kena jaga juga.....kalau saya jatuh sakit nanti sapa nak jaga kan? kan? kan? awak kan?...
Kilat dan guruh dah sabung menyabung....aku titik kat sini dulu lah yer. Nanti kang tak pasal2 aku kena panahan petir........mati kekejangan aku nanti. (kalau kena panahan asmara cun juga kan....hihihi)
Ok semua. Selamat bercuti (huhuhu....esok dah ari senin). Tingkatkan Prestasi, Elakkan Kontroversi....Assalamualikum.
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.