Dari petang bawa ke malam aku kerjakan bilik kecik aku. serba tak kena letak duduk semua benda. kejap2 alih sini...kejap2 alih ke sana. Tak kan la aku nak kena kol Eric Casa Impian tu suh mai bariskan barang2 kat dalam bilik ni pula...aduiiiyaaaaaa.... macamana erk nak suh bilik kecik cumey ni agar nampak lagi cantik menarik tertarik daaabooommm??? Hilang akal juga lah tadi sekejap....sempat juga aku layan kepala kosong barang berminit-minit.
Aku ni bukan apa, kadang-kadang nak juga bertukar selera. Tak suka keadaan yang statik serta tidak ada perubahan. Rasa cam tunggul kayu mati pun ada bila ketat dah naik atas kepala. Tak salah pun kan jikalau setakat nak ubah selera susun atur barang-barang. Yang menjadi kesalahan dari segi etika kehidupan kalau suka bertukar-tukar pasangan. Naya, nanti kan tak pasal-pasal mati muda, tak sempat nak menikmati alam berumah dan bertangga...ahaks3....kuikuikui
Gila penat la sepetang harian hari ni mengangkat itu-ini....punggah memunggah ke sana-sini, rasa macam nak putus segala urat nadi. Tetapi, demi mencumeykan bilik sendiri peluh pun aku sanggup mandi...hihihi...
Oleh sebab ketekunan dan kerajinan aku mengemas dan mencumeykan bilik hari ni, maka dengan itu aku dengan bangga + riak sikit2 telah membelanjakan diri aku makan nasi beriani gum melekat yang terhangat. Aku beli tapau dari pasar malam yg tidak berapa batu nautika jauhnya dari 'manis rumah manis' saya.
Korang mesti nak tengok kesudahan bilik yg aku kerjakan kan?? Walaupun aku ni dalam kategori lelaki gagah perkasa, tapi bab2 kreatif dan kritis aku memang sempoi. Aku rasa ramai awekz2 kiut miut, cun lagi anggun kat luar sinun yang tak boleh celop aku punya kreatif dan kristis....kahkahkah....(relaks la, sapa nk puji kalau bukan diri sendiri kan...hihihi.....hahaha.....lalalalalalalaaaaa....)
Final fantasi, inilah hasilnya......sedap mata aku memandang, mata korang memandang ada aku kesah......kuikuikui....kui teaw!!!
di sinilah tempat lepak aku seadanya di sinilah aku bergelumbang dengan idea di sini jugalah banyak aku menghabiskan masa kamar beradu yang sederhana keadaanya |
Tak perlu kata apa2
thanks sebab sudi membaca.
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.