Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday, 14 April 2012

Cinta itu Motivasi

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

ADA APA DENGAN CINTA?

Cinta dan motivasi mempunyai hubungan yang sangat erat. Cinta adalah motivasi yang paling kuat. Cinta adalah pengerak hati, fikiran dan juga tindakan. Seseorang kan terasa teruja apabila sesuatu yang di cintanya disebut atau bermain di birai mata. Cinta menggerakkan pencinta untuk mencari cintanya, lantas memiliki cinta yang di damba. 

Cinta itu terlalu luas pengertiaannya. Cinta adalah subjek universal. Cinta terhadap kekasih, cinta terhadap keluarga, cinta terhadap sahabat, cinta terhadap kerjaya, cinta terhadap harta benda, cinta terhadap hal-hal lainnya, dan yang paling agung dan tinggi makrafnya ialah cinta terhadap Tuhan Yang Esa...Tuhan Pencipta Alam Semesta.

- Mengapai cinta
Cinta boleh menjadikan seseorang itu lemah. Cinta boleh menjadikan seseorang itu alpa. cinta juga boleh bikin seseorang itu menjadi kuat dan teguh. Cinta bisa memberi nyawa kepada mereka yang berputus asa....Sesungguhnya, Cinta  berkait rapat dengan hati kerana cinta boleh menawan hati. Cinta menawan hati? bagaimana terjadi? Hati yang ditawan akan sanggup berkorban, hati akan tunduk demi mengejar apa yang dicintainya. Cinta memberi motivasi untuk seseorang bertindak. Sama ada berundur ke belakang menuju ke hancuran atau sebaliknya. 

"Gunung akan ku daki.....lautan akan ku renangi"....." Demi cinta ku korban segala...demi cinta sanggup ku tempuh derita"....begitulah gambaran yang diberikan oleh si pensyair. Betapa agungnya cinta di merah sekeping hati yang bergelar manusia. Bagi kita cinta adalah segala. Biarpun mempunyai harta berjuta, walaupun punya rumah sebesar istana atau punya kerjaya hebat laksana. Tanpa cinta, hidup tetap tidak berwarna. Kosong dan hampa tetap membungkus jiwa. Nah, betapa hebatnya kuasa cinta bukan?

- Cintailah CINTA
Namun, cinta yang syumul adalah cinta yang berteraskan syariat. Untuk memperolehi cinta yang dihajati dan diredhai kita tidak boleh meletakkan hawa nafsu sebagai pimpinan hidup. Memang benar cinta sering kali menggerakkan hati kita untuk mencapai apa yang diinginkan, namun kita harus bertanya adakah kita hanya mahu memiliki cinta sahaja atau kita inginkan cinta serta redha dariNYA?. Tepuk dada...tanya minda.

CINTA YANG MERDEKA

Cinta yang merdeka adalah cinta yang bebas dari tawanan hawa nafsu. Seseorang yang melakukan hal-hal yang di larang agama demi cintanya bererti belum ada tauhid dan Nur Islami pada dirinya. Seseorang yang hatinya penuh rasa cinta terhadap Allah SWT tidak mungkin menduakan cintanya dengan sesuatu yang rendah. Tidak mungkin meninggalkan Allah SWT (yang dicintanya) demi cinta kepada selainnya. 

Cinta sejati, Cinta Abadi
Tauhid membebaskan hati kita dari tawanan hawa nafsu. Bila hati kita bebas, maka kita boleh memiliki cinta yang abadi dan hakiki. Yakni, kita mencintainya kerana Allah SWT dan untuk Allah SWT semata-mata. InsyaAllah, cinta itu pasti cantik dan indah.

Allah SWT berfirman, yang bermaksud: "Ada pun orang-orang yang beriman sanga cintanya kepada Allah" [Al-Baqarah:165]

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tiada beriman  seseorang yang diantara kamu sehinggalah ia menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih di cintai daripada yang lain". [Hadis Riwayat:Al-Bukhari & Muslim]

- Cinta terlarang
Oleh itu, jalanilah kehidupan yang dipinjamkan ini dengan dipenuhi rasa kecintaan. Sesungguhnya, rasa cinta itu adalah anugerah Tuhan.....untuk hambanya yang berhati dan berperasaan.


Selamat bercinta buat semua.


Sharing Is Caring......(◕‿◕)☆ ™
Terima kasih kerana sudi membaca

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.