Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Monday, 16 April 2012

Catatan Tak Best

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hai sahabat-sahabat serta pemyinggah 'Diari Seorang Lelaki' kesayangan hamba (bajet ramai follower bagai..kikiki..)...Ayat memang tak boleh blah. Sebetulnya aku tak ada apa yang nak di story kan kat sini. Sesaja nak merapu-meroyan-meraban apa adanya. Al-maklum la kan, habit aku sekarang kan memblog. Jadi, aku tulis la ntahapaapantah sekali pun. Tapi, kalau u all busan melayan entri aku kali ni apa kata u all bagi jer penampor jepon sebiji kat pipi korang yang mulus tulus itu sebagai hadiah akibat kegatalan nak terjah masuk ke blog aku yang macam best ni....hahaha!!!

U all tau tak?? Aku gerenti u all tak tau punya, meh sini aku nak story.....dekat la sikit, kuat2 nanti semua orang dengar...Begini ceritanya, pagi tadi punya la rasa ketat terlampau aku nak bangun ke bilik air. Sindrom sebegini biasanya akan berlaku setiap pagi isnin sahaja (ayat cover line...hahaha). Walau bagaimanapun, aku akhirnya berjaya juga menyahnitratkan rasa tak best tuh dari menghuni ruangan pankreas aku. Hari ni aku rasa bangga sangat2 dengan diri aku yg satu ini, apa tidaknya...hari isnin yg ketat bagai ini, aku sedikit cemerlang coz sampai ke tempat cikgu bekerja sebelum loceng pertama berbunyi. Kebiasannya u all pun dh boleh agak kan.....alaaaaaa....u all faham2 aja la yer...hihihi....(sila JANGAN tiru aksi ini). Aksi apa??? ahaks....u all pikir la sendirian berhad. Tak punca kuasa dua aku nak cakap....

Rutin kat tempat kerja tadi macam biasa la. Terpekik terlolong macam tarzan kehilangan anak gajah kesayangan melayan bintang2 hati aku. Tapi, hari ni betul2 bikin aku ketat dada, apa tidaknya...mengadap laptop bagai nak rabak kornea tapi haram satu hampas tak siap. Nawaitu nak key in data SEGAK, sekali software dia buat perkara tak senonoh pula dengan aku. Langsung tak boleh link dengan data HEM. ..Sengal!!. Berkoyan-koyan ketekunan dan kegigihan aku aplikasikan dalam diri aku demi mengsukseskan gerak kerja aku siang tadi, tapi tak juga 'natang' tu makan saman......@&*%$#!!...buang karan dan bil TMnet jer...Disebabkan kesabaran aku sudah senipis kulit bawang kuning (eehhh...ada ke bawang kuning???...hmmm..lantak la...) maka aku pun memblah diri aku balik ke rumah tepat jam 1234 tengahari waktu tempatan.

Untuk mententeramkan segala atom2 keketatan yang bergerak secara rawak, aku singgah kedai...belanja diri aku makan nasi dengan sirap limau kurang manis. Peeehhhh......sedap tak terkata. Balik rumah, macam biasa....aku buat macam yang selalu aku buat. Seusai buat apa yang 'wajib', aku tertacap depan laptop membuang masa skodeng blog sana, skodeng blog sini....like...like...dan like status sahabat2 kat pesbuk....merancau kat tagged, dan paling tidak best aku telah mengorbankan waktu tidur siangku....huhuhu.... 

Malam ni pasar malam. Malam ni nak cuci2 mata kat sana sambil usya apa habuan untuk perut aku malam ni. Aku ingat aku nak belanja diri aku makan mee goreng dengan apam balik je la malam ni. Maklum la kan, dah tengah bulan ni. Jadinya selera makan kena la berwasatiah sikit. Nantikan tak pasal2 kena buat loan FAMA. Malu  dik non oiiiiiiiii.....Jadi, kena la berjimat cermat.

Okies la ye untuk siaran hari ini. Aku titik kat sini dulu celoteh aku yang best tak best ni. Nak siap2 solat maghrib, lepas tuh terus merempit ke Kg. Melayu Majidi. Sebetulnya ada story best nak bagi tau u all ni...tapi masa dah suntuk. Lain kali jer la....Nak kata cite tuh best tak ada la best sangat. Tapi law nak di compare dengan ayam kentaki n burger Mcd, best kot cerita yg aku nak story ni nanti.....hahaha....(angkat bakul gitu)

Assalamualaikum...chow kit dulu bebeh.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.