Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Wednesday, 11 April 2012

Cinta Si Lelabi

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
- Foto: Credit untuk Jamal Rahman
Kat bawah ini adalah sebuah kisah yang hebat. sebuah kisah cinta agung. sebuah kisah cinta yang aku kira sebaris dengan kisah2 epik cinta terulung seperti Laila-majnun, Romeo-Juliet, Shah Jehan dengan Mumtaznya (sekadar menyebut secebis kisah....tapi sbetulnya itu sahaja yang aku tahu...hihihi). Aku garap dan murnikan lagi cerita ini dengan memasukkan unsur2 humour dan suspen agar keketatan tidak menyelubungi pankreas dan paru2 u all yang sudi membaca kisah epik cinta ini.

Gila hebat ko cite kat bawah ni.......u all baca kalau tak bestan pun tak rugi apa2 sebab aku langsung tak kenakan apa2 bayaran atau kutip cukai pendapatan. U all rajin, u all baca......kalau u all malas aku nak u all baca gak. Gila ko kalau tak nak baca, penat jemari aku berjoget atas keyboard, lembam mata aku mengadap skrin kecik ni. sekurang2nya u all bagi la aku belas kasihan sebagai tanda support (ahaks3.....kes paksa ala Nipon jajah Malaya namanya ni...kuikuikui), tak kisah la apa pun erk.....Aiman tak kisah, tak kan u all nak kisah kan?? u are my prenz.......

1st aku nak bagi credit kat Aii D.Zarra atas kewujudan cerita tahyul cinta ini...hihihi!!

once upon a time.........

Di sebuah sungai yang tidak seadnan sempit (bermakna lebar la tuh), ia dihuni oleh makhluk sungai yang banyak. Disitu, tinggal seekor lelabi    betina yang tidak pernah mencintai haiwan sejenisnya (Maksudnya, dia tak pernah suka pada lelabi jantan la). Dan pada masa itu, Lelabi ni tadi bercinta dengan buaya jantan dan macam biasalah,  benda-benda yang tak pernah dibuat orang memang akan menjadi topik hangat muka depan harian metro dan bahan umpatan orang sekeliling. Itu lah yang terjadi pada kisah cinta antara dua insan  tadi,  lelabi dan buaya. Banyak spekulasi yang ditimbulkan. Contohnya, macam mana mereka berdua nak ada zuriat nanti. Dan, sampai bila la hubungan kudus itu dapat bertahan.

Akan tetapi, semua dugaan tu dapat di atasi oleh lelabi dan buaya, dan mereka tetap bercinta dan cinta dan akan terus bercinta tanpa mengenal erti lelah dan penat hingga menjadikan cinta mereka semakin hari semakin kuat.  Sehingga lah di suatu hari, ketika mereka ada date di tebingan sungai itu dan berjanji untuk menikmati suasana matahari terbenam seperti selalunya, buaya tidak muncul. Dan lelabi masih menunggu... menunggu dan terus menunggu......sehingga ke subuh hari esoknya. Dan ketika azan subuh berkumandang dan subuh yang masih berembun, lelabi melihat bayang-bayang seolah-olah buaya, dan hatinya sangat gembira kerana memikirkan kekasih hatinya datang menemuinya, tetapi alangkah kecewa nya hati lelabi ni tadi kerana kekasih yang di sangkakan rupa-rupanya, hanyalah sebatang kayu buruk yang hanyut. Lelabi kemudian nya mendengar perkhabaran bahawa buaya telah pun bernikah dengan seekor buaya betina lain atas desakan keluarga. Kerana kecewa, Lelabi mengambil keputusan untuk pergi dari sungai tu dan mencari satu kehidupan baru di tempat baru. Kutub utara menjadi pilihan dia membawa hati yang luka.

Dalam perjalanan yang penuh kepedihan dan menyedihkan itu, Lelabi terserempak dengan seekor ular yang sedang bertukar kulit. Kasihan dengan seksaan yang dihadapi oleh ular, lelabi menghulurkan bantuan dengan hati yang ikhlas. Dia membantu memenuhi keperluan ular yang masih lemah kerana proses yang panjang itu. Dan selepas sembuh, Ular terpikat dengan keikhlasan lelabi dan lelabi ni pun sama... Dalam hati, apa salahnya bercinta dengan ular, ular haiwan reptilia, lelabi pun reptilia jugak, jadi lelabi pun bercintalah dengan ular ni tadi. Ular membawa lelabi balik ke rumahnya dan di perkenalkan kepada keluarganya. Pada mulanya, keluarga ular mampu menerima kehadiran lelabi di situ. Tetapi pada akhirnya, kehadiran lelabi sekali lagi menjadi spekulasi dan berita terhangat dipasaran. Ini kerana, walaupun sama reptilia, tapi corak pemakanan mereka berbeza. Ular makan tikus, dan lelabi makan sayuran hijau. Dan sekali lagi perhubungan percintaan mereka tidak direstui. Tetapi, lelabi sangat yakin yang ular sangat mencintainya. dan menunggu di persimpangan jalan untuk mendengar kata putus ular. Dia menunggu dan menunggu dan terus menunggu.... Sampai la ke keesokkan harinya. ketika subuh menjelma dan embun menyelubungi alam (nasib baik dia cuti, jadi tak perlu nak fikirkan solat). Lelabi melihat seolah-olah seperti ular yang datang padanya. Dan dia semakin gembira lalu berlari mendapatkan ular. Tetapi apabila sampai ke tempat ular, rupa-rupanya yang disangka ular hanyalah urat kayu yang tua dan jatuh ke tanah... Lelabi ingin sekali menangis....Tetapi air matanya terlalu mahal untuk keluar...Dan sekali lagi, dia mengambil keputusan untuk pergi.....

Ketika melalui sebuah jalan yang agak berliku, Lelabi terserempak dengan Musang. Tertarik dengan kelincahan musang dan kepintarannya, sekali lagi lelabi hampir-hampir jatuh cinta. Dan cintanya tidaklah bertepuk sebelah tangan kerana musang itu juga tertarik dengan lelabi. tetapi kerana tidak mahu mengambil risiko, lelabi mencuba untuk menafikan perasaannya. Dan pada masa itu lah, dia merindui keluarganya, kawan-kawannya di sungai yang telah lama dia tinggalkan. Lalu dia mengambil keputusan untuk kembali ke sungai.....

Sampai di sungai, lelabi ingin terus kembali ke rumah keluarganya. Tetapi otaknya dipenuhi dengan perkara yang telah dilaluinya. Dia memang bingung dengan keadaannya. Dia memikirkan yang dia tidak mempunyai tuah dalam menjalani percintaan. Dan secara tidak sengaja, kakinya tersadung batu dan dia hampir-hampir tergolek dog namun nasibnya baik kerana dia di sambut oleh seekor lelabi jantan yang kebetulan lalu di situ. Lalu mereka jatuh cinta pandang pertama. 

Walau bagaimanapun, Lelabi betina tidak mahu terlalu menaruh harapan kerana kekecewaan pada percintaan masa lalu masih ada. Dan dia berjanji pada diri dia sendiri, yang dia tidak mahu lagi menunggu....dia tidak mahu menunggu sesuatu tak pasti lagi sekali. Dan lelabi itu masih lagi menikmati suasana matahari terbenam di tebingan sungai yang kadang-kadang di temani lelabi jantan yang menolongnya itu....[looollll Habis dah ke??...hihihi..]

Belum habis lagi. Well, apakah nasib kesudahan kisah cinta lelabi betina ini? Adakah beliau tegar mengapai pelangi gembira dan mendakap bahagia dalam hidupnya? Atau keadaan sebaliknya pula yang datang menimpa takdir dia? Sesungguhnya gagal dalam percintaan bukan bererti akan gagal dalam kehidupan. Mak aku pernah kata,"Abang, abang berhak untuk hidup bahagia.....walau sesekali tempias duka datang menyapa".

jadi, aku serahkan pada u all semua untuk TAMAT kan kisah cinta lelabi betina ini mengikut persespi u all sendiri. Bagi aku, cinta adalah memberi dan tidak semestinya menerima. Andai dapat keduanya, itu adalah anugerah dari Yang Esa yang mahal harganya.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.