بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Alhamdulillah syukuran jazillah terhadap Allah SWT kerna dengan limpah rahmat dan kelapangan yang diberikan maka aku dapat menyettlekan kerja2 terbengkalai yang menganggu tulang spartula dan menyenakkan pankreas aku sejak dua tiga mejak ini.
Alhamdulillah syukuran jazillah terhadap Allah SWT kerna dengan limpah rahmat dan kelapangan yang diberikan maka aku dapat menyettlekan kerja2 terbengkalai yang menganggu tulang spartula dan menyenakkan pankreas aku sejak dua tiga mejak ini.
tadi petang berjaya membawa diri sendiri jalan2...merewang sambil cuci mata tengok apa2 yang boleh di beli gaji hujung bulan nanti (sikit punya lama nak menanti sampai hujung bulan....aduiiiyaaaaaaa). Uiiiisssshhhhhh.......U all ingat, aku cuci mata duk nengok mende??? plzzz la, jangan pikir yellow pages kat aku boleh tak. Petang tadi aku keluar usya2 rega Canon DSLR, Laptop paling mantop, handphone Samsung Galaxy SII......aku ingat handphone aku tak nak rembat lagi coz tengah tunggu Nokia upgrade model Nokia 3210 edisi tahun 99/00. Manalah tahu kan, nanti model tu keluar lagi gempaq berbanding iphone......Korang rasa depa nak ke upgrade barang antik ni erk?? Aku bukan apa, nostalgia beb.......sebab spesis handphone ni la yang pertama aku guna dan kenal alat canggih komunikasi. Sebelum dari itu aku hanya kenal publik phone jer untuk bergayut dengan bekas awek aku dulu.
- Tempat jatuh lagi di kenang..... ini kan pula benda yg byk bjasa masa tgh cintan cintu dahulu kala |
Okies......full stop. Malas nak cerita pepanjang pasal ni. Nanti banyak pula persoalan2 cepu emas, perak...plantinum yang akan korang ketengahkan.
Berbalik pada aktiviti aku.....malam ni aku menjadi penunggu setia tv (tv pun tak setia macam aku). Tadi sambil2 tulis RPH terlayan ABPBH2011 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011). Aku sebetulnya bukan minat sangat mende2 macam gini tapi dah terlayan dari mula sampai habis la aku khatam......hikhikhik.....Bagi aku ABPBH kali ni memang tip top. Apa tak tip topnya, pengacara EMPAT orang....penuh rostrum. Nak pula baju si Nenek Didie Alias tu punya la mengerbang....kesian aku nengok kak Engku, Zizan dan kak Sharifah Shahira....terpaksa diorang berdiri sipi2 kat hujung rostrum tu. memang tip top habis licin la....ahaks3....aduiiiyaaaaaaaa..
Tapi, masa aku tengah best duk layan stim tengok ABPBH tetiba aku terasa hangin satu badan. macam mana tak tersumbat saluran darah bila nak layan jer banyak kedengaran suara2 langau terpekik terjerit kat arena all star tu. Ape ke hel la motif awekz2 fans tu terpekik terlolong bagai.....Dah macam hantu kuntilanak menerang berak dah aku dengar suara diorang memekik dan memekak. Langsung tak ada tuma'ninah sebagai wanita melayu terakhir.....Apa nak jadi ntah.....ntahapaapantah....Makin tak berkualiti pompuan (bkn semua) sekarag ni aku tengok. Aku geram buka apa, aku nak tengok ABPBH dengan sesenang mata dan sesedap telinga pun tak boleh. Tak boleh langsung aku nak khusyuk, naik menyampah tahap sampah sarap dengar suara terpekik2 kaum hawa kat sana.
Aduiiiiiyaaaaaaaaaa......sudahlah ABPBH semacam kalut bagai jalan cerita dengan sound effect dia, korang pula sesedap rasa jadi penambah perisa. Memang sepoi la mood berlibur aku. Kesian aku kat Zizan dengan nenek, diorang nak bercakap pun payah bila suara2 sumbang tu lagi kuat memekik dan memekak. Tak ada sivik punya pompuan......kereta honda sivic aku rasa lagi la diorang tak ada. Abestos alfonso alkuku kaki!!! (memaki dalam bahasa uganda).
Apa pun ini adalah keputusan muktamad ABPBH25. Segala bantah, surat menyurat, sms, emel tidak akan di layan. Keputusan pembaca surat khabar berita harian adalah muktamad. berkalung taniah kepada pemenang. Yang tak menang juga di ucapkan taniah kerana berjaya sampai ke peringkat akhir ini.
Artis Duo/Kumpulan:
Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah (memang power)
Artis Baru Wanita Popular:
Tasha Shilla (wah, tak sangka!)
Penyampai Radio Lelaki Popular:
Faizal Ismail (seperti biasa....dah rezeki dia)
Artis Komedi Wanita Popular:
Didie Alias (tiada calon lain yang lebih layak)
Pelakon Tv Lelaki Popular:
Fizz Fairuz (Disaat penyokong menjerit-jerit nama Aaron Aziz, sekali Fizz Fairuz yang diumumkan sebagai pemenang. Terkesima Fizz Fairuz. Tahniah Fizz anda memang layak kalau ikutkan. Aaron boleh bertanding untuk filem sahaja) para penyokong sila la kawal emosi anda.....aduiiiiyaaaaaaaa!!! malu weeiii, anak sape la tuh.
Penyampai Radio Wanita Popular:
Fara Fauzana (Fara dengan muka selamber nya. Mungkin kerana dah memang dijangka. Siapa lagi kalau bukan dia kan? Hahaha)
Artis Komedi Lelaki popular:
Johan (Hahaha. Ini yang dinantikan. Anda memang dah lama layak untuk menang Johan!)
Pengacara TV Lelaki Popular:
Zizan Razak (Menggantikan dominasi Aznil Nawawi selama ini. Mengacara Melodi memang membawa tuah pada Zizan)
Artis Baru Lelaki Popular:
Johan Ariff As'ari (Seperti yang dijangkakan. Seorang yang teramat-amat berbakat dan memiliki aura yang tersendiri. Mungkin boleh digelarkan Rosyam Nor Jr.)
Penyanyi Lelaki Popular:
Hafiz (Awan Nano memang terbaik. U just the best bro!)
Pelakon filem lelaki Popular:
Aaron Aziz (Filem Ombak Rindu nyata membawa tuah kepadanya)
Pelakon Tv Wanita Popular:
Fasha Sandha (Digelar jahat dan gedik hingga dibenci masyarakat macamana sekali pun, anda tetap memang. Apa rahsia Fasha Sandha?)
Pelakon Filem Wanita Popular:
Maya Karin (Fenomena Ombak Rindu tentunya memberikan kemenangan ini kepada beliau. Tahniah!)
Penyanyi Wanita Popular:
Yuna (Dah banyak mengharumkan nama Malaysia di luar sana. Memang layak sangat2!)
Anugerah Seri Perak sempena ulangtahun ABPBH ke-25:
Datuk Siti Nurhaliza (hmmmmmmmmmmmmm.......)
Bintang Paling Popular 2011:
Aaron Aziz. (ini yang dikatakan hujan emas di negeri orang. Power!)
Sesungguhnya popular sahaja tanpa kualiti tidak membawa industri kita ke mana-mana peringkat yang boleh di banggai. jadi popular+kualti baru sedapppppppp!!
Walaupun gegak gempita satu tanah melayu meraikan kemenangan para artis pujaan pada malam ini tapi bagi aku itu tidak cukup menandingi aura dia (rujuk gambar best kat bawah). Bagi aku dia insan paling popular dan ikon buat semua anak muda di Malaysia. Beliau bintang youtube (ingat yuna dengan najwa latif jer ke pandai beryoutube??), beliau bintang twitter (burung twit), beliau bintang pesbuk dan beliau adalah FENOMENA di Malaysia sekarang ini. Populariti dan fenomena beliau lagi hebat berbanding Ombak Rindu, Awan Nano, Aaron Aziz, Karpal Singh, Anwar Ibrahim, Najib Razak, Mat Sabu, Kak Rosmah cincin 24juta dan juga lembu Kak Ijat. Jika ada bantahan terhadap fakta aku ini, u all boleh la kutuk aku melalui ruangan kolaborasi minda / panggilan telefon / sms / emel / surat menyurat / telegram / etc.
Okies la saudara-saudari, tuan2, puan2, adik-abang, adik-kakak, dato-datin, tan sri-datin sri dan semua yang menghuni palnet bumi....aku stop disini dulu cerita penglipur lara aku untuk hari ini. InsyaAllah, kita bertemu lagi nanti. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Tuhan.....amin.
Sebelum tidur dengan murah hati aku belanja doa sebelum tido untuk u all semua.
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ bismikallahhumma ahyaa wa amuutu ertinya:dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati
Selamat malam semua.
Tido ketat2 & mimpi cumey2.
Take care garnier ya.........Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment
Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.
Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.
"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"
Sekian.