AMARAN!!

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am & SEKS.

Diari Join Me | You Are My Friends

Saturday, 4 August 2012

Dia Dalam Memori

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Ramadhan ini genap setahun dia pergi. Perginya dia tak kan kembali lagi. Itulah janji antara dia dengan Ilahi. Janji yang tidak mungkin dimungkiri. Janji itu terpatri sejak azali lagi. Jadi, yg ditinggalkannya kini hanyalah secebis memori utk yg hidup ini mengingati.

Arwah merupakan anggota tentera sebelum negara Malaysia tercinta ini merdeka. Setelah berhenti dari tentera, arwah tggl di kampung mengerjakan sawah bendang serta melakukan kerja2 kampung yg rutin. Arwah juga mengambil upah menoreh utk menyara hidup dan keluarga. 

Walaupun arwah miskin harta dunia namun kaya budi bahasa. Tiada pernah arwah merunggut walaupun hidupnya boleh dikatakan bersederhana. Bagi arwah, hidup ini bukan semata utk dunia. Apa yg kita punya, apa yg kita ada.....haruslah mensyukurinya.

Masih dalam lipatan kenangan, tika hanyat arwah dan tika abg long masih muda belia, di serambi rumah tua itu kami berbual mesra. Bicara ttg kehidupan yg dipinjamkan......Bicara ttg keagungan Tuhan. Lembut tutur bicaranya masih tdk dapat abg long lupa. Walaupun arwah bkn org berada, namun tidak lokek utk menyumbang ke jalan agama. Dengan anak cucu juga arwah tiada berkira, banyak atau sedikit tetap dikongsi bersama.

Diakhir2 hayat arwah, tika abg long mengunjunginya selalu arwah bertanya, "Bilanya nak balik mengajar kat tempat kita?" "Sampai bila nak merantau di luar sana?". Abg long hanya mampu menjawab pertanyaan tersebut dgn senyuman. Bukan abg long tak mahu, cuma rezeki abg long tak ada disitu (ayat memujuk hati sebetulnya ni). 

Arwah paling gembira bila dapat tahu abg long bakal menjadi guru. Masih abg long ingat suatu ketika itu, masa mula2 abg long nak masuk U, dijualnya lembu utk abg long bayar yuran dan buat duit saku. Skrg abg long dah bekerja. Belum sempat utk abg long membalas jasa2, dia pula dah tiada. Hanya doa dan sedekah atas namanya mampu abg long laksana. 

Mamat Bin Senik, pergi mu melunaskan janji....pergi tak kan bersama kami lagi. Semoga berbahagialah dikau bersama para kekasih Allah di sana.  Semoga dikau beroleh syurgaNYA. Amin.

Al-fatihah utk arwah.

- Hanya ini menjadi kenangan tika rindu menyapa ingatan
___________________________________________________________
… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.” 
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers

Diari best sepanjang zaman

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.