Disclaimer

BLOG Ini Mungkin Menyebabkan Ketagihan Yang Melampau. Bahan Yang Dipaparkan Mungkin Menganggu Jiwa Raga. Sebarang Salah Anggap, Kecederaan Minda Atau Komplikasi Pada Otak Disebabkan Blog Ini Adalah Tidak Dipertanggungjawabkan. Bagi Kanak² Di Bawah Umur, Disarankan Anda Melayari Dengan Ditemani Orang Yang Lebih Dewasa Bagi Mengelakkan Anda Mengalami Sindrom Parkison. (◕‿◕)☆ ™

RAMUAN BLOG - Diari, Tips, Tutorial, Petua, Photo, Cerita, Kesihatan, Pendidikan, Isu Semasa, Sukan, Politik, Info Am dan Jenaka.

Diari Join Me | You Are My Friends

Friday 22 November 2013

BELANGSUKAWA AHMAD AMMAR AHMAD AZAM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Selalunya......orang yang baik2 ni Allah sayang. Sebab tu Allah selalu sahaja menjemput orang yang baik2 ni untuk pulang bersama dengan Dia lebih awal. Bukan yang lambat dijemput 'pulang' tu tidak baik, tapi kebiasaannya yang 'pulang' awal tu lebih istimewa dari kita yang masih diberi pulang bernafas dan menghirup udara. Dalam hal ini arwahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam tidak terkecuali. Apa yang semasa kehidupannya sehingga la saat kematian tiba, sesungguhnya arwahyarham sememangnya insan yang teristimewa.

Jarang ada anak melayu yang berpendirian sepertinya.......hidup bukan semata2 untuk dunia......apa yang ada di dunia la bekal untuk di bawa ke 'di sana'.......agar 'di sana' hidup  tidak sengsara dan boleh bersenang2 sentiasa.

Tapi........segelintir sahaja yang punya kotak fikir seperti arwahyarham Ahmad Ammar ni. Yang banyak kita jumpa kebelakangan ini hidup hanya untuk dunia......bagaikan hidup mereka mampu menongkat langit untuk selamanya.

Tanggal 2 November 2013 jam 1.30 petang berakhir la hubungan arwahyarham dengan seisi dunia......dia kembali menemui Tuhannya......meninggalkan segala apa yang ada di dunia.....apa yang dibawa hanya amalan kebaikkan serta doa orang2 kesayangannya serta doa dari kita.....Arwahyarham pergi dalam usia yang muda.....Perginya dia ketika sedang berusaha untuk mengubah ummat agar ummat kembali dipersada.

Banyak kebaikkan yang dilakukan oleh arwahyarham semasa hayatnya......jika tidak manakan Allah nak memuliakan arwahyarham ketika matinya. Dengan keistimewaan dan kebaikkan yang ada pada diri arwahyarham matinya dimuliakan......Masyarakat setempat berebut2 nak mengusung jenazah arwahyarham sehingga ke tanah perkuburan. Malah arwahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam juga diberi penghormatan untuk disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan. 

Itu tandanya Allah SWT telah memuliakan arwahyarham Ahmad Ammar......kebesaran Allah SWT itu ada.....Dia Maha Pengasih.....Dia Maha penyayang.....Dia nak buka mata kita seluruh warga supaya melihat peristiwa ini sebagai satu peringatan. Buat pedoman kita yang masih hidup......bahawa mati itu pasti.....tidak kira tua atau muda......kematian itu ada dan akan tiba bila2 masa. 

Sungguh beruntungan si bapa yang mendidik arwahyarham dan si ibu yang mengandungkan arwahyarham selama sembilan bulan. Sekurang-kurangnya Ahmad Ammar sudah menanti mereka dipintu syurga.....inshaAllah.

Mereka tidak menangis atas kepulangan arwahyarham Ahmad Ammar kepangkuan Tuhannya......malah mereka berasa berbangga dengan apa yang telah dilakukan oleh arwahyarham semasa hayatnya. Walaupun rasa sedih itu mencucuk ulu hati....mereka tetap tabah dan kuat diri. Mereka tidak seperti sesetengah ibu bapa yang lain, yang sanggup meratap tangis atas terkeluarnya anak dari rancangan realiti tv yang tidak memberi apa2 makna di sisi Ilahi. 

Sememangnya arwahyarham seorang insan yang teristimewa......Sesiapa yang membaca kisahnya juga merasa hiba. Yang tidak mengenali juga seakan jatuh hati dengan perjuangan dan peribadinya. Itu la arwaryarham Ahmad Ammar Ahmad Azam

Banyak pengajaran dan pedoman yang boleh kita kutip dari kisah perjalanan hidup arwahyarham Ahmad Ammar......keistimewaannya.....kebaikkannya......serta cita2nya........arwahyarham telah pun aman bersemadi di sana......giliran kita tak tahu lagi bila masanya akan tiba. Jadi, perlukah kita terus lupa.....alpa dan leka??? 

Meminjam kata2 Nurul Ashikin, "Sudah tiba masanya kita menjadikan kejadian ALLAH yang sebaik AHMAD AMMAR sebagai IKON dan IDOLA kita. AHMAD AMMAR adalah lambang anak muda yang menginfakkak dirinya berjuang ke jalan ALLAH. Dalam usia 20 tahun beliau telah berfikir sejauh orang dewasa yang berusia sekali ganda dirinya"

Ya benar......jarang sekali kita....terutamanya anak-anak melayu-islam nak menjadikan idola insan2 seperti arwahyarham Ahmad Ammar. Kebanyakkan kita lebih suka dan mudah menjadikan yang langho itu pegangan dan ikutan......nauzubillah.

Kepada sahabat2 sekalian......ekori la denai kehidupan yang dilalui oleh arwahyarham Ahmad Ammar......tuntasi la segala kebaikkannya yang ada.....kutip la segala pengajaran yang ada dari kisahnya.

Jika anda baca kisah Ahmad Ammar Ahmad Azam dengan mata hati.....keistimewaan arwahyarham akan anda temui. Jika anda baca kisah arwahyarham dengan akal tuli, maka anda akan beranggapan kematian arwahyarham hanyalah manifestasi sebahagian dari kehidupan warga bumi.

Anda boleh baca lanjut kisah arwahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam di Al-fatihah: Ahmad Ammar Ahmad Azam dan Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Klik untuk juga untuk melihat video Ahmad Ammar dalam kenangan

Catatan terakhir arwahyarham Ahmad Ammar ketika dibumi Syam buat renungan kita bersama.



"Tidak beriman seseorang kamu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" HR Bukhari

Gambar ini ditangkap di sebuah hospital yg menjadi tempat aku menginap ketika berada di Syria pd 29 September lepas. Waktu ini,aku duduk termenung beberapa ketika sehinggakan tak sedar mata sudah bergenang dgn air mata. Sungguh aku berasa sebak dan pilu setelah berbual ringkas dgn seorang pak cik yang melayan kami ketika berada di situ. Pak Cik itu sentiasa tersenyum ketika berbicara dgn kami tapi aku dapat rasakan sesuatu dari pandangan matanya. Lalu tanpa ditanya beliau menceritakan yang dua anak perempuannya yang lebih kurang sebaya aku telah syahid akibat terkena letupan bom tentera Asad tidak lama yang lalu. İnnalillahI wa inna ilaihi rajiun, barulah aku mengerti rupanya pandangan itu merupakan pandangan penuh rindu seorang ayah kepada anaknya. Aku dilayannya seperti anaknya sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bermula saat itu aku mulai sedar dan memasang tekad sebagai saudara se-Islam aku harus keluar dari zon selesa untuk membantu saudaraku yang menderita di bumi Syam ini.

Sungguh hatiku tertinggal di Bumi Syam!
Semoga cita2 arwahyarham akan terlaksana....mudah-mudahan beliau ditempat dikalangan hamba2 Allah yang soleh dan solehah. Syurga buatnya.........InshaAllah.



Al-fatihah untuk arwahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam.

Al-fatihah.


kredit Photo: Sumber
___________________________________________________________
Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan dengan segala hormatnya untuk memberi sepatah dua kata di ruangan komen yang comei dan cool ini. Sesungguhnya komen sahabat2 adalah makanan ruji bagi seorang blogger selain ayam kentaki.

Sebarang komen adalah dibawah tanggungjawab sendirian berhad tukang komen. Sila amalkan prinsip ke-5 rukun negara ketika nak merapu-meraban di ruangan ini.

"MAJULAH BLOG UNTUK MALAYSIA"

Sekian.

Diari Rahsia Jadi Jutawan

DIARI PERINGATAN

Sebarang aktiviti mengcopy paste hasil contengan di blog ini adalah diHARAMkan sama sekali. Seelok dan sebestnya korang LINK kan aje entri yang pankreas korang berkenan. Tuan Punya Blog rasa itu lagi comel serta menunjukkan korang sememangnya mengamalkan prinsip ke-5 rukun negara.

TAPI, jikalau korang nak juga mencopy paste apalah daya Tuan Punya Blog untuk menghalang. Harap korang boleh creditkan atas nama blog ini.

Bukan Tuan Punya Blog mintak pendapatan dan credit telefon korang pun kan.....So, korang hormati HAK Tuan Punya Blog sebagai tuan tanah. Maka Tuan Punya Blog hargai usaha murni korang.

Teringat pesan orang lama, "Orang berbudi, Kita berbahasa..... Orang memberi, Kita merasa".

Semua gambar dalam ni adalah hak milik Tuan Punya Blog dan selainnya adalah dari google images.

Pandangan, penulisan dan omogan Tuan Punya Blog adalah bolok semata-mata, tiada kaitan dengan blog-blog yang lain kecuali dinyatakan dan diletakkan nama pemiliknya. Semuanya bersifat subjektif dan bukannya MANDATORI. Sebarang salah anggap atau kerosakkan disebabkan blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri.

Komen+saran+kritik+bolok atau nak send bolok emelkan ke amiraimanakashah@yahoo.com


Terima kasih dan selamat menyebarkan ilmu.